Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nilai Rokok dan Lelaki

Kisah ini dah lama terjadi kat kawan saya Encik Zac dan disampaikan melalui Facebook beliau. Alkisahnya terjadi lebih kurang macam ni....

starbux
Source: Google
"Eh bro kaya gila kau ni tiap pagi aku tengok kau minum Starbucks" kata kawan si Zac sambil meyedut asap rokok.

Menurut si Zac, kawannya tu sangat ridiculous sebab pertama dia tak minum setiap pagi, dan keduanya, member tu isap rokok yang harganya lebih kurang mahal dengan harga secawan kopi Starbucks creation coffee yang range harganya dalam RM7-RM15.

Perokok tegar kalau tak dapat sekotak sehari tak sah. Aku malas nak sentuh harga rokok murah yang illegal tapi berkata pasal rokok biasa 20's , harganya ialah RM10. Aku ingat lagi dulu aku pergi ke kedai harga dia RM6.50 sekotak. Tapi itu dululah masa aku kecik, masa aku boleh lukis dekat dinding rumah "Dilarang Merokok, Denda RM100000". Sekarang harga dah lain, makin mahal. Kalau dulu orang miskin hisap rokok, sekarang si miskin tu bertambah miskin lagi sebab harga rokok makin mahal!



Source: Google
Tarik, bakar, sedut, dan hembus. 4 step terulung dalam aksi menghisap rokok. Duit ni terbakar percuma menyesakkan udara sekeliling dan juga pernafasan orang yang berjalan di belakang perokok. sangat annoying bila bau perfume one drop aku telah dirogol bertalu-talu oleh asap rokok.

RM10 sehari kalau dibawak ke kedai mamak boleh lepas lunch dan dinner yang diiringi dengan air masak ataupun nama komersialnya skyjuice. Melainkan mamak itu ialah jenis mamak cyber, air mati tersebut boleh didapati dengan percuma ataupun pada harga RM0.20. Menjadikan jumlah maksimum kita sebanyak RM4.50 + RM0.20 untuk sekali makan. Untuk sehari, RM4.70 X 2 = RM9.40 berbaki 60 sen untuk perbelanjaan sehari di mana baki terbabit boleh disedekahkan kepada masjid atau surau berdekatan


Sehari RM10, seminggu RM70, sebulan RM300. Korang tahu apa boleh buat dengan RM30?Boleh buat bayar mas kahwin untuk negeri Selangor! Dah lepas satu benda untuk dipikirkan. Lepas ni jangan tipule takde duit nak kahwin kalau duit tu dah disalur hari-hari ke arah rokok.

********
"Seman, aku cukup pelik dengan kerajaan sekarang lah. Semua harga nak naik. Tak kesian ke kat kita yang berpendapatan rendah ni?"
"Betul tu Meon, aku dah cakap dulu jangan undi parti XX ni..semua dulu manifesto kata nak baikkan ekonomi semua tu tipu je. Last-last yang tersepit kita lah rakyat jelata yang miskin ni"
" Tu la Seman, aku ni sekarang tengah pening dengan anak aku yang sulung si Mat tu, nak ambik UPSR tahun ni. Yuran periksa kena bayar. Lampin anak aku yang kedua pulak lagi, lepas tu bini aku pulak muntah-muntah aneh pagi tadi. Kalau mengandung lagi manala aku nak cari duit. Eh borak gapo pulak ni. Mana rokok Marlboro Classic aku?"
********

Berbalik kepada standard sekotak rokok RM10 kita tadi, cuba bayangkan kalau seorang lelaki tidak merokok untuk setahun. Berapa banyak dia boleh simpan? RM10 X 365.25 = RM3652.50, Lebih daripada Tiga ribu enam ratus Ringgit Malaysia, which is, cukup sudah nak beli sebuah motor untuk membawak bini kau pusing kampung.

Ianya adalah satu fakta yang rata-rata perokok tegar nak mampus tak mampus mampus lagi di Malaysia adalah bermula daripada umur muda remaja berbanding mula lambat (Ahmad & Mustaffa, 2006). Come on, get real people. Tanya member korang, siapa ajak dia hisap rokok? Jawapannya ialah bapak sendiri dan kawan sekolah. Cuba bandingkan dengan kau pergi jumpa mana-mana random smoker yang berumur 30-an, kebarangkalian untuk dia jawab " Oh, kawan sekerja saya yang ajar saya hisap rokok masa saya mula kerja pada umur 21 tahun dulu". Sangat tak mungkin.

Kalau seorang itu mula merokok pada umur 13 tahun (waktu kemuncak jadi bodoh dengan semua benda nak try), by the time dia berumur 21 tahun, dia dah boleh mengumpul maksimum sebanyak [3652.5X((21-13)+1)] = RM 32872.50 di mana nilai ini kalau kau tunjuk penyata akaun kau dekat Mak Bedah, dah lama dia kenen-kenen kau dengan anak dia Markonah tu. Yelah baru umur 21 tapi duit kau dah RM31K dalam bank. Tapi kalau kau kaki lepak kutu rayau duit tu meamng takkan cukup untuk kawin jugak...Anyway, the point is, kalau RM32K ni kau ada, dah setel dah belanja kenduri kahwin sederhana

So, mesti korang tertanya-tanya, aku yang tak merokok ni berapa banyak duit dalam akaun bank aku? Ada RM32K tak?

No, aku takde duit sebanyak tu. Aku tulis ni sebab aku benci rokok dan asap rokok. Sekian.

Rujukan: Ahmad & Mustaffa, 2006






45 comments

June 12, 2011 10:44 PM

uish...menarik ni..kaya la perokok2 ni rupanya....tapi perokok pernah ke fikir macam tu? hahaha

June 12, 2011 10:45 PM

Setiap kali bau asap rokok terus headache.

Asap tu makanan jin kata ustaz sharhan, maknanya perokok ni selalu bagi jin makan lah yek? baek hati sungguh.

June 12, 2011 11:06 PM

Saya jugak benci rokok..

serta perokok.

harap2 tak jumpa jodoh dengan perokok.

amin.

June 12, 2011 11:12 PM

"Tarik, bakar, sedut, dan hembus. 4 step terulung dalam aksi menghisap rokok. Duit ni terbakar percuma menyesakkan udara sekeliling dan juga pernafasan orang yang berjalan di belakang perokok. sangat annoying bila bau perfume one drop aku telah dirogol bertalu-talu oleh asap rokok."

haha..

June 12, 2011 11:15 PM

merokok?

ingatlah org tersayang..

June 12, 2011 11:40 PM

amboihhh amek nama markonah lagi.haha

June 12, 2011 11:40 PM

yg worst.. "aku syg bini aku, anak aku" tapi tgh isap rokok dpn anak2.. semua telibat jd secondary smoker yg lagi worst effect dorg tanggung.

June 12, 2011 11:44 PM

nasib baik aku tak merokok...save bajet skit...hehe

June 12, 2011 11:54 PM

sangat menarik!

June 12, 2011 11:59 PM

ala sama je yang hisap rokok sekotak sehari ngan minum starbucks setiap hari tu.. :P

June 13, 2011 12:08 AM

maknenye ko dh tak suci lg la.. miahahaha.. ko patut hantar entry ko ni ke kementerian, bole derang buat kempen baru 'berhenti merokok jika ingin kaya' *lebih kurang la..

June 13, 2011 12:48 AM

Point kau sama macam point kat MAP training. Pernah pegi sane?

June 13, 2011 1:19 AM

org merokok mmg org kaya. naik harga 10 kali ganda pon tak kisah. beli ttp beli.

June 13, 2011 2:02 AM

@hannamaruku
MAP tu apa pun aku tak tau.....

June 13, 2011 2:03 AM

@melor
refer line 5 dari atas

June 13, 2011 2:04 AM

@Miss Fireflies
haha sori beb takde name lg konservatif yg ade dlm otak aku

June 13, 2011 2:45 AM

mrkok nie bako duet je :P

June 13, 2011 2:57 AM

*tarik rokok

*bakar

*sedut

*hembus

rokok ni mainan jiwa..jiwa gua tak cukup kuat nak berenti

June 13, 2011 4:41 AM

"Tarik, bakar, sedut, dan hembus. 4 step terulung dalam aksi menghisap rokok. Duit ni terbakar percuma menyesakkan udara sekeliling dan juga pernafasan orang yang berjalan di belakang perokok. sangat annoying bila bau perfume one drop aku telah dirogol bertalu-talu oleh asap rokok."

saya sokong statement anda.. sgt annoying ngan perokok2 ni..=(

June 13, 2011 4:53 AM

perokok yang lebih tegar boleh hisap sampai 2 kotak sehari which is rm20... kalau kira punya kira mau ada rm 64 ribu, dah boleh beli persona H-Line... best UuuUuu... takpun boleh beli rumah kos murah..

June 13, 2011 4:57 AM

bapak aku perokok.penat dah cakap dari aku kecik sampai skrg suruh benti rokok.tapi,dah tua2+kerja pejabat ni,memang la susah nak benti tabiat rokok tu.tambah2 kalau stress keja opis dia ke hape*sigh.

dari kecik smpai aku dah besar ni,asyik pikir je macam mana nk buat dia stop rokok.any idea? ;)

June 13, 2011 5:54 AM

sekali dah start memang susah dah berhenti.
aku dikelilingi perokok sahaja. nak wat camna kan?

June 13, 2011 6:34 AM

@Sca Ndx
bapak saya perokok

saya bukan perokok

saya okay

:P

June 13, 2011 7:17 AM

bait-bait ayat kau, menunjukkan kau nie seorang yang romantik.. awww

June 13, 2011 9:04 AM

hehe tau..bukan maksudkan si zac tuh.. tapi generally la.. same je dua2 pun bazirkan duit :P

June 13, 2011 2:28 PM

nice entri dude.. hehe.. tak pasal2 aku shre ko pnye entri ni kat blog aku.. haha

June 13, 2011 6:22 PM

ada baik jugak kerajaan naikkan harga rokok supaya range perokok boleh turun.ada yang xmampu nak beli kan kan..dalam jangka masa panjang korang boleh tengok kesan merokok ni.pemusnah one by one organ dalam badan.sampai organ reput etc.so big no to smoker untuk jadi suami aku.eh?hahaha

June 13, 2011 7:07 PM

Pehhh, ni entri terbaek abad ni. Cayalahh!

June 13, 2011 7:33 PM

untung nye la spe dpt lelaki x rokok,.. byk duit boleh simpan... nasihat mcm mana pun kat perokok ni, dorang totap x dengar.. mcm ade batu dalam kepala dorang.. haishhh.. sabar je la..

nak share kat fb ek.... (ketika ini, mmg dah klik share pn... hehehhehehe)

June 13, 2011 7:51 PM

oh ! ini menarik !
penyumbang pesakit kepada nurse comel mcm aku untuk menjaga....bagus kan ?
yang xbagus, menyusahkan aku nak mencari lelaki masa depan....*tetibe*
hihihi~

rimas asap rokok~

June 13, 2011 8:42 PM

kalau kau ada 32K dlm bank mmg keja aku mengorat kau je la..hahah

kalau dorang fkir betul2 compom tos benti pas baca entri nih

June 14, 2011 2:46 AM

askm & selamat sejahtera semua.kalau nak kahwin x tahu nak cari mana belanja kahwin.boleh jual emas anda,mak anda,tunang anda & seangkatan dengannya.sila hubungi 012-36777 68(sms24jam)en raziq.adil,telus & mudah @ sila layari http://emasxproduktif.blogspot.com/.k selamat malam.tq

June 14, 2011 3:42 AM

Senang, pantas dan tuntas, without any calculation, man, please ingat dalam otak, kuat2 dalam2 ketat2, hukum merokok tu harommmmm. Sama dah hukummnya kau makan babi dengan minum arak.
-.-'

June 14, 2011 9:22 AM

ok la mcm ni. maybe aku xsepandai korang nk bg komen.

korang yg hidup senang lenang kat malaysia ni pon hasil dari cukai rokok gak. kalo rokok di ban kat malaysia.. jd la mcm afrika.. miskin.. negara x de pendapatan.

1 lagi. beza perokok ngn non smoker. ape yg aku nmpk la. kalo ade prob gler babi susah.. non smoker- kusut giler babi tahap anjing.
smoker- lek dlu.. sap kok lu.. dtg blik 5 minit prob is done.

rokok juga mengeratkan silaturahim atau senang carik kabel..
cbe ko bygkan kalo hidup x de byk cabel? susah x? kalo org byk cabel nie, kerja byk.. yg pompuan mesti keje nk abeskan duit laki an? so yg byk cabel ni jd byk duit.. projek byk..

mmg la byk side effect dari benefits. kalau jukum syarak jgn cter. aku pon tau. just one more thing la. jgn anggap smoker is a bad person. kalau pak imam isap okok? orang jahat ker?

aku dah kata awal2.. aku bknnyer baik sgt.. cmer aku seorang rakayat biasa yg hidup mcm biasa dgn rokok. ni cmer ape dlm isi hati aku jer.

June 14, 2011 9:30 AM

it is obvious someone's butthurt with this post.

lantak korg le para pengkomen sekalian haha..point atas ni aku langsung takde sentuh

June 14, 2011 9:38 AM

aku sokong komen ezzuan
bukan entry kaw
cayaaaaaa ae
hahahaha

June 14, 2011 9:41 AM

@akmalhilmi
thats shallow but I dont giva damn man. n u r a smoker, I reckon

June 14, 2011 2:30 PM

Banyak jugak habis dalam setahun untuk beli rokok ni

June 15, 2011 5:30 PM

kene dunhill sbtg.. perghhh.. sambil minum kopi sembang2.. layan beb. mengeratkan silturahim.

August 18, 2011 1:40 AM

hakhakhak. aku perokok dan memaqng bodoh jadi perokok tapi nak menghindarinya aduh payah.

hehe kalau tak isap rokok pun mesti duit lari ke tempat lain gak, cuma paru - paru tak rosaklah ye dak. :D

sape2 yang baru2 nak mencuba rokok, boleh stop sebab aku yakin nanti korang menyesal wujudkan 'langkah pertama' untuk merokok. kehkehkeh

Anonymous
August 18, 2011 4:17 AM

blanje awek : 100(sminggu,MINIMUM)
jumlah tahunan : RM5200
tempoh tarikh luput awek RM 5200 x 5 tahun = RM26000

maka tinggalkan lah awek anda...dalam masa 5 tahun anda boleh menunaikan haji DUA KALI......

August 19, 2011 2:28 PM

@Anonymous

kenapa nak dating seminggu sekali dan kenapa nak kau jugak yg belanja awek ko?hahhaha

big L for ya

August 29, 2011 12:12 PM

kepada yang baru baca, sorry dengan teks kaler kuning tu. DUlu aku guna template hitam

Post a Comment

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming