NAK TENGOK AKU EMO? INI DIA..

Minggu lepas aku dengan 2 orang kakak aku beli tiket penerbangan dari Wellington ke Auckland kononnya kami nak pergi bercuti ke kawasan yang dekat-dekat aje untuk jimatkan kos dan juga supaya tak mengambil masa yang terlalu panjang. Kami dah plan nak pergi Cape Reinga iaitu bahagian hujung utara New Zealand. Dekat situ ada beberapa aktiviti menarik yang boleh buat
Kami dah setel dah beli tiket pergi-balik dan jugak book kereta dengan tempat tidur untuk melepaskan penat dekat sana nanti. Khamis malam Jumaat beberapa jam sebelum kapal terbang berlepas, aku dah dup dab dup dab tak sabar nak pergi
Tiba-tiba telefon berdering menandakan masuknya mesej pesanan ringkas daripada JetStar. Okay actually mesej dia masuk dekat fon akak aku tapi aku andaikan bunyi dia macam ni
THURSDAY ASH CLOUD UPDATE:Di sebelah kiri ni ialah peta New Zealand. Bukan peta negeri Sabah dan Sarawak! Garisan berwarna oren tu aku lukis sendiri untuk menunjukkan perjalanan kapal terbang dari Wellington ke Auckland. Penerbangan ni biasanya kalau ikut pengalaman aku yang lepas dia ambik masa sejam je.
Regrettably we have cancelled all flights to/from Christchurch and Queenstown tomorrow (Thursday 30 June) due to impacts of the ash cloud. Wellington flights are also affected and are cancelled up until 12 noon tomorrow.
A further update with regards to afternoon services will be provided tomorrow morning. We thank you for your patience as we work towards resuming safe flying again.
Yang berwarna biru dalam gambar pulak ialah debu-debu misteri yang dihasilkan oleh letusan gunung berapi Puyuehue- Cordon di Chile, Amerika Selatan. Seperti yang korang boleh tengok, kawasan langit Wellington telah dilitupi oleh debu yang menyakitkan hati ini
Jadi disebabkan inilah maka penerbangan ke Auckland pada Khamis malam Jumaat lepas telah dibatalkan lalu menyebabkan aku emo membabi buta di Facebook dan di Twitter. Tapi aku emo time subuh New Zealand di mana timeline Twitter masa tu sunyi sepi
PERSOALANNYA, KENAPA AKU EMO KALAU INI IALAH FENOMENA ALAM?
Penjelasannya senang je, aku bandingkan syarikat JetStar ni dengan AirNewZealand. Seperti yang korang boleh agak, AirNZ punya penerbangan tak terjejas pun. Orang yang kononnya nak nasihat aku dekat News Feed Facebook mungkin terlepas point aku bahawa kenapa AirNZ boleh terbang dan JetStar tak boleh?
Aku ada beberapa andaian yang boleh digunakan untuk menyedapkan hati
#1. KAPAL TERBANG AIRNZ ADA WIPER BERKUASA TINGGITahukah anda kalau sebuah kapal terbang tu mempunyai wiper di cermin hadapan yang berkuasa tinggi, maka juruterbang akan dapat melihat pemandangan dengan lebih berkesan. Segala mak nenek debu yang melekat di cermin akan dapat dilunturkan dengan begitu mudah sekali. Tapi sayangnya wiper kapal terbang Jetsstar berkuasa ayam dan tak dapat nak terbang melepasi ash cloud tu
#2. KAPAL TERBANG AIRNZ ADA TELEPORTATION DEVICE

So, kiranya penerbangan tu boleh refund la kot sebab dia yang batalkan. Problem lagi satu ialah tiket return tu tak boleh refund sebab penerbangan tu tak dibatalkan. Menggunakan akal logik yang kau ada, macam mana aku nak guna tiket dari Auckland ke Wellington, kalau aku takde dekat Auckland? Sepatutnya dia refund duit aku untuk dua-dua tiket la!
Jadi, duit pada cuti ni telah dibazirkan pada syarikat penerbangan yang hamsap. Tahi kuda punya servis. Nasihat aku dekat korang yang nak pergi bercuti dekat New Zealand, plan cuti awal-awal dan belilah tiket penerbangan selain JetStar.
Sumber info: Metservice Blog & Wikipedia Puyehue



16 comments
err.. ok.. nasihat di terima..
obai..
^^
ouhhh. macam tuh ekhh? syukur negara kita xde abu misteri tuh kan??
Ronda-ronda KL part 2 (7th Mufiin dan Sekinchan Ikan Bakar)
note. thanks. nanti aku try survey syarikat lain kalo aku kena pegi sana :D
hahaha... tingginya imaginasi ko... mesti banyak tengok muvi ni...
okok..tenggok2 larh nnti
nak p ronda sana haha
kalau dah wujud teleportation device bek xyah naik kapal terbang.. teleport je balik~ haha
flight aku pun kena cancel aritu.. terpaksa naek bas 11 jam dr auckland ke wellington. sob2..
perghh sedey lak ai. memang comfirm takleh refund la ea tiket dari Auckland tu?
hoho...mmg amat merugikan dan bli tiket n planning baeeek punya sekali tka boleh proceed with the plan..lagi pulak bila tak dpt full refund kan...sbr je la bebanyak yer...
rugi betoiii.
memang 'tahi kuda punya servis' la nih.haha
AirNZ ada guna khidmat perunding cuaca atau bomoh hujan.. bomoh tu boleh angkat kapal terbang dia letak kat auckland tanpa melalui awan debu.
selain itu dia jugak ada gunakan tangkal kalis debu, Jetstar takde, jetstar hanya ada nasik lemak pak nasser.
sekian saya Jumbahari Kamsani melaporkan dari majalah Mestika.
wooo memang emo la kalau bnda dah plan seronok2, kena kensel gitu je..
tapi arc..mungkin ada hikmah di sebalik semua ni..
siapa tau kan :)
bila lah aku nak pergi dekat sana kan T_________T huwaaa kalo ko nk belanja, confirm harapan jee
sabo je la.. haha..
wei buruk la warna putih.. bagi aku la.. huhu
haha..
tensen lbeh tu XD
mmg mnyusahkan kott..kitorg pn ternanti nanti lah participant dari auck, welly utk bersatu games kt dunny..sian sungguh..huhu
Post a Comment
Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming