Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kek Yang "Tak Boleh Dimakan" Sweet Vanilla Bakery

Haritu kita cerita pasal Aiskrim Yang Haram Dijilat tapi harini kita cerita pasal Kek Yang "Tak Boleh" Dimakan. Ada pun definisi tidak boleh disini adalah bermaksud yang kek ni sebenarnya boleh dimakan. Tapi tak sampai hati nak memakannya disebabkan ianya terlalu awesome! Thanks LiyanaLunia untuk link yang best

 kek barbie doll

Adalah dikatakan bahawa si pembuat kek telah membeli seketul patung Barbie lalu meletakkan icing kek ke atas patung tersebut untuk menambahkan rasa. Gila la kalau korang percaya. Sebenarnya, keseluruhan subjek di atas ialah kek! Dan boleh dimakan! Dan halal sebab dia pakai tudung! LOL .Sumpah aku terkesima gila tengok talent awek ni.
Pertama kali aku tengok blog ni, terus jatuh cinta dekat pembuat kek tersebut. Cantik gila kot. Tak sampai hati nak memakannya. Jom tengok gambar lain pulak.


Weh ni natang ape ni nampaknye macam bakul tempat isi peralatan mengait baju sejuk je. Ya tuan-tuan dan puan-puan, ini ialah SEKETUL KEK! Kalau aku dapat ni tak de la nak makan...buat simpan harta karun je kat dalam tu..

 kek kot doktor

Kot dokter pomboley....

Kenapa doktor? Kenapa? Mengikut hasil skil stalkerisme aku yang bertahap dewa kura-kura, berikut ialah butir peribadi pemilik blog yang sangat berbakat ni! Aku nak add dia tapi Facebook mencemburui kami sambil mengatakan "This user has already too much friends".

Nama: Dr Raihanna Kamarudin
Pelajar tahun 4 di Russian State Medical University, Moscow; Russia
Umur: 22 tahun
Anak pertama dari 7 adik beradik
Bekas pelajar Kolej Matrikulasi Kedah dan Tadika Disney Kuala Pilah (tipu)
Menurut sumber yang boleh dipercayai, yakni dari page Facebook beliau, dia sebenarnya nak jadi chef tapi entah disebabkan apa entah, terjebak pulak dalam kancah kedoktoran.

Respek ah walaupun busy study jadi doktor tapi masih tak lupakan cita-cita asal dia. Aku post dekat Facebook aku link blog dia dengan caption " Kalau aku jumpa awek ni, aku tabik kedua-dua tangan, dengan kaki sekali"


P/S: Sayang seribu kali sayang sebab tempahan hanya boleh dibuat di sekitar Moscow sahaja. Kalau boleh hantar ke Wellington saya pasti beli! Bukan untuk makan, buat perhiasan je..






21 comments

August 6, 2011 2:34 PM

rai memang sangat kreatif :) suka tgk hasil kerja deco dia

August 6, 2011 2:41 PM

erkk kek ke yang barbie tu?xsampai hati kot nak makan T___T tabik la kat dia ni..kreatif gila.doktor lagi tu..untungla suami dia :'D

August 6, 2011 2:56 PM

wahhhhh.........cukup pakej ni!bekerjaya,talented,hebat!!memang gifted ni.

August 6, 2011 3:32 PM

ni senior kawan aku weh..kek dia memang superb ahh..terpegun gak aku masa tgk hasil tgan dia..

August 6, 2011 4:35 PM

betul laaa.pakejjjj ni!kretip,dokter pulakk tuuu..ehem2,ko nak kek ke nak tackle pembuat kek...hahah..

August 6, 2011 4:53 PM

aku pun tabik kat dia ni :)

August 6, 2011 5:54 PM

kretip gila!

August 6, 2011 6:41 PM

Hihi akhirnyaaaa aku telah berjaya mbuat engkau menahan air liur lagi hahaha. Kbykkan reaipi aki amik dr blog rai tauuu :))) eh kalo ko dkt msia skrg boleh la tempah sbb dia tgh bercuti nowwwww

August 6, 2011 8:01 PM

kreatif..cantik betul kek dia..=)

August 6, 2011 8:16 PM

kalo aku dapat kek gini... pon sayang gila nak makan...

macam ko jugak ah. nak tempah untuk perhiasan je. ahahaha

August 6, 2011 9:12 PM

owh blog ni ke. ak siap bookmark lg resipi kek die. haha

August 7, 2011 1:48 AM

talented gilaaa. masak boleh, jadi doktor pun bolehh. perghhh.

August 7, 2011 2:19 AM

jeles haku.. pandai giler bdk tuh..

ko jgn tenung lama2 wey blog tu, klu terpikat kat kek xpe, kang terpikat ke lain kang, jd cam gol keeper ngan sorg penyanyi af tuh, berbakul aku sumpah ko.. ahaha

August 7, 2011 6:53 AM

homaigod! hebatnya dia...
biasa nampak kek deco2 yg hebat2 ni bukan org malaysia. kalau ada pun xpernah nampak. ahahahaha
gila ah! terbaek!

August 7, 2011 1:00 PM

bestnye. yumm yum ..

August 7, 2011 6:35 PM

perhiasan yer....
rezeki serangga lah gamaknyer...
tapi mmg xsampai hati nak mkn...
mungkin akan di photoshot berpuluh2 baru sampai ati nak mkn..huhu~

August 9, 2011 1:18 PM

sayang nye nak makan

August 11, 2011 11:04 AM

wahhhh..kemain lagi comel kek tu..memang tak rasa nak makan..simpan dalam frame boleh?? heee=)

October 26, 2011 1:05 AM

salam kenal..
thanx for da compliment.. =)
tapi sy biasa2 saje...

btw,saya dah tukar website kepada http://www.raihannavanilla.blogspot.com

(^__^)

November 7, 2011 1:06 AM

bgs ar doktor ni....

abg panda, Dr Rai comment tu... pe lagi.. untung dapat dia... kek bezday free... kek kawen free... wah..wah.. best ar... hahahaa

November 7, 2011 4:49 PM

@dila bahar

ko jangan aku dah terpikir dah nak ngorat tp sapelah aku ni lol

(kt fb dia tulis xnak cintan cintun la. blaja la wey ape cintan2 ni )

Post a Comment

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming