Searching...
15 Jun 2011

Fakta Beruang Kutub

Bila orang cerita pasal Polar Bear, aku akan teringat dua benda: Beruang warna putih dan juga teka teki yang berbunyi "kenapa Polar Bear tak makan Penguin?" Teka-teki tu terlampau senang untuk orang yang ambil perhatian dalam kelas sains darjah empat so jawapannya sangat jelas.

Tapi kali ni aku nak cerita pasal seekor binatang yang orang selalu kaitkan dengan kecomelan, setahap dengan Beruang Panda. Putih, gemuk, dan gebu satu kombinasi yang selalu membuatkan gadis-gadis dan budak kecik tertarik dekat benda-benda seperti hamster, patung beruang yang berharga ratusan ringgit dibelikan boyfriend sempena monthversary (tiada dalam kamus Oxford) dan juga mat saleh. Pemikiran ni telah digeneralisasikan juga kepada haiwan besar dan ganas macam binatang kat bawah ni

via National Geographic

Sumpah nampak comel. Ada sesiapa terasa nak bela?

Tapi sebelum korang terasa nak culik satu dan bela dalam bilik, korang kena tahu yang diet Polar Bear ataupun Beruang Kutub (Ursus maritimusni terdiri daripada daging sahaja. Mungkin sebab dekat kutub sana tu takde orang pergi berpiknik macam dalam cerita Yogi Bear, dan jugak takde lebah madu. In fact, beruang kutub ialah mamalia darat terbesar di dunia yang mengamalkan diet karnivor.

via PolarBearAffair
Rule of thumb: Gemuk mesti makan banyak. So Polar Bear makan apa? Dia tak makan penguin sebab teka-teki tu, dan dia juga tak makan nasik sebab dekat sana takde sawah padi. Tengok video ni. Awas, tak sesuai untuk orang yang haemophobic.



Untuk korang yang takde connection laju dan tak boleh tengok video youtube, bawah ni ada gambar sopan untuk tahu apa yang beruang kutub makan untuk maintain berat dan suhu badan dia dekat tempat sejuk tu.

via WWF
Ya dia makan singa laut (Phoca groenlandica). Sangat rugi kalau korang tak play video kat atas tu untuk tengok proses macam kucing tangkap tikus. Dia seluk tangan dalam lapisan ais, tarik naik atas dan hentam sampai mati. Kemudian bangkai tu dibawak balik ke anak-anak dia dan di bagi makan. Kasih sayang ibu tu..

Entri blog kali ni diakhiri dengan 2 soalan
  • Masih terasa nak bela beruang kutub dalam rumah?
  • Kenapa beruang kutub tak makan penguin?Aku tau korang tak tahu jawapannya...

19 KOMEN DISINI:

  1. sebab penguin tak duduk kat kutub utara.... :)

    penguin duk kat kutub selatan...

    * jawab..lepas tu minum susu dalam gelas.. sambil merasa puas..

    BalasPadam
  2. ganasnye.. tak terasa nak bela..
    aigo~ abes bulu2 putih tu kotor dengan darah..
    ih3..
    tak comel dah.. ganas ada.

    erk~

    BalasPadam
  3. yg pmpuan nak tu bukan nak polar bear oii ..orang nak teddy bear hahaha..

    eeii manusia pon beruang ni makan aku rasa.. eeiii seram,nampak je comel..mcm chucky !! haha

    BalasPadam
  4. terus rasa tak jadik nak bela..kang dia lapo dia ngap aku pulak

    BalasPadam
  5. comel2..tp aku tak suka pelok teddy bear yg bulu2 tu..so tak teringin nk bela polar bear..klu bela pon xdan sehari mmg jd lauk la..

    BalasPadam
  6. uihh seram plak. langsung tak comel bila muka dicemari darah T_T

    BalasPadam
  7. sbb beliau duk lain2 tmpt, sekor kat kutub utara sekor kat kutub selatan, kdg2 iklan2 ni berguna gak.. miahahaha

    Tahukah anda jika bulu beruang kutub itu transparen, bukan putih? Tahu jugakah anda bahawa kulitnya hitam, bukan putih? <--- betul ke? betul ke?

    walaupun beliau ganas, beliau tetap comey.. hihi

    BalasPadam
  8. habis bulu putih dia kena darah...

    tp tgk vid td, comel n sexy je body dia time nak terkam ring seal... alolololololo.. geram nye.... muahahahahahhaha..

    BalasPadam
  9. tahukah anda bahawa lidah polar bear berwarna ungu?

    haha!

    BalasPadam
  10. seram gila dia bedarah2 dah tak putih gebu.. eurghhhhhhhhhhh tidakkkkkkkkkkkkkkkkk...koala comel weyh~ lol

    BalasPadam
  11. comeynya twitter status kat bawah entri tu..cmana buat?

    berbalik kepada gambar, tak minat sangat nak bela2 teddy bear kat umah. bantal peluk spongebob ada la.

    BalasPadam
  12. aku rasa aku lebuh real tgk polar bear ni buat mcm tu dekat sea lion berbanding manusia yg buat. lagi kejam.

    BalasPadam
  13. errr..kejam la plak aku tengok beruang kutub ni..uhuhu..

    BalasPadam
  14. aku mengaku aku tak tau kenapa polar bear tak makan penguin. tapi aku dah baca kat komen. baru aku tau -_-

    BalasPadam
  15. ganas betei beruang kutub ni. grr

    BalasPadam
  16. beruang tak makan pengiun sebab peguin tinggal dikutub selatan la.. =.=

    BalasPadam
  17. rilek2 je dia tangkap kan kan..i prefer meoww :D

    BalasPadam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

 
Back to top!