Struktur Organisasi Blogger Untuk Orang Awam 2

struktur organisasi blogger malaya

Okay, haritu dalam Struktur Organisasi Blogger Untuk Orang Awam Ep2 aku dah merepek sampai ke part  perbezaan prinsip aku tentang gambar dalam blog di mana dalam entri lepas, aku ada cakap yang blog camwhore ialah..
"Blog jenis ini ialah easy target untuk pedophile, perogol bersiri, dan penyimbah asid. Selain korang tahu muka tuan blog macam mana, korang jugak boleh dapat info mood terkini, jenis kereta, jenis handbag, aktiviti harian, dan tempat-tempat lepak kegemaran dengan hanya menekan butang Archive."
Okay cuma kali ni aku nak tambah sikit sebab orang keliru dengan gambar. Mereka ini mungkin sekali jenis tengok gambar dan terus ke kotak komen sebab aku not-so-obviously ada tulis yang kalau gambar kau pasal makanan, perabot, dan travel itu jenis non-camwhore. Alkisahnya? Kau letak gambar perabot sebanyak mana dalam blog pun, orang tak akan tahu muka kau macam mana maka perogol bersiri akan kehilangan target! 

So, titik pemberatnya disini, gambar kasut, meja, megi, takde problem. Tapi kalau kau letak gambar muka kau, lepastu cerita harini saya pergi Pavi naik kereta nombor plat blablabla then kita memang ada problem

Anyway, kita sambung memahami gambarajah Struktur Organisasi Blogger Malaysia


struktur blogger malaysia

Maka sekarang kita beralih kepada blog pemikiran dan pendapat - ada baik dan ada jahat/ tak berapa baik. Blog pendapat yang jahat bukanlah menyeru manusia ke arah kejahatan tetapi menyampaikan isi dengan cara yang jahat. Mereka ini pedulik hapa seteotype blog yang sentiasa ingin mengipas punggung orang lain untuk mendapatkan nama di hati blogger sekalian alam. Mereka menulis sesuka hati mengikut pemikiran masing-masing dan very unlikely untuk join segmen-segmen merepek dalam blog

Kadang-kala niat mereka disalah ertikan dan disalah-tafsirkan. Sebab satu ialah pembaca yang mengamalkan kaedah bacaan skinread, iaitu buka blog > tengok gambar > tengok ayat akhir > komen. Sebab kedua ialah pembinaan struktur ayat penulis blog sendiri yang memang tak menjurus ke arah positif macam blog yang ada header panda tu. Entah blog siapa aku taknak cerita

But then again, blogger personal - pemikiran & pendapat ialah satu-satinya jenis blog yang aku letakkan bookmark pada Google Chrome


Okay cukup pasal yang jahat. Pasal yang baik pulak, tak perlu aku cerita banyak. Blog jenis ni penuh dengan kata-kata indah dan hampir mencapai tahap moksya dengan idealism yang diutarakan. Tapi, masih sangat bagus untuk dijadikan motivasi.

PENGGEMBALA BLOGGER - sebahagian idea dari Zulfikar
Dah seminggu orang asyik tanya aku penggembala blogger ni apa dan kenapa anak cabang dia hanya ada satu. Orang pengakap mesti familliar dengan lagu yang aku nak letak dalam blog ni sekejap lagi. Tapi disebabkan post ni dah terlalu panjang maka aku tulis lirik je taknak letak youtube ataupun mp3 sebab berat
Pek Pekk..
"Akela" panggil...
melompat dan berlari...
datanglah dengan segera
tinggalkan kerja
itulah tanda blogger segmen setia"
Akela dalam konteks pengakap ialah ketua kumpulan, di mana bila Akela keluarkan arahan dalam aktiviti laung agung, maka anak-anak buah wajib mengikut arahan terbabit dengan penuh istiqamah dan tawaduk, dengan mengeluarkan ayat tertentu. Macam ajaran sesat pulak. Contohnya bila Akela keluarkan arahan seperti: " Buat tajuk segmen sebanyak 13 episod!"

Maka anak-anak gembala sekalian akan menyahut seruan tersebut dengan menyahut
"ABANG BUN* AKELA, KAMI BUAT HABIS BAIK
 Maka dengan ini, berkembanglah aktiviti menulis benda-benda tak berfaedah di samping meletakkan gambar-gambar sendiri di blog dengan menayangkan mulut-mulut yang dimuncungkan seperti itik. Mungkin terkenan itik semasa dalam kandungan. Mengeratkan silaturrahim? Pfftt who are we kidding? Blog is not about collecting followers.

38 ulasan: Leave Your Comments

  1. kah kah kah...

    terbaek ah pengembala blogger nih...

    patut ah blogger dalam malaysia kemain ramai lagi haa...

    hahahahahaha...

    dah. tak larat aku nak gelak... huhu... mengah.

    BalasPadam
  2. ok baru tau apa itu penggembala blogger...haha

    abg bun..such a great name..


    yang aku pelik tu ramai betol org nak ngikutnya tah ape pekdah pon aku tak tau...

    BalasPadam
  3. @Aslina

    mereka membiak dengan pantasnya. Orang berblog sebab join segmen

    BalasPadam
  4. tettt... blogger pun mengembala jugak tu.
    miahahahahaha....
    semput..~

    BalasPadam
  5. abg bun...mcm familiar je ble ak sebut bnyk2 kli bun tu...bahahha

    BalasPadam
  6. abg bun...= aku gelak....

    akela, kami buat habis baik = hahahaha gelak habis baik!.....

    buat segmen sampai 13 episod...hahaha

    aku ada pernah baca, kat blog kau ke mana tah, dia ckp akhirnya Blog di Malaysia akan berubah menjadi Myspace.

    tapi pantang, jangan kritik, kalau kritik gerembolan anak serigala akan datang dengan pesudo religous, percampuran antara maki hamun, carut marut dalam kain + hadis nabi yg kadang2 tu maudhuk/ palsu pun....

    p/s Moksya tu pun aku gelak.. wakakakakak... :)

    BalasPadam
  7. keh keh keh..

    aku dulu pernah jugak terjebak weh dgn pengembala blogger ni..pastu kan..aku rasa macam bodoh je..macam lembu kena cucuk hidung..terus aku unfollow..rasa bodoh gile weh sebab aku pernah terjebak..huwaaaa..T_T

    BalasPadam
  8. Nicely wrote.for me,blogging dari hati.thumbs up.

    BalasPadam
  9. aku mse bodoh2 pn cm terikut ngn si pengembala tu.... tpi ble pkir2 balik... pengembala2 ni tak pula slalu pkir psl bwhn dy...dy mengaburi mate dgn kononnye org rmai dpt traffic semule...n dy cme bntu... pdhal...xd ape2 pon....lbh pd up traffc dy....yg anak2 buah ni...org klik skli...tggl komen...blah...klw ade 1000 tu yg berjaye ditekan cume yg 10 kat atas...dan 10 terbwh..je...kan?

    BalasPadam
  10. perghh bro..
    kau dah sedar kan aku......ciss

    meh sini meh...bace entri aku lak

    http://azrijohan.blogspot.com/2011/06/kalau-berani-copy-paste-lah-entri-aku.html

    BalasPadam
  11. "hai, ai join segmen abang bun, kelik gambar utk ke belog beliaw". dah. habis.

    mcm xpercaya pernah join segmen camni

    BalasPadam
  12. carta tu hebat gile ah, salute cara kau bagi info kat entry, tq

    apa la "Akela"...huhu baru ku tahu

    BalasPadam
  13. fuhh...fuh....aku datang dari orang like kat fb..keh3..

    mengembala? lantaklah. jangan diikut. aku pun ada bookmark yang jenis pendapat dan pengalamanla...kadang banyak yang aku rasa tak betul, tapi bila kita baca tu, minda terbuka ke arah kebaikan.

    *sebelum percaya, kaji kesahihan.. tu je aku rasa....:D (wajah seakan2 comel)

    BalasPadam
  14. ( gila, sambung komen)

    tah, aku rasa syok pulak main akela-akela ni...jap jap sekali lagi....

    Akela!!!! kami buat habis baik..... ok chow.. kekeke


    p/s panda jahat, tak bek perli2 taw....

    BalasPadam
  15. @♥CIK SHA♥

    dulu dia rajin masuk blog aku sebabnya nak promot blog dia hahahhahaha

    BalasPadam
  16. @Makhluk Hijau

    selamat kembali ke jalan yang benar hihihihihi

    BalasPadam
  17. @Fina Fento

    selamat kembali ke jalan yang benar hihihihihi

    BalasPadam
  18. @Solihin Zubir

    pehh artis salute kat abam panda lol. kat akak xnak salute skali?

    BalasPadam
  19. @haikalblank

    lupa nak cakap: berhati2 baca blog pandangan dan pendapat ni. tak semua betul

    BalasPadam
  20. terasa innocent sbb tak pernah join segmen abg bun.

    BalasPadam
  21. Biase la der,nak naik kene kipas2,xkipas susah naik.wakakaka bun?mcm name roti lar.

    Tp cm guwa kate,klu lu ngn kita2 ni suara kecik,mane mampu nak chelen org2 besar der,ape yg die kate mesti yg digembala tu backup membabi buta la

    BalasPadam
  22. haha...ko xnak buat segmen jugak ke abg panda?

    manalah tau, nak buat segmen hack2 blog ke...

    BalasPadam
  23. oh...nama golongan tu pengembala blogger rupenye.haha...

    BalasPadam
  24. opssss.... baru tau ada carta.. hahaah..


    New entry: Jalut nak Sponsor Hadiah ni

    BalasPadam
  25. @nazirulhazwan~

    mak aii bahasa rempit ke apa ni...jap aku ambik kamus

    BalasPadam
  26. Mesti terkena mereka yg jenis penggembala blogger nih.... Like this...

    Selalunya bt segmen atas nama satu komuniti blogger, sambil tolong menolong tpi yang untungnya si penggembala.... yang dpt trafik beribang pun penggembala, si penggembala memang berani bercakap soal kualiti coz mereka anak anak... tapi kualiti yang camna gua pun tak tahu... ekeke...

    syahirul.com, justkhai.com, theotherkhairul adalah contoh penggembala yang patut dicontohi.... pengembala yg lain hanya mengejar trafik, konon menulis untuk suka2... bila nuffnang tak bagi BE bila traffik beribang... mula nak bising....

    Well, no one blogger for nothing....

    BalasPadam
  27. pengembala blog. term baru seh sepanjang aku menjelajah blog2 org.. haha..
    semua orang ada cara sendiri..kreativiti sendiri.. :D

    BalasPadam
  28. pengembala ni macam MLM je haha. thx for waking me up.

    BalasPadam
  29. @Mohd Shukri Fadzillah

    betoi! tapi upline ada satu je hahahha

    BalasPadam
  30. yup. kau rasa aku tergolong dlm kumpulan yg mana?

    BalasPadam
  31. @kesumaharyani

    blog sendiri, sila judge sendiri ya buk

    BalasPadam
  32. nasib baik aku tak terjebak jadi anak gembala.. haha.. ape yg best ntah.. pelik2..

    BalasPadam
  33. @Ezany-Kun
    ianya mengjangkau pemikiran kita bro. takkan faham punya hahahahha

    BalasPadam
  34. masa awal2 aku ada blog aku pernah digembala. sumpah aku nyesal sampai sekarang! hahahah.

    tapi, blogger newbie mmg dah makin ramai terikut ngan abang bun tersebut. trendsetter dalam dunia blog kunun-kununnya. sehari sejuta entri.

    trafik tinggi, isi habuk.

    BalasPadam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran