WATERASIA X SDN BHDSelamat datang ke Pesawat WaterAsia Sdn Bhd, sebuah syarikat penerbangan maya yang tidak wujud di mana-mana bahagian ceruk bumi melainkan dalam kotak fantasi Abang Panda. Kami menyediakan perkhidmatan penerbangan yang paling terbaik terkedebabom terutamanya di Asia Tenggara.
| Gambar hiasan |
Maka disebabkan hal ini, kami telah pun menutup satu kaunter pendaftaran yang bernombor 17 kerana pada hemat pengurusan WaterAsiaX, satu kaunter tidak akan mengganggu perjalanan pendaftaran beg dan pemberian pas berlepas.
Menyentuh tentang waktu perlepasan, awal pagi tadi kami telah mengalami kesilapan teknikal dari segi dokumen perlepasan. Jadual yang ditetapkan berlepas pada 8.40 a.m. tidak ditepati malah hanya sehingga 9 lebih baru kami umumkan. Pramugari pula memang standard procedure kami akan sentiasa bermuka ketat dan did nothing untuk menyedapkan hati penumpang. Mungkin drama Jepun "Attention Please" yang menceritakan perihal pramugari ialah tipu semata apabila berbicara tentang etika kerja pramugari.
Hidangan breakfast kami versi Malaysian food ialah Nasi Lemak Pak Nasser. Apparently, nama itu diberi atas sebab yang tak diketahui kerana carian Google tidak membuahkan hasil. Kami saje je nak promo Nasi Lemak baru dekat pelancong asing yang tak pernah dengar Nasi Lemak Kampung Baru dsb. Kacang,beras dan ikan bilis adalah ditanam dan dibiakkan di Gurun Sahara kerana kami ingin memastikan bahawa mereka menjadi super kering sebelum dinaikkan ke atas kapal terbang. Lebihan air pada bahan makanan akan menyebabkan berat tampungan menjadi berlebihan dan boleh menyebabkan kapal terbang terhempas.
Untuk pelanggan setia kami, adalah dimaklumkan bahawa hidangan kombo kami yang berharga belasan ringgit Malaysia setiap satu itu hanya datang dengan air botol Alla Fonte yang mahal serta diiringi dengan layanan pramugari yang ramahgilababi dan sentiasa mulutnya menunjukkan lengkungan U terbalik. Untuk mendapatkan air Milo kotak seperti dalam gambar, harganya ialah sangat murah iaitu RM6 sahaja.
Seperti Abang Panda, tentunya perjalanan anda selama 10 jam akan diiringi kentut kentut yang berbunyi dan berbau disebabkan Nasi Lemak Pak Nasser yang sangat sedap. Mungkin juga ada faktor lain yang tidak diketahui entahlah.
Selama 10 jam perjalanan tanpa sebarang hiburan, anda penumpang kami yang dihormati akantiba juga ke Christchurch seperti penerbangan kami semalam yang tiba pada tengah malam 2 Mei 2011. Kami juga menyediakan pakej drama sebabak cemas dan humor untuk para penumpang yang inginkan kelainan pada servis kapal terbang. Even MAS pun tiada servis sebegini yang diberi percuma kepada pelanggan kami yang tersayang.
SCENE 1: GATE DIKUNCI
Pakej ini menawarkan servis untuk kapten kapal terbang membuat pengumuman pelik selepas melakukan pendaratan di lapangan terbang Christchurch dan penumpang semuanya telah beratur selama 5 minit untuk keluar. Antara pengumuman terbabit ialah
"Harap maaf, kami masih menunggu pintu masuk ke Christchurch dibuka untuk membolehkan penumpang masuk ke New Zealand kerana waktu sekarang ialah tengah malam"
SCENE 2: PEMBEBASAN SELSEMA BURUNG
Rujuk gambar. Pakej ini pula menawarkan beberapa orang Air Marshall supaya bertindak menyiasat kesihatan seorang penumpang yang disyaki menghidap selesema burung. Kalau ujian menunjukkan positif maka kesemua penumpang pesawat akan dikuarantinkan kerana mereka telah berkongsi udara yang sama. Pakej ini sangat diminati penumpang yang telah merasanya sambil menimbulkan perasaan seram seram cemas.
Anyway, Abang Panda cakap tempat duduk tidak sempit sebagaimana sebilangan orang paranoid cakap. Seat agak selesa dan juga boleh dilaraskan sedikit. Tidur berjam-jam adalah tidak mustahil.
WATERNEWZEALANDHi everyone, for the purpose of better understanding, we will explain our service in Bahasa Malaysia. Kami ialah syarikat penerbangan WaterNewZealand yang mengendalikan penerbangan luar dan dalam negara. Walaupun pramugari kami tua dan berkedut serta tidak mengaratkan rambut dengan warna-warna bajet Western, tetapi kami amalkan senyuman dan tatacara hospitaliti yang sesuai.
Untuk penumpang dari Christchurch ke Wellington yang mengambil masa kurang daripada 1 jam, kami tidak menyediakan mana-mana pakej drama sebabak ataupun makanan yang terlampau sedap sedapnya. Kami hanya mampu memberikan air kosong dan crackers kentang dalam paket. Wine merah percuma juga diberikan kalau anda berminat tanpa paksaan. Semuanya datang dengan senyuman.
Dalam penerbangan kurang sejam ini juga diiringi dengan skrin kecil yang memaparkan soalan kuiz yang berkaitan dengan New Zealand sebagai tambahan pengetahuan umum. Tak perlu untuk kami melaukkan pelancong dengan nama makanan femes yang palsu untuk tujuan komersial.
Sekian, promosi dari 2 syarikat penerbangan yang telah memakan masa selama 31 jam. Bye. Kalau taknak naik kapalterbang and terasa nak travel dalam Malaysia dengan Honda City free, klik sini.


19 comments
waterasia selalu delay .
servis terok ! Mahal !
salam...haha...nice post...lcct ke chch ke or even kuching pn sume same...nk naek airlines laen xt'mampu den...adoiii... =)
nak balik malaysia~(tibe2)
haha.
family aku memang reject waterasia, especially along aku la, beliau lebih rela naik MAS yg mahal sket drpd waterasia yg konon2nye murah tu. makanan yg MAS bagi tu jauh lebih semenggah dari waterasia, pramugari pun murah senyuman. MAS tetap terbaik kat Msia.. :D
sedapnya milo rm6. mesti dia letak milo paling mahal dalam dunia
air milo 6 inggit..beli kat kedai pak abu dapat 4 bungkus milo beng..serius cekik darah..dia ingat semua yg naik flight ni kaya ape? ada student yg mghrapkan duit biasiswa je..aihhh..dah la jauh kot..kalau jenis byk minom air mmg mnangis lah jawabnya..minom air kat toilet..huhuhu
air milo 6 hengget sungguh mencekik tu..
apa2 pun tetap MAS la rasanya.. walaupun mahal, kalau selesa dan puas hati, oke je. :')
pernah naik waterasia ni FREE waktu evacuate dulu, tp rasanya servis egypt air yg agak kureng tu pun better dari servis ni..
milo rm6? gilosssss
milo 6 hinggit ? adesss. oh yea, water asia kan tambang murah. selalunya yang murah lah yang cikai. haha
xpernah naik airasia.. gitu eak keadaanya..
dah tak pernah naik air asia.tambang je konon konon murah.yang lain semua hampeh :\
air milo tu mahal sampai 6 ringgit sebab ada cacing dalam tu kot.....
nasik lemak tu pulak ade daging katak kot...
Pak Naser adalah mentua DonDy Fernandez.. jadi dia dapat tender supply nasik lemak...
peramugari kena sawan tangis yg tak baik2 sejak lahir.. bukan salah diorang taknak senyum..semuanya sebab salah ibu yang mengandung..
().()
aku masa belajar kat sabah dulu selalu balik semenanjung dengan waterasiaX..disebabkan makanan dia bapak mahal..aku selalu songlap makanan dan minuman sendiri dalam beg..wakaka..
uish,waterasie,dramatik abissss..
encik panda,agak2 kan klu pulang bercuti 2 minggu ke Msia kite rs puas x?huhu
air asia lupakn je la..huhuhuh....xbest langsung...
airasia mmg lahhh mmg lahhh
Post a Comment
Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming