Kalau mengikutkan dialog Ahmad Nisfu dalam cerita Seniman Bujang Lapok, bunyinya lebih kurang macam ni "Kecik-kecik taknak mampos, besar-besar menyusahkan orang". Tapi dalam entri kali ni, agak adil kalau aku katakan "kecik-kecik ponteng sekolah, besar-besar bodoh lagi menyesatkan"
Aku yakin 100% bahawa kalau mengikutkan polisi pendidikan di Malaysia, makhluk-makhluk yang berumur 18-25 pada zaman sekarang wajib mengambil Pendidikan Islam semasa sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Maka kalau dikira dengan matematik budak tadika, kita secara umumnya telah mempelajari ilmu Pendidikan Islam sebanyak lebih daripada 10 tahun. 10 tahun, kalau start buat roket, dah sampai ke bapak bulan dah nak tau lama ke tak dan berapa banyak ilmu yang korang boleh guna.
Pendidikan Islam ialah matapelajaran wajib, dan ia mengajar kita tentang perkara asas yang perlu diketahui, setuju? Maka ilmu ni bersifat positif, setuju? Kalau kita hayati dan amalkan, maka kita akan jadi seorang Muslim yang baik, setuju?
Godaan syaitan yang menyesatkan ialah bersifat negatif, setuju?
Jadi, kenapa korang takut sangat, dan menyampaikan benda yang tak betul, kononnya pengaruh Israel la, Illuminati la disana sini? (Dengan menganggap pengaruh tu bersifat negatif). Contohnya, baca kes Illuminati Upin & Ipin dan juga yang terbaru, gambar di bawah ni

Hal syiling pun boleh nak buat teori-teori cacat kan?
Berbalik kepada intro aku tadi, pointnya disini, kenapa ilmu positif yang korang dah belajar lebih 10 tahun tu masih tak dapat menangkis fahaman-fahaman pelik sekarang ni? Adakah ini menunjukkan yang Islam kau memang lemah?
Aku tak nak suruh korang tepuk dada tanya iman. Itu frasa gila. Kalau orang tu iman pun tak kuat, macam mana hati dia nak berubah bila 'ditepuk-tepuk'? So, iman aku kuat ke? Tak juga. Kalau aku tak tahu, aku tanya pada yang tahu. Belajar tanpa guru tu belajar dengan syaitan, tahu?
Kesimpulannya, kalau kau nak heran sume benda pastu kaitkan dengan teori cacat, tak payah buang masa la. Baik pergi ambik wudhuk dan mantapkan amalan sendiri daripada buat teori pelik
Thanks Oyiehan untuk link



19 comments
fikiran yang terlalu sempit dan selalu terikot2kan orang..pastu ada orang baru sembang pasal agama ja teruih share..padahal orang yg post tu pon jahil... LoL! LOL ! LMAO
hm..ni la masalahnya bila faham ngan akal je, tak masuk lam hati..cuba faham betul2 dan amalkan, takde la kua teori pelik2 cam ni..
diorang dok risau perkara cabang / perkara ranting macam ni, tapi diorang tak risau pasal perkara akar yakni akidah. sepatutnya akidah tu perlu diperbetulkan dahulu, perlu diutamakan.
bila dah kua teori macam2, lagi la perkara akar diabaikan dan mungkin ada yang goyah sebab benda ni.(?)
@balecan
atau...
orang yang post tu gila trapikk hahhahahaha
@FaeZaH
yesss inilah ayat yang saya cari!
setuju ngan faezah.. akidah patut diperbetul. tapi, kalau kita tgk sitem pendidikan yang sekular di Malaysia, adakah perbuatan yang macam ni boleh diperbaiki?
just wandering..
arc tlg jawab
@Lily
yes, anda memang tengah wandering, which means menyimpang dari topik asal..
jelaskan bagaimana sistem pendidikan yang so-called sekular ini menyumbang kepada keruntuhan akidah
adoyai...syuling la pulak kali ni =___=" aku ni takla pandai sangat bab-bab agama ni.aku just percaya kalau benda tu dah heboh sampai ustaz bagi pandangan, masuk tv.ok tu aku percaya. ;p
apakah?hadoi..rosak sungguh!
inilah akibatnye bile terlalu taksub sangat nak menunjukkan diri hebat dan tahu pasal agama..
'bijak' sampai boleh mentafsir segala rupa bentuk ada kaitan dengan iluminati lah apa2 je lah pemahaman pelik dorang tu..
astaghfirullah..tak paham betol aku dengan orang2 yg macam ni..@_@
Assalamualaikum.
Aku benci betul dengan setengah orang yang sikit-sikit Freemason lah, Illuminati lah, itulah, inilah. Taksub sangat dah kenapa?
semua bende nak kaitkan ngan freemason, belajar matematik segitiga tu tak nak ke kaitkan ngan freemason skali.. sbb tu barat pandang kita sebelah mata jek, sbb fikiran terlalu sempit dan taksub.. ape pun berbalik la pd Islam.. jangan belajar sbb nak exam jek
oh, musim menyalahkan illmuninati dah kembali ke?
nampak je apa yang tak kena dengan dunia? blame illuminati
ada rasa design sesuatu lain macam? blame illuminati
anak mak limah accident motor kat depan pasar? blame illuminati
aku fail exam? blame illuminati
jangan la jadi perangai buruk macam orang barat yang salahkan semua keganasan kat orang islam. kalau kita cipta satu stigma otomatik dalam kepala, memang makin lama makin sempit la pemikiran. aku kecewa dengan mereka yang suka buat teori bodoh, kalau macam tu la kan, tiap2 minggu boleh dapat teori baru...
oh, lupa nak cakap. bintang berbucu enam (star of david) tu boleh didapati di banyak masjid2 lama. masjid yang dibuat sebelum penubuhan negara israel. apa nak kecoh, David (Nabi Daud) tu Nabi yang menyampaikan ajaran Allah jugak kan...
takdak kerja depa nak cari kerja...ada kerja depa malas nak buat..biasa la tu...
@ARC™
hahahaha, gila terapik, kalau tak kawal boleh jadi gila isim, bila gila isim mula delusional, bila dah delusional mula cari kuda nak tunggang.. yeeee haa...
aku ada komen kat blog mana tah semalam,(blogfadah rasanya) aku ckp ni semua fitnah.
org yg sebarkan benda ni ada masalah skizo paranoid teori kospirasi inferior complex crisis..
hahaha..mcm2...sampai design bagunan kat u aku pun member aku kata freemasom...nak tegur kan kata aku ni berlagak pandai kalau x tegur kan lain pulak ceritanya....
Terbaek r ARC.. tq sbb tolong menjwb soklan2 ituu.. hahaa.. nak wat sndrik mls.. so.. suh la anda panda bijak pndai yg bls..kih3..
mmg dorang xabes2 nak pkir mendlm kann..
smpai kan Huruf 't' pon jd tanda SALIB .hehe.. tq menjwb.. nak share pd mmber2 n trume yg buat post ituu.. ahakzz
psl freemasom aku xberapa pandai sgt..wallahualam..
kita akan nampak apa yang kita nak nampak..nampaknya, nampaklah...
ustad n ustajah wannabe yang kononnya akan rasa bangga bila dakyah merepek ni di setujui oleh beratus-ratus pengkomen,lalu di share oleh yang sama golongan seperti mereka.nyampah I tau!
Post a Comment
Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming