Dah lama aku nak update benda ni lepas nampak info dalam majalah Salient tapi disebabkan assignment masih tertunggak maka terpaksa ditangguhkan. So aku dah siap assignment bolehla update blog laju-laju sebab minggu depan ada 2 test pulak.

Bagi mereka yang tak pernah tengok lagi cerita ni, ini bagi aku ialah satu kartun Disney yang paling berjaya sebab dia berjaya membuatkan aku tersedu-sedan haha. Secara pendeknya, cerita ni ialah pasal seekor clownfish bernama Nemo yang ditangkap oleh pengumpul ikan lepastu bapak dia merantau beribu batu untuk dapatkan anak dia balik. Yelah siapa tak sayang anak kan?
Dalam cerita ni, bapak Nemo, seekor clownfish jantan, dan Nemo, seekor clownfish jantan juga merupakan watak utama dalam cerita ni. Pada akhir filem, ditunjukkan yang Nemo dapat diselamatkan dan hidup happily ever after..
Namun begitu, ianya terlalu happily ever after...
_________________________________________________________________
FAKTA SEBENAR CLOWNFISH FINDING NEMO
_________________________________________________________________

Now you see, ada perbezaan antara fakta dengan cerita yang dibuat oleh penerbit yang terkenal dengan cerita dongeng kanak-kanak. Selain bentuk badan yang salah, di mana dalam movie clownfish kelihatan bulat-bulat montel tapi pada hakikatnya bentuknya lebih kurang dengan ikan siakap tiga rasa. Perbezaan kedua ialah pada jalur yang kelihatan pada badan clownfish.
Menurut National Geographic (2011), Finding Nemo ialah satu kesalahan fakta habitat di mana ikan-ikan ini hanya akan dijumpai di Lautan Hindi, Laut Merah, dan bahagian barat Laut Pasifik.
Tapi yang paling menarik sekali ialah dalam movie, cerita itu diakhiri dengan Nemo dan bapaknya sebagai satu-satunya jenis ikan clownfish yang tinggal dengan ikan-ikan lain dan kura-kura yang diorang jumpa masa mencari Nemo di Sydney, Australia. Diulangi, hanya 2 ekor tu ialah clownfish di kawasan itu, tiada yang lain.
Fakta tentang Amphiprion percula (clownfish) ialah, mereka ni binatang sequential hermaphrodites (Salient, 2011) di mana dalam konteks ini bermaksud mereka dilahirkan sebagai jantan dan akan bertukar menjadi betina untuk menjadi betina dominan (lebih kurang queen) dalam sesuatu kawasan (National Geographic, 2011).
So, berbalik kepada ending Finding Nemo tadi, disebabkan Nemo masih kecik dan hanya dia dengan bapaknya saja spesies clownfish di kawasan tu, maka secara naturalnya Nemo akan menjadi seekor ikan betina lalu bersenggama dengan bapaknya sendiri lalu menghasilkan telur-telur.
Haha
Sumber: National Geographic dan Salient



36 comments
ahaha...dengan bapak sendiri gak last2..adoyaiii....
nice, fact + fiksyen. tapi part dgn bapak die tak boleh blah. wakaka
Haha. Nice.. Boleh pulak bertukar jadi betina eh. Patutnya dia sambung cerita ni tambah part ko cakap tu.
~HANA~
Lebih mudah untuk menerima fakta ini jika membayangkan ayahnya yang akan bertukar menjadi betina dan bersenggama dengan nemo.
mungkin aku banyak tengok incest.
@zombie
nope itu salah sebab bapak dia ialah seekor clownfish matang dan xleh tukar dah
<---- speechless
Owh.Camtu lak.Maknenye nanti bapak dy n nemo jd betina lah.ahahaa..
kiranya macam haruan makan anak la ye? haha..
confirm! Haruan mkn anak.hahahah
tiba-tiba rasa macam - EUWW.
entah kenapa dalam kepala otak teringat cerita ...dalam botol. haha
tapi clown fish ni comel jugak. dalam gambar ni tak berapa nak comel tapi dalam gambar dalam setem yang ada clown fish memang comel. *dulu kumpul setem*
patut beriya iya bapak die nk selamat kn nemo...lol
i dun mind about the ending, yang penting cte dia best.
haha..
hahahahahah
wait.kalaulah org yg buat cerita tu betul2 buat ending macamni,
haih.tak ke menganga semua budak-budak yg tgk?
owh... mmng akan bertukar jadi betina..hihi... biasa lah..cerita utk kanak2.. takan nak tnjuk anak ngn bapak??.....?? hehe..
ahaha, selalu kucing kat rumah, bapak romen anak dia, takpun anak romen mak dia...
eee...part last sekali x boleh blah betul...
mak aih last2 dgn bapak die? wawawawa tak buleh belahhh betul..hahahahahaha lawak je..ahahaha
hal ni ada dulu belajar dalam bio kat U. sequential hermphrodistism, which jantan akan bertukar betina/betina bertukar jantan. ada nama dia but lupa laa...hahah ni adalah satu cara survival...
hahahhaa ayat last "bersenggama dgn bapak dia" pffttt ikan nemo 2 alam woooooooo!!! hahaha
nok horrommmm.
sumbang mahrommm
pomboleyhhhhhhhhhh
tu dia!
x terpikir lak nak pikir tentang citer ni.sebab citer tu bagi aku bes gak la.tp kalau dah salah fakta yg disamapikan dlm citer tu mmg x boleh wat pape la.huhu...
bersenggama...haha...
@Anonymous
LOL
Ending sungguhlah perlu ditapis dan dicuci guna air 7 lautan.
hahahaha.
fakta yg menarik..=)
yeah right, i have heard this story before. nemo fish is just a unique creature! :)
he3, fakta yang disembunyikan...
Entry terbaru -> Emma Maersk - Kapal Kontena Terbesar Di Dunia... (",)
o...patut la bapak dia rela berkorban jasad dan nyawa ye...heheh
penah tgk live clownfish nie...mmg cute smpi rase nk cium2 jer... tp mmg tatau the facts bout them
haha sumbang mahram weyh.. adoii.. haha
aduh.. bila post tentang senggama tu terus aku rasa loya. hahaha
oh ye.. bru teringat.. dulu time foundation ade blaja pasal tue. Dalam satu community binatang tue akan ada yg act as betina untuk pastikan kesinambungan species... istilah de tak ingat ape..
tp tataw la plak clown fish un sebahagian daripada binatang cmtu.. heheheh
yg sal tukar jantia tuh, baru aku tahu. menarik!
hahaha. baru ku tahu. thks for the info.
no wonder lah bapa dia sanggup cari Nemo..hahaha
Post a Comment
Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming