Okay satu lagi tempat makan yang aku rasa menarik. Haritu pergi pun secara tak sengaja sebab tetiba rasa lapar-lapar manjadi tengah malam. Tempat kali ni nama dia Empire dan menyediakan makanan halal. Seingat aku papan tanda dia bertulis Thai and Malay Cuisine. Tak taulah kalau aku silap
Setelah dicuba untuk Google tempat tu dan tak dapat dijumpai, maka aku dah tensen untuk cerita pasal lokasi dia. Kalau korang datang Auckland, make sure makan dekat sini dengan harga berpatutan despite of the fancy-looking place. Tak fancy mana pun okay je. Kalau datang Auckland, tanyalah member-member yang ada bagaimana ke tempat ni. Aku ingat jalan, tapi Google tak membantu. Anyway, proceed terus ke gambar makanan
Ni Spring Rolls. Ada 8 ketul harga berapa entah tak ingat sebab member aku yang beli. Rasanya sekitar $6 kot? Ye adik-adik, jangan tanya kenapa member aku datang tempat tu untuk beli popiah . Aku tak faham jugak tapi asalkan dia bahagia okay la tu
Ini pulak ape entah. Kuey Tiow rasanya. Harga dia sekita $10. Masa aku taip entry ni, air liur aku dah meleleh sampai ke baju sebab teringatkan kesedapan dia malam tu. Nasib baik tinggal setengah jam je nak berbuka. Member aku jugak yang beli
Okay, meh aku tunjuk apa aku makan pulak malam tu. Kitorang dah makan sebelum tu so takdela pulak aku nak bantai full course kat Empire ni
Hah tu dia Takoyaki $8. Aku siap bungkus bawak balik rumah lagi sebab aku suka makan sutun bertepung ni. Dia punya krim atas tu fuh lemak cukup semua! Bila gigit masuk mulut, rasa macam
Last sekali, Sundae yang berharga entah tak ingat. $6++ rasanya. Tak tahu macam mana nak describe sebab rasa dia macam rasa aiskrim. Memanglah benda ni aiskrim! zzz...Sebenarnya ada gambar aku makan ceri ni tapi macam lucah pulak so tak jadi upload
Sumpah aku suka gila dekat Auckland. kalau nak dibandingkan dengan Wellington, memang banyak makanan halal yang available dekat sana!
Jam menunjukkan 5.30 petang. Telah hampir waktu berbuka bagi Wellington City dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Orang Malaysia sila tahan nafsu makan tu



24 comments
perghhh asyik makan je..
nasib baik iman kukuh... ZZzzzZZzzz.... ape barang tokayoki.. next entry pleasee.. boooo
@Zulfikar Hazri
nxt entry Isnin hahahhahah. weekend xde org baca
apesal aku terbaca entri ni tyme siang grr
kuey tiaw dia RM10?uih,kalau kat bazaar dapat 5 tu.hehe...
badigol badigol..
zzzzzzz...
weehhh, kami kat sini makan nasik kandar kari baik punya,.... lauk ayam goreng.. ada pulak kuih tepung pelita...
kadang2 gulai lemak udang.. perghh.. ketam.. perghh.. sambal belacan.. ikan bakar.. ayam percik...
perrrhhhh pehhh...
p/s weeknd mmg takde org baca kan.. ciput je stats.. ishhh
phewww!!!memang tahan-tahan dan tahan je dari first tengok gambar sampai habis.jahat giler entry nie.kalau entry pasal food sebelum nie tu takdelah nk terliur sgt.yang nie memang menelan air liur betul la!!tp paling nk terliur tu haruslah airskrim sundae :D
@Miss Fireflies
keh3 sape suruh ko bace
@Pacifista-X
bukan RM sayang.... :)
@Zulfikar Hazri
haha x heran pungggg
tapi tak lah sedap sangat kalau di bandingkan dekat sini...dekat sini ada nasi briyani ayam berempah ,ada murtabak ayam jantan dan macam2 lah....sana tak der....keh3....kesian2...
@RepublicAku
ko makan ke benda2 tu dalam 1 masa? keh3. dasat...dasat....
hoomaigood :O kenapa sundae tu macam menggoda sangat ? =.=
Sedap woi nasi ayam penyet kat sini dgn sup bunyut baru rm30 je hahwhahwa
haha. nasib baik kau tak letak. lau tak, kurang pahala puasa akuu. haha.
aku tahu sapa tak suka takoyaki. hikikhik
jalan-jalan cari lemak emas ke apa. hahaha
kuey teow dia macam menarik. sundae pon same. tokayaki pon, popiah tak lupa. oh terliurrrr
ciss lapar balik aku.nak moreh bye.
nampak gambar mcm menarikk jer! tp xtawlaa ase dye mcm mn kn??hahaa ice creamm beshhh.. :)
pic 1,3,4 nmpk cam sedapppp....
arc, kat sini ade ketupat, lemang, rendang, lodeh, jemput ar dtg umah.. haha
@faiz
asew diew cedapppppp #facepalm
@Jue AbdRahman
ko tunggu je kat Malaysia tu. tahun lusa aku mai
Post a Comment
Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming