Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Review Transformers 3 Dark Of The Moon New Zealand

SPOILER ALERT
Yaha jam sekarang menunjukkan 3am di mana aku abru saja balik dari tengok cerita Transformers 3: Dark Of The Moon dekat Reading Cinema, Wellington, New Zealand, port biasa rakyat Wellington untuk menonton movie

poster transformers3

1/7/11? Cmon, kami disini baru bertarikh 29 Jun 2011 hehe. Okay cukup berlagak mari kita tengok review aku pasal filem ni. Ini ialah pendapat peribadi dan mungkin mengandungi beberapa spoilers penting. Jadi, kalau korang memang jenis tak suka spoilers sila klik pangkah sekarang atau baca entri lain. Entri ni akan sedaya upaya dicuba untuk menyeimbangkan yang best dan tak best

Tolong kembalikan Megan Fox saya. Awek ni bibir tak cun
Pertama sekali, saya ingin merasakan kecewa sebab ex saya si Megan Fox telah digantikan wataknya sebagai heroin Transformers yang seksi meksi, digantikan dengan seorang awek yang entah-aku-tak-kenal (Rosie Huntington-Whiteley, thanks for the info anon) yang juga seksi. Malangnya Michael Bay terlampau desperate nak menunjukkan yang awek ni juga mampu membawa watak awek seksi tapi berdikari sehinggakan terlampau tunjuk keseksian beliau.

Dalam kata lain, awal-awal cerita lagi depa dah tunjuk punggung si awek ni. Ini ialah cerita robot. Kalau mahu tengok punggung, saya prefer punggung robot

Tapi yang bagusnya, cerita ni memenuhi kehendak peminat sejak Transformers 1 lagi iaitu bagi si Sam Whitwicki entah macam mana nak eja nama dia tu, jadi hero. Aku tak nak cerita panjang sebab nanti kesian dekat orang Malaysia yang nak tengok cerita ni esok. Apa pun, Sam ialah hero, in a way.

Tapi masa mula-mula lagi aku dah teruja dengan intro cerita ni sebab ianya direka khas untuk pengalaman 3D yang superb. Sesiapa yang berhajat nak tengok dalam 2D baik jual tiket korang dan beli 3D punya sebab sangat-sangat berbaloi. Permulaan cerita je korang akan gerak-gerakkan kepala untuk mengelak serpihan besi yang 'terbang' ke arah korang dan korang akan rasa macam panggung tu bergerak. Almost 4D

Tapi pertengahan cerita terlampau banyak cakap sentimental. Dan takde pun efek tu. Efek 3D banyak pada intro, klimaks, dan ending


Okay kita tahu yang Transformers ni memang fiksyen sains tapi Transformers I dengan II kelihatan nyata dan real sebabnya kejadian tu terjadi dekat kawasan-kawasan yang terpencil di dunia. Paling-paling pun disaksikan beberapa puluh orang je

Dalam Transformers III, seluruh dunia mengalami world invasion daripada Cybertron! Ini membuatkan aku rasa "Alahai, kartun sudah cerita Transformers ni". Macam cerita War Of The World dah. Orang macam aku fikir "Okay, this is too far and its certainly not going to happen"

Dalam filem ni jugak menunjukkan yang Sam sanggup menceroboh masuk ke kubu Megatron dan "ehem" untuk menyelamatkan awek dia si Rosey tu. Secara logiknya sejiwang mana pun manusia tu, lantak pi la awek kau ke, kucing ke, peduli apa Megatron nak buat apa. Lari selamatkan diri dulu.

Tapi malangnya Sam tersangat romantik maka dia pergi selamatkan awek dia dulu dan telah berjaya mengorbankan satu pesawat yang boleh tembak Megatron dan kuncunya sampai cacat separuh badan. Kesimpulannya, Transformers 3 terlampau romantik mencapai tahap The Notebook. Kami peminat Transformers nak tengok cerita robot bukan cerita cinta.


Okay, sekarang part yang aku paling tak puas hati sekali ialah ending pada pertempuran antara 3 robot iaitu Optimus Prime, Megatron, dan Sentinel Prime. Sentinel Prime dah bergomol dengan Optimus berejam-jam, dan berjaya putuskan sebelah tangan Optimus. Tiba-tiba, Megatron datang dari belakang belasah Sentinel sampai lembik sebab dia kena teknik psikologi daripada Rosie Huntington.

Masa Sentinel terkulai layu, dalam sekelip mata Optimus Prime yang cacat separuh badan macam kena strok tu boleh bunuh Megatron dan kemudian tembak kepala Sentinel sampai hancur berderai. Sungguh tidak logik. Macam mana Megatron yang lebih kuat dari Sentinel boleh dikalahkan oleh Optimus yang lebih lemah daripada Sentinel?

Okay cukup. Berpindah ke point yang aku cukup suka dalam movie ni ialah dia berjaya tipu aku pada satu point. Ada plot twist yang aku expect, tapi methodology dia agak berlainan. yang ni taknak cerita lah sebab spoiler lebih-lebih pulak

Point kedua ialah akhirnya ada orang mention dalam movie ni "Why do the Decepticons always get the good shit?" sambil merujuk kepada bentuk pejuang-pejuang Decepticon yang ada weapon dan bentuk yang ganas. Kalau dibandingkan dengan Optimus Prime (lori) sungguhlah tak menakutkan. Rasanya lori sampah lagi menakutkan

Dan last but not least, hero favourite kita,


hampir mati tapi dia tak mati pun. Itu yang paling best sebab Bumblebee cara berlawan dia sangat cool dan ada beberapa scene dalam movie tu yang korang memang tak boleh miss tengok sebab scene tersebut sangat awesome.

Overall, Transformers 3 masuk dalam album Hall Of Fame






32 comments

June 29, 2011 4:21 AM

weekend ni mesti tgk!

June 29, 2011 4:21 AM

haha. tak yah aku tengok cerita ni. save bajet. ekekekeke.

yeahh. bumble bee hidupp. love youuu! ^^

#6 WW

June 29, 2011 4:23 AM

bumblebee comelllll

June 29, 2011 4:31 AM

arghhhhhh..gua benci lu!!!

June 29, 2011 4:32 AM

haku tak minat transformer,jadi aku tak kisah baca entri review cter ni.haha.tapaham aku robot2 ni.haha

June 29, 2011 4:34 AM

NI YANG RASA MAKIN TERUJA AKU NAK TENGOK. TAPI KHAMIS NI BARU DAPEK,EKAU DAH TENGOK DULU YO . TAK ACI BETUI =P

June 29, 2011 4:34 AM

aku nak tengok jap g siang. kikikiki

June 29, 2011 4:39 AM

@cimOt

sorry. hahaha

June 29, 2011 4:40 AM

@namaakulynn

how...can.....anybody...NOT LIKE transformers?

are you human?

:P

June 29, 2011 4:41 AM

"baik Lari selamatkan diri dulu.." deng, tak suka aku drama2 dalam filem action ni.

Anonymous
June 29, 2011 4:41 AM

err.. shia lebeouf tu nama plakon sam whitwicki... nama minah yg x se-cun mcm megan fox tu ialah Rosie Huntington-Whiteley...

June 29, 2011 4:51 AM

aiseh bro..plz la wat homework cket kot ye pon nk wat spoiler..jgn sampai entri pon jd spoil sbb xtau name pelakon watak utama..kata minat kan..so plz la betulkan...shia lebeouf tu bukan aweks la...hee..peace~

June 29, 2011 5:00 AM

@AziziBasyah

minta maaf tuan polis . dah betulkan

btw, aku minat robot. xminat pelakon dia. haha

June 29, 2011 6:58 AM

woooohhoooo.. ok hall of fame... boleh tgk weekend nih.

June 29, 2011 8:11 AM

ingt p 'reading' cinema membaca~
haha.
ok, sorry termelalut.~

'baru' kat atas tu kenapa ejaannya 'abru'?
tersampuk robot paaa..?

=P

June 29, 2011 10:53 AM

aku baru book tiket ahad ni huahauahauha ko dah wat spoiler sikit2.

tapi takpe la.

sebab beyond my imagination. hahahaha

June 29, 2011 11:55 AM

o yeah o yeah xsabar xsabar!!!!

June 29, 2011 12:18 PM

abru pomboleyyyy ;p

heheee comelnya bumblebee. grrr nak tgk gak ni.

June 29, 2011 12:22 PM

ku nak tinguk kat sabah la nanti.. hehehe

June 29, 2011 2:27 PM

arrrggghh.. not my taste!! aku tak suka ar cite cam ni, tak membuat aku teruja langsung :P, tp aku tetap bca sampai abes

June 29, 2011 3:13 PM

jeles nye dh tgk transformers..xpe..cik paja tgk esok..uhuhuh..nnt bole buat review jugak..hihihih

June 29, 2011 4:26 PM

aku x pueh ati gile doh sebab macam war of the world. kalo org x tk cerita tu dorg x kisah sgt kot. dah la awek si wickwic tu time bertempur pun heel die masih x patah. kau tgk kan aksi die mcm mana.ok fine maybe die kurus n heel mahal. tp pesal die x comot pon lepas sekian huru hara tuh? Y______Y Eh pesal aku x suka awek wickwic. aiseh!

June 29, 2011 4:58 PM

Rela tgk punggung robot, bukan awek budget sexy tu! haha..

Yg penting nk tgk bumblebee kuh!

Nasib gwa sambar tix 3D!!

June 29, 2011 5:16 PM

@Zana Zingaa.

cis typo ah mnaip tgh pagi buta hehe

June 29, 2011 10:51 PM

nsib bek aku xbeli yg 3D!!! hahaha,nice oinfo beb!!! liked seyh!

June 30, 2011 1:36 AM

Ok..bila ARC dah cakap best, n masukkan cite ni dalam Hall Of Fame, mesti kena tgk movie ni. But, kena tgk dr 1 n 2 la, cz xfollow dr awal..hehe

June 30, 2011 9:33 PM

best!! ^_^

July 1, 2011 9:36 PM

aku rasa awek yg tak glemer ni lagi ok dari M.Fox even aku sendiri pon tak tahan tgk bibir dia..wawawa

July 3, 2011 12:32 AM

rasa nak beli mini robot bumblebee sebijik pula..anak buah saya dah dapat,jeles!

July 4, 2011 1:49 AM

megan pox takde

July 4, 2011 1:49 AM

lepas tu awek tu tak hot. kila fairy lg hot kahkah

July 5, 2011 1:31 PM

Yg aku x puas hati pasal transformers 3 nie :

1)Kenape diorg hapuskan watak2 utama dlm transformers.. Cube kekalkan.. Da hilang original transformers...

2)Kenapa megatron yg jahat tu bleh rileks saja sandar kat dinidng je.. Diorg dh dpt teras tu.. Nape x repair je die.. Starscream yg putus kaki dlu elok plak kaki die lam cite nie..

3) Awek Sam tu x lawa lgsg.. Cara speak pn aku x minat...hehe

4) Sentinel Prime bile die dpt bentuk kereta tu sedangkan die tu dtg dr bulan.. Kat bulan lg die dh ade shape bdn kete tue...

5) Megatron yg jahat sgt tu mati katak senang begitu jek dlm keadaan yg sangat daif..Da la karat plak tu.. bg la die tu power skit. lawan best skit dgn optimus..

6)Robot2 lain yg canggih2 x nmpak pn aksi diorg.. sikit sgt..

7) Paling kesian kat ironhide (weapon master).. Mati gitu jek.. Da la kene tembak bodo gitu jek.. X adil la.. Da la aotobot sikit..
8)Apa jadi kat robot kecik bawak kapal besar tu???

9) Lelaki durjana yang belot tu tak setimpal la balasan dia.. Mati pn x die tu..

10)Sam witwicky kurang la bersama robot-robot die dlm cite nie.. Ckp dgn optimus pn kejap je.. Sedangkan die yg jumpe autobot dlu masa trans 1.. Pastu die diketepikan plak...hmmm..

11)Konsep robot tranformers tu da ilang... Bleh plak robot burung tukar mcm2...

12)Robot besar mcm ular tue... Terlampau x best sgt la robot tu.. x nmpk transformers lgsg.. Nmpk mcm cite terminator pn ade.. Da la besor... klu mcm devastator tu laen la.. Dia cantuman dr robot2 lain...

13)Byk lg komennye sbonarnye.. x pe.. lopaih nie teman bt filem transformers sendiri la...hehehe.. Chaiyokkkk!!

Post a Comment

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming