Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kuih Tunjuk dan Kuih Menunjuk-nunjuk

Di Malaysia, asal bulan puasa aje, ada bazaar, asal Ramadhan je, ada bazaar. Bagi mereka yang berasal dari planet Marikh, bazaar Ramadhan tu tempat orang berjual beli makanan lah. Kalau malas memasak, bolehlah membuang duit anda disitu di samping memperbaiki tahap ekonomi makcik-makcik yang berniaga disana.

bazaar ramadhan

Juga boleh melihat anak muda berpasangan berpegangan tangan sambil memilih juadah berbuka. Tapi itu cerita lain

Di Malaysia juga ada 2 jenis kuih yakni kuih tunjuk di mana bermaksud kuih yang diperolehi hanya dengan menunjukkan jari telunjuk atau ibu jari anda dengan kata hikmat "Mak cik, saya nak kuih tu lapan biji". Maka, nescaya makcik itu akan membungkuskan kuih serentak dengan korang menghulurkan duit bayarannya.

Akan tetapi, kalau korang menunjuk dengan menggunakan jari yang salah, maka nescaya makcik itu akan menampar korang dengan menggunakan kuali goreng pisangnya

Kuih jenis kedua ialah kuih menunjuk-nunjuk. Kuih ni hanya wujud di alam maya dan tak dapat dimakan. Cara memperolehinya ialah dengan melayari laman blog kepunyaan rakan-rakan yang terlampau rajin menangkap gambar lalu menguploadnya untuk tatapan umum. Membuatkan insan di perantauan berasa lapar. Contohnya:

kuih tepung pelita
                                                                                                                                                      Aku benci LiyanaLunia
Atas ni ialah kuih tepung pelita. Ianya merupakan salah satu kuih favourite aku. Dekat New Zealand kalau ada pun, hanyalah versi student yang buat. Walaupun sedap (kalau ada), tapi masih tak dapat celen air tangan mak cik bazaar. Entah perisa apa dia letak
"Abam Panda, ceritalah pasal puasa dekat New Zealand!Nak gak tau!
Lebih kurang macam tu lah si syazberry bertanya. Dengar sini ya adik-adik. Kami berpuasa disini hanya 11.30 jam. Subuh mula pada 6 pagi dan berbuka pada lebih kurang 5.30 petang. Awesome kan? Tapi yang tak awesome nya, kalau kau jenis yang tak mahir atau buta memasak, inilah menunya:

vuw unistop garlic naan

1 Ramadhan: Garlic Naan dengan air perisa manis manis. Bila aku cakap air, ianya sangat-sangat air. Biasanya orang yang makan garlic naan tak payah cicah kot tapi disebabkan aku kasihankan diri aku, maka aku beli jugak. Makan ini sahaja sehingga bangun sahur keesokan hari

Kesimpulannya, masa puasa ni, elakkan bermain blog dengan terlalu banyak. Nanti akan terjumpa gambar-gambar yang tak diingini. Sekian






38 comments

August 5, 2011 2:12 PM

kui3..kirenye ko terliur la ni eh?kesian liyanalunia ko benci kat die..huahuahua..

August 5, 2011 2:18 PM

kenape aku terase ni yek ?
errrr .

August 5, 2011 2:37 PM

cm sdp lak tepung pelita tu,nk bli la kt bazar buka t..(sje nk bg panda jeles)..:P

August 5, 2011 2:54 PM

tulah kannn.. abang panda.
saya pun dikira sebagai perantauan sebab dok kat pulau yang takde bazar ramadhan ni.
so kalau nampak orang uplod makanan memang terus cepat-cepat pangkah.

August 5, 2011 2:55 PM

haha.ko tak berbuka dekat masjid ke panda?abg aku ckp dia kat sana sebulan mkn free,ade org arab masak.hehehe

August 5, 2011 3:02 PM

perantau mmg suka kuih pelita eh?ekekeke....

selamat berpuasa abg panda..!!

August 5, 2011 3:09 PM

sedapnyaaaa T__T

aku yg dok mesia ni dah 4 hari carik tepung pelita pun x dapat2 lgi.. grrr

Sabar2 eh org perantau!

August 5, 2011 3:26 PM

kalau korang menunjuk dengan menggunakan jari yang salah, maka nescaya makcik itu akan menampar korang dengan menggunakan kuali goreng pisangnya - hahahaha.

August 5, 2011 4:15 PM

part puasa 11.30jm tu besttt.kejap jee lah korg.tapi bila masuk part juadah berbuka tu,aku nak cakap,kesian kat kau abampanda!adoiii.takpe lah,kau list je ape kau nak,aku tolong p bazar ptg ni beli bagi pihak kau.hikhikhik..

August 5, 2011 4:19 PM

kuih pelita memang sedap!

August 5, 2011 4:32 PM

wow kejapnya ko puasa >,<
kuih tepung pelita tu memang fav aku gak.tiap2 petang wajib ada! :D ala,raya nanti pun banyak kek tunjuk je kat rumah..

August 5, 2011 4:37 PM

"Akan tetapi, kalau korang menunjuk dengan menggunakan jari yang salah, maka nescaya makcik itu akan menampar korang dengan menggunakan kuali goreng pisangnya"

apsal aku tak paham wo panda? hehe

August 5, 2011 4:37 PM

untunglah puasa kejap

August 5, 2011 4:50 PM

suka kuih tunjuk dan kuih menunjuk2..best...

August 5, 2011 5:51 PM

wottt!! tmpat aku bnyak gila kuih pelita..
*auumm.. tgh mkn! kihkihkih..

--> bazaar ramadan

Anonymous
August 5, 2011 6:20 PM

@norinaomar

lebih kurang senasib le ni...

Anonymous
August 5, 2011 6:20 PM

@MyzaAli

alaa at least ko tau benda tu mesti ada punyaaa

August 5, 2011 6:27 PM

hahahhaa..
kesian beb.. janji makan makanan halal.. dan kenyang.. orang kita ramai kat NZ tuhh

August 5, 2011 6:30 PM

alah cian panda... hahaha mengidam kuih kat M'sia ke weh. :P

August 5, 2011 6:35 PM

tepong pelita best. abam oanda buat le kuih tu. haha

August 5, 2011 6:38 PM

haha.puasa first aku dah telan kuih pelita tu 5 bijik :p

August 5, 2011 6:55 PM

Hahaha...hujan mas dinegeri org hujan batu negeri sendri...tu ja aku nk ckp kat hg...Haha..kueh tu macam kueh tako ja...tol ke?

August 5, 2011 7:01 PM

KENAPA AKU TAK TAHU ADA ORANG BENCI KUIH MENUNJUK AKU ITUWWW. sangat tak adil ko tak tayang sekali kuih onde-onde LASSIE tahuu? haha

aku sarankan ko masuk blog rihannaidzmi.blogspot.com , dia student medic kat rusia, pheww ko tgk masakan dia confirm nangisssss !

August 5, 2011 7:02 PM

oh btw kuih pelita yg versi pandan mmg sedap gilaaa, yg versi tapawer tu ko boleh campak lelaju, rugi beli T_T

August 5, 2011 7:15 PM

aku tak penah makan pon makanan yg hang makan tu...bak sikit weh..

August 5, 2011 7:28 PM

5.30 dah bukak. perghh. best gila. cuma yg xbest bila xde makanan feveret kita bila merantau. nasib kau lah panda ooi.

yang paling xtahan bila bukak twitter, fb n blog. semua tayang gambar makanan. xlapar, trus jadi lapar. grr

August 5, 2011 7:40 PM

sian arc...nk aku post tepung pelita x? hehehe...XD

August 5, 2011 8:08 PM

awesome sngat ke abang panda nie ?

August 5, 2011 8:21 PM

sian betei inchik perantau nih heheh

pehh, tepung pelita 2 mmg feveret gua dr kecik. xpsal2 gua terliur.eh? *shut down lappy*

August 5, 2011 9:21 PM

@ENCIK TIKUS

berbanding encik tikus, tentulah abang panda lg awesome

okay takde kena mengena dengan entry

August 5, 2011 9:45 PM

@afeb pilah

ko post sini, dah jadik serbuk tepung la gamaknye...

August 5, 2011 9:46 PM

@AyuE SurihanyOt

garlic naan ni g mana2 kedai mamak ada kot hehe. Lebih kurang roti canai jeee

August 5, 2011 9:46 PM

@Liyana Lunia.

awesome gila blog yg ko bg ni...

August 5, 2011 10:09 PM

ko nak dengar lawak bodoh, yang buatkan ko bengang dan rasa meluat? kau nak tengok contoh lawak lame di alaf baru??? meh sini

" ko nak makan tepung pelita ke kat Nz?"

" nak nak nak"

" ko gi kedai runcit, beli tepung gandum, pastu ko beli pelita, pastu ko tabur tepung tu atas pelita"

wakakakaa, larik.. panda bakal mengganas!!!

August 5, 2011 10:10 PM

@Zulfikar Hazri

SUMPAH LAME GILA! haha sini mana ada pelita...boooo

August 6, 2011 12:53 AM

@Zulfikar Hazri

AKU LIKE INI COMMENT wkakaka

August 6, 2011 1:49 AM

cian ko.. nak menitis air mata aku baca entry nih..

August 6, 2011 7:41 AM

ahahahaha, apsal aku gelak keras perut...

aku memang tau NZ takde pelita.. dah nama LAME joke.. hahaha aku tahan gelak.. hgahahahaha

Post a Comment

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming