Aku rasa aku ada sindrom gila blogging. Masa tengah nak tunggu berbuka puasa pun aku boleh nak menaip lagi sedangkan boleh je kalau tak menaip. Tak pelah disebabkan aku dah penat menghabiskan study nota kuliah maka jom kita tengok 4 Perkara Senang Yang Boleh Membatalkan Puasa. Hukum Korek Hidung dan Telinga letak bawah sekali ya sayang. Sabar.Entri ni dibuat kerana banyak hukum puasa yang dibuat-buat sampai naik pening sahaya melihatnya
#4. MANDI YANG MEMBATALKAN PUASAMasa kecik, aku ada dengar member cakap "Weh, mak aku cakap, kalau kau mandi lama-lama, nanti batal puasa tau!". Sebenarnya bukan mak budak tu je cakap macam tu sebab mak aku pun sama. Cuma bezanya mak aku cakap dalam nada yang main-main dan mungkin mak budak tu juga sama cuma budak tu yang salah anggap.
Adik-adik, mandi bagi orang berpuasa mengikut mazhab Shafi'e adalah harus dengan syarat tidak berlebih-lebihan hingga air masuk ke dalam rongga badan. Dalam kitab yang lain, hukumnya ialah makruh iaitu Mazhab Hanafi pula tidak memakruhkan mandi pulak tapi kalau nak selamat, ambil hukum makruh. Kau buat tak berdosa dan tak batal puasa pung!Sumber
Mandi ketika puasa akan batal jika kau mandi selama setengah jam, tekan sabun banyak-banyak, ratakan keseluruh tapak tangan, lalu ......
Sambung sendiri
#3. MENYENTUH BINIMenyentuh isteri ketika puasa ialah tidak membatalkan puasa jika kau sentuh tangan dia ketika dia cium tangan kau sebelum pergi kerja, macam mak aku selalu buat dekat bapak aku maka tak batal! Tapi wudhuk kau konfem batal sebab hubungan antara suami dan isteri itu masih membatalkan wudhuk walaupun dah bernikah secara sah
Ini bermaksud kau bersentuhan kulit, tersentuh bahu, maka tidaklah batal puasa. Lawak betul siapa yang kata batal. Kalau korang nak main sep sep sep tom tom tom pun boleh! Tak batal!
Tapi, kalau kau bersentuhan dengan awek di bawah pokok perdu di hujung kampung, ianya boleh membawa kepada kebatalan puasa.
#2. SAHUR KETIKA IMSAKYang ini bapak aku sendiri cakap batal puasa kalau makan time imsak! Walaupun kitorang satu family tak setuju, tapi akhirnya beliau kembali jua ke pangkal jalan setelah dikemukakan bukti. See? Macho tak bapak aku berani mengaku kesilapan sendiri?
Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. [al-Baqarah 2:187]
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya Bilal azan ketika waktu masih malam, oleh itu makanlah dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan.” (Perawi menerangkan): “Beliau (Ibn Ummi Maktum) adalah seorang yang buta, dia tidak akan melaungkan azan sehingga dikatakan kepadanya: Waktu Subuh telah masuk, waktu Subuh telah masuk.”
Sumber
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya Bilal azan ketika waktu masih malam, oleh itu makanlah dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan.” (Perawi menerangkan): “Beliau (Ibn Ummi Maktum) adalah seorang yang buta, dia tidak akan melaungkan azan sehingga dikatakan kepadanya: Waktu Subuh telah masuk, waktu Subuh telah masuk.”
Sumber
Maka ya anak-anak, imsak tu lampu kuning je oih, bukan lampu merah. ianya supaya kita berjaga-jaga tidak termakan time orang laungkan azan. Orang tengah angkat takbir, kau pulak tengah isap rokok sambil kunyah pisang free dekat masjid. Memanglah batal!
KOREK HIDUNG DAN TELINGA
Aku tak paham kenapa bila aku google "korek telinga", muka mamat ni keluar. Anyway, dari pagi sampai ke petang aku tengok kat News Feed Facebook, tak kurang 5 orang yang mengatakan korek apa semua tu batal.Korek telinga semasa puasa tidak batal jika anda korek nak buang kotoran. Yelah, kalau dah taik hidung kau sama taik telinga menjejer-jejer keluar ikut telinga, macam mana nak beribadat? Kotor dan selekeh, dan Islam kan mementingkan kebersihan. Kalau jalan depan Mak Esah, tak kuasa orang tua tu nak buat kau jadi anak menantu
Kalau korang nak pendapat berdalil, boleh cari di Google, aku tak berani nak tanggung dosa main-main dengan dalil tapi aku sangat yakin bahawa korek telinga tak batal. orang kata batal sebab mereka berpandukan pada hukum memasukkan sesuatu pada rongga badan ialah membatalkan puasa. True. Memasukkan Big Mac dan Teriyaki Chicken kedalam rongga mulut lalu mengunyah dan menelan jus yang dihasilkan daripada kunyahan itu batal, hisap rokok lalu menghembuskan asap ikut hidung ialah batal, menghisap dadah (duh!) ialah batal
Korek telinga, on the other hand, mengikut pendapat aku, seorang blogger picisan yang suka merepek, dan beberapa rakan lain yang tinggi ilmunya, tetap kata tidak batal, sebab kita bersihkan diri je, bukan untuk mendapatkan kepuasan psikologi lalu mencabuli fadhilat puasa (bersederhana dan menahan nafsu). So, tak batal. Samalah macam gosok gigi weh! Tak batal juga
Gosok gigi membatalkan puasa kalau kau takde kerja gosok gigi guna Kodomo Lion perisa strawberry lalu menelannya dengan sengaja sebanyak berkali-kali. yang ni aku berani sumpah, batal! Teknik ni masa aku umur 4 tahun dulu boleh la buat haha.
Korek telinga juga sebenarnya boleh membatalkan puasa jika korang jadi macam ni
OUCH!
P/S: Thanks kepada Fitrihadi, WZulhilmi, Nurul Hidayah, Syarafina, dan Ayueobin untuk pendapat korang disini . Selamat berpuasa untuk anak-anak gadis di luar sana ya! Abang-abang takyah wish la haha



44 comments
aku pun terfikir bab korek telinga tu
"memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan,batal puasa!"
ni yang selalu aku dengar dulu. tapi aku berus gigi! berus jugak wlaupun mak cakap makhruh.aku rasa korek-korek ni pun makhruh. kotttt..=_="
'taik telinga menjejer-jejer keluar ikut telinga'
geli bai >,<
suka dgn gaya penulisan anda,buat ketawa je 1st ramadhan ni..hehe
hehe...tang sentuh kulit ngn awek tu yg tkleh belah tu..klu g bazar kan,,kapel2 kan slumber je jalan pimpin tgn...batallll posaa .. :p
aku selalu je korek hidung time puasa..dah nak buat mcm mna time tu jugak la taik hidung nk mengeras pon..hampeh
ahahahaha!
ko pose kt nz ke weh?
alhamdulillah bulan puasa ni saya tak deting sebulan makanya saya bisa berpuasa penuh..
sebab tu lah maksud puasa ialah menahan diri dari makan,minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa.
ape pun selamat berpuasa untuk kamu ye abang papanda.
saya anak gadis, jadi saya taknak wish.... hahahahhaha.. adakah mamat tu adalah duta kepada cotton buds sebab tu ade gmbr dia kat google???? hmmmmm....
kat mandi tu ade satu point org selalu ckp batal kalau mandi berendam . walhal kalau mandi berendam lepas tu kentut masok air dalam jubur tu batal lah kan . kot . hehehehe .
napa gambar ku T.T
terbaikkk... thx 4 sharing :)
ok aku ngaku aku la yang gambar bab korek telinga T.T tapi mcam mna jumpa ??
aah....agak la...salu gak trpikir bnda ni...tapi aq da gak dgr org ckp,kalu posa,mkruh brus gigi after trgelincir matahari...which is after tgh hari la...ada pendapat???
gile ah gambo bwh tu. haha.. selamat berpuase abam panda. :D
@Cik Aish
baik toksah pose cenggitu hahahahhaha
@misz myza
wish di atas ditujukan utk anak gadis lah....
@Mohd Fahmi Nizam Bin Mohamad Fathi
tahukah anda? orang membaca entri ini akan tahu kat amna aku dapat
conversely, kalau hanya tengok gambar, meamng tak dapat isi...
masa kecik2,pukul almost pukul 6 tu aku masuk toilet.mandi stgh jam. keluar2 fresh.semangat sikit nak tggu bbuka.hahahhaha.
tapi yg telan ubat gigi tak sempat nak buat dulu2.hahha
yeayyyy boleh korek idom.... tahun lepas dah korek idommmm
panda pose jugak ke?
hahaha :P
Mandi ketika puasa akan batal jika kau mandi selama setengah jam, tekan sabun banyak-banyak, ratakan keseluruh tapak tangan, lalu ......
aku nak sambung tapi takpe laaaa.
hahaha
selamat berpuasa abg arc :D
suami isteri bersentuha, tak batal wudhu..ada yang percaya macam tuh based on hadis ape aku tak pasti sebab aku bukan budak2 hadis nih but then most of orang dekat malaysia nih kata batal.
@Nur
"bersentuhan" ye batal. Orang selalu baca bersentuhan tu pada kata dasar je tapi sebenarnya maksud "bersentuhan" dalam hadis tu most probably bersetubuhan.
pengkomen : bersetuhan lelaki dan perempuan...tidak batal walau dengan apa cara pun kecuali jika ghairah dan berjimak dan mengeluarkan air mani. dan mendapat madu kepuasan berseggama. hukumnya kifarah.
adapun mengikut mazhab hambali dan nas nas dan dalil2 hadis yang sohih, suami yg pegang isterinya tidak terbatal wudhuk
kecuali bagi mazhab Syafie yg lebih rigid, adapun aku berpegang pada pendapat imam yg lain yg mengatakan tak batal. sebab masa aku pergi umrah boleh pulak nak ubah keyakinan jd tak batal pulak...so aku terus pegang hukum tak batal la.
korek hidung, telingan, injek, buh celak kat mata, gosok gigi, berkumur, mandi adalah tidak batal sama seperti yang telah kau huraikan.
dan kat rumah aku baru 3 tahun kami semua akan bersahur melantak sampai bunyi azan. :)
perkongsian yang bagus... syabas inspektor sahab!!
@Nedhamzah
mbe tu nate hara jadoh apo?ambo dok pahe bahso pelik pelik nih
selamat berpuasa... senang cerita, kalau dah tahu benda tu bleh batalkan puasa, jangan buat.. semoga semua amalan kita dibulan puasa ni diterima oleh Allah S.W.T.. amin.
selamat berpuasa abam panda yang henseemmm.
eh, cerita lah pasal puasa ko kat nz. wee~
kejap! satu benda je yg aku nak sgt tau. menangis tu batal ke? ada ckp batal ada ckp makruh. gosh! mana satu ni? ke aku terlampau lampi ni? -,-"
@myMOONyet
zzzzzz mestilah BATAL!kalau ko tadah air mata dalam gelas lepastu minum hahahhaha
ada orang cakap kentut batal.
hahahaha. oh seksa lah macam tu buat orang yang tengah sakit perut memulas-mulas.
@jiranmafiarussia
kentut dalam air, batal.
Kentut dekat muka aku, batal sebab nanti aku bunuh orang yang buat tu. Orang mati mana boleh puasa?
:D
Sampai tercucuk gegendang telinga dah. Awan memang tak berani nak korek hidung dan telinga masa puasa sebab nanti lain pula jadinya. Kalau mandi pula, tak sah kalau tidak 30 minit. Takut juga kalau terbatal tapi tidak.
mmg xbatal korek hidung ngan telinga ni..kalo dlm sangat sampai ke rongga tu batal la kot..
p/s-kenyang ke mkn ubat gigi perisa strawberri tu..heheh
@faiz
xkenyang tp sedap bro hahhaahha
dlm tv smlm, ada ustaz ckp, x batal korek hidung..sebab korek idung bukan keyang pun..
@cik Dil
kalau ikut hujah tu bolehla isap rokok ye dak?
jadi ko nak bgtau selama ni ustazah aku salah ajar arr sbb dia kata korek idung batal puasa??
susah gak ni..heheheh
memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan tu mungkin maksudnya masuk tak kuar kuar macam makan. migmac dah masuk sumpah tak kuar kuar dah.
tapi korek telinga ngan hidung kita bersihkan diri dari kekotoran. kuar kan kototan tersebut. jadi tak batal puasa.
ini adalah inferens saya pas baca entry. abg ARC™ sila betulkan kalau silap.
gosok gigi memang tak batal. selepas zohor, gosok gigi jadi makruh. ntah buku teks agama tahun bila tah aku baca. maka, wallahualam
@Hanie_Dew
itulah maksudnya :)
lagi info tentang korek telinga di SIHAT SELALU - Bahaya Korek Telinga
terbaaek..penat dengor org kate itu ini btal,ingt sng nak btal mcm tu je...hehe
ap yg ak blajar, korek hidung x btl pose tp jgn smpai ke bhgian yg b'tulang, cuba check hdung msg2 ad tlg ke x, klau xde boleh la nk korek smpai keluar kt bijik mata pon...telinga plak boleh korek x melebihi kwsn yg b'lipat. yakni kt bhgian kelopak tlinga jer, jgn msk smpai dlm
(msk dlm bhgn kepala). bg bersugi/berus gigi plak hkumnya makruh, sbb ubt gigi b'cmpur ngan air liur.klau tln air tu maka batal puasa. klau air dr luar mlut msk ke dlm dan kita dpt rasa walau apa perisa skalipon hkumnya makruh, tp klau yg memg sedia ada dlm mlut xpe.cntoh: air liur/kahak.telan pon x btl pose,makruh pon x.
~wallahu'alam~
hhahahha.. tak nak ckp pape..baca komen kat atas tu rasa nak trgelak je..hahahahah
Post a Comment
Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming