Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengalaman Ngeri Atas Bas New Zealand

KISAH BENAR

Minggu lepas masa aku turun daripada pesawat JQ273 dari Auckland ke Wellington, aku terus naik bas yang menghubungkan lapangan terbang dengan pusat bandar. Peh skema gila ayat. Dalam bas tu agak penuh so tak ada seat yang kosong. Jadi lepas campak beg besar aku terus menghenyakkan punggung di atas kerusi sebelah seorang lelaki yang berusia lewat 50-an

Peh ayat novel pulak.

Selepas beberapa minit bas bergerak menuju ke city center maka bermulalah sesi perkenalan kami yang sungguh romantik ibarat novel Twilight yang tak reti-reti nak habis tu. Kitorang mulakan perbualan dengan tanya khabar, blabla benda normal perbualan seharian untuk orang asing. Takkan aku nak sembang pasal blog dengan dia pulak. Nama pak cik tu Arthur. Aku kenalkan diri aku sebagai Ashton Kutcher


Rupanya pak cik tu dia melawat Wellington untuk harini sahaja sebab dia baru beli kereta Mitsubishi daripada seorang penjual online. Lepastu dia nak drive balik ke Hamilton, iaitu 6 jam daripada Wellington. Minimum

Pung pang pung pang sembang lagi pasal cuaca, pasal study, pasal kerja. Blablabla, pasal Malaysia, pasal Wellington, Christchurch, gempa bumi, Pokemon, angin, sejuk. Sampailah kitorang diam dan hanya 10 minit daripada Central Business District, tempat aku turun. Tiba-tiba dia tanya soalan yang lagi susah daripada soalan SPM.

Arthur: Well, Ash, do you know Jesus?

Aku: Yeah sure I know but I doubt that he knows me. Sama macam Siti Nurhaliza lah. Abam Panda kenal Siti Nurhaliza tapi Siti Nurhaliza tak kenal Abam Panda. Abam Bun dia kenal kot/

Arthur: I would say I am grateful to know Jesus after 28 years of being an atheist..

Aku: What? 28 years? That's quite a time. (Padahal aku tak ambik port pun)

Lepas tu dia cerita lah lagi tentang macam mana dia dapat petunjuk untuk meninggalkan atheism dan sebagainya. Maka aku pun disebabkan ada lagi 7 minit, aku tanya dia soalan

Aku: So, how did you get the sign?

Arthur: One day, I felt that I wasnt happy with my life, there was something missing from my heart and then I decided to look for an answer. You know, Ash. When we are in doubt, if there's a true God, He will show you the way. It happened to me, seriously. I didnt want someone who's in my circle to answer my questions and I looked up in the phone book (aku rasa Yellow Pages kot?) and I found one and only number. God showed me the way to His path


Aku: So, how did you know Christianity is the path that God really want to show you? Have you done anything to get to know to Buddhism, Hinduism, or Islam?

Arthur: Not really, because I have found the true God. He'd shown me the way and I shall accept it. From my research, I find that Christianity is the only religion that points towards the God Himself. There is no other religion that revolves around God; which is contrary to our belief that the world revolves around us. Even the Earth revolves around the Sun. Also, it is proven that Bible is the most reliable book, historically speaking.

Jesus will rise from dead at Ive read  in Mark..

Aku:  (Mencelah) Is that in the Old Testament or the New Testament?

Arthur: New Testament. Anyway, do you know Noah's story? (sambil merujuk kepada kisah Bahtera Nabi Nuh)

Aku: Sure I do.

Arthur: The story does resemble Jesus. When Noah claimed that there will be a Great Flood, everyone ridiculed him even though the door was opened for them They just choose not to believe him and instead, make fun of him. Its the same with Jesus, people dont want to believe him even when the door is wide open now. I'm not trying to force my thinking upon you but I just think that you should know that Jesus has said that there is no way to heaven except through me. That means, even if you get lucky to get to heaven, you wont be able to enter it if you're not a Christian

Fuh, macam pernah dengar alkisah ni. Tapi lain sikit. Nabi Muhammad tak mengaku umat kalau kita tak mengamalkan ajaran Islam serta beriman kepada Allah SWT


Tiba-tiba bas telah pun sampai ke Courtenay Place dan sampai ke bus stop yang aku nak turun.

Aku: Well, this is me.

Arthur: Oh, yeah yeah. Thank you for having this conversation with me, Ash. It was nice meeting you.

Ash: Yeah, I dont have problem with having conversations, really. (Padahal dalam otak tengah ulang-ulang 6 Rukun Iman dengan 5 Rukun Islam). Have a great day, now.

Arthur: yeah you too.

Maka aku pun turun dari bas dan mendaki menuju ke Tangga Neraka Wellington untuk kembali ke rumah setelah 5 hari meninggalkannya. Sambil berjalan mulut aku tak berhenti-henti mengucapkan kalimah syahadah supaya aku ingat atas landasan mana aku berada.

Iklan: Kalau korang klik iklan Samsung Galaxy ni aku akan dapat duit untuk persediaan berkahwin.






34 comments

August 26, 2011 2:20 PM

fuhhhh. lappeluh aku baca. mencabar betoi situasi kau abamASHTONKUTCHER.

aku bygkan ending kisah kau, kau buat sesi ceramah kat pakcik tu. hihi.

apapun,tahniah berjaya mengharungi situasi sebegituuu. welldone! *tepuktangan

August 26, 2011 2:37 PM

hah, hambik, seb bek dia tak suh ko terangkan tentang islam dalam masa 10 minit dengan matlamat sampai dia paham islam...

kalau ikut kaedah mantik (bidaah) jenuh nak ajar dia sifat2 Allah 20 lawan sifat mustahil 20...

jenuh ke tak?

August 26, 2011 2:49 PM

sebelum aku habis baca,aku memang igt ko akan berceramah ala-ala kuliah subuh camtu kat pak cik tu tentang agama Islam dan nak bg dia faham cmne dia boleh dpt konon-kononnya hidayah tu.phewww~!

August 26, 2011 3:02 PM

oke.. klu aku tak tau la nk kate ape kat pakcik tu, nasib baik jadik kat ko.. mengucap byk2 deh.. jgn nk terpengaruh plak..

August 26, 2011 3:19 PM

Phuhh nasib iman ashtonkutcher x goyang dan terus mengucap dua kalimah syahadah tanpa henti! ;))

August 26, 2011 3:20 PM

keh3... jenuh kau nak susun ayat kan untuk tibai dia semula nasib baik masa jadi penghalang kalau tidak ramadan ni besar la pahala kau kaut ...!

August 26, 2011 3:46 PM

ngeri sungguh pengalaman ni.

nampak macam sama kan, kisah nabi nuh. sebab injil tu kan kitab dari Allah jugak, cuma dah tak boleh digunapakai selepas turunnya Al-Quran.

kalau lama lagi aku rasa mungkin kau dah terangkan pada dia mengenai islam kot? :P

August 26, 2011 3:59 PM

Wei.. asal ko tak ulang rukun negara sekali? Dasar lupa diri! Nyah kau dari Malaysia!

August 26, 2011 4:04 PM

sempat lagi orang tua ni..

August 26, 2011 4:29 PM

aku tak paham kenapa ramai anggap kejadian ini ngeri/merbahaya ke apa.

kalau iman kuat, campak la ke mana pun kat dunia ni, tak goyah pun akidah.

August 26, 2011 4:43 PM

smoga terus di kuatkan iman bila berjumpa ngan org2 mcm pakcik tue lepas nie....

August 26, 2011 4:46 PM

@hanafijaafar

bahaya kalau orang yg xkuat mengalami pengalaman tu la. y so slow?

August 26, 2011 5:03 PM

@ARC™ hmm...betul jugak tu. tapi dari gaya kau, aku rasa kau bukan jenis yang tak kuat..

August 26, 2011 5:06 PM

@hanafijaafar

psychologically speaking, minda manusia tak kuat setiap masa. Ada masa dia vulnerable

Biasanya time org tu penat

Dan aku baru turun flight. Agak penat ah ahhahaah

August 26, 2011 5:07 PM


aku rasa uncle tu cuma sharing benda yang dia happy sangat..ye la, dah di selamatkan selama 28 x mengenal agama.

xde la ngeri sangat, kan? haha..

Wordless Wednesday #WW : Jangan Buat2 tak paham.. ehehe

August 26, 2011 5:20 PM

kau ptut tanye soalan ni.

"why there are 2 bibles? old and new testament?"

sedangkan kandungan al-Quran tak pernah berubah pun. tp sebab ko penat, dimaafkan. next time ko jmpe pakcik tu, ko tanye. nk gak aku tau jwpn pakcik tu.

August 26, 2011 5:22 PM

kalau iman xkuat..boleh goyang tu..
dugaan dibulan puasa..

August 26, 2011 5:42 PM

nak comment iklan samsung tu... klu aku tak nak bg ko buat persediaan perkahwinan, jadi aku tak yah tekan la kan abg panda??? hahahaa... *gurau jer..

August 26, 2011 5:56 PM

uihh..haha

August 26, 2011 6:52 PM

Dasat lah jumpa manusia begini kan. Mencabar iman. Tapi selagi kita berpegang kepada Laillahaillah, insyallah kita selamat dunia akhirat.

Kalau mas jumpa orang begini, mas dengar je lah apa yang dia cerita macam mas dengar kawan mas (nama dia asha) cerita pasal agama dia (hindu). then mas cerita pulak pasal Islam. yet, we still remain as a bestfriend :)

August 26, 2011 8:48 PM

Haha habis baca benda ni terus mengucap. ingat balik rukun iman dengan rukun islam, fuuuhhh. Anyway, Islam always be the truth (:

August 27, 2011 12:22 AM

Ingatkan kemalangan ke ape..skali perdebatan psl jesus...hurm...mmg ngeri...

August 27, 2011 1:40 AM

erk? boleh terkedu jugak ni..berkerut-kerut kening aku baca..

sebab tu la kalau orang yang iman tak kuat mudah terpengaruh dengan christian dan jadi murtad..tambah2 jumpa orang dorang yg terer berhujah macam ni kan?nauzubillah..

ape2 pun kita kena mengucap kalimah syahadah setiap masa di dalam hati..supaya tak lari akidah kita..

August 27, 2011 2:43 AM

aku baca entry ni smbil makan spageti aku buat semalam..semakin nak habis entry semakin laju aku makan..Alhamdulillah kau masih berada di jalan yg benar dan aku pon kenyang..=P

August 27, 2011 3:23 AM

nice story. harap aku mampu juga bertahan dalam situasi sama yang mungkin datang kelak

August 27, 2011 3:43 AM

salam Ramadhan, Ajeyy ziarah sini yerr..
kat bawah ni ada sikit entry dari Ajeyy, mintak pandangan dari semua yaa.. :)

http://ajeyyrawk.blogspot.com/2011/07/exam-pmr-penting-juga-sebenarnya-dalam.html


http://ajeyyrawk.blogspot.com/2011/07/hantu-bergambar-di-sebelah-ahmoi.html


p/s : Selamat hari raya, maaf zahir dan batin . 0-0 :))

August 27, 2011 3:56 AM

syabas ash!

August 27, 2011 4:52 AM

pernah merasainya, tapi org islam yg cakap. tak tau dia dah murtad ke apa sekarang ni. scary~

August 27, 2011 4:58 AM

omputih tu ingt dia dh jupe ajaran yg sebenar..dia tak tahu paderi kat malaysia ada yg gay hehehe...

August 27, 2011 5:05 AM

Org yg kuat dan alim sahaja yg mampu nk berlawan hujah dgn org alim dari agama lain.

Kalau setakat kita2 ni, utk faham sendiri boleh la n terangkan kpd org yg keliru. Tapi kalau nk berhujah yakinkan org lain susah sikit, sebab ilmu tak cukup.

Kalau cerita ni berlaku pada Sha, Sha akan bagitau dia, suruh dia kaji Islam pula.

Atau cakap kat dia, memang cerita dia betul pasal Nabi Noh dan Isa sebab kita di bawah agama langit (Yahudi, Kristian dan Islam), cuma sampai mana nabi yg kita (org lain seluruh dunia) percaya sahaja berbeza. Yahudi setakat Nabi apa ek? Kristian setakat Nabi Isa tapi kita umat Islam sampai ke penghujung nabi, Nabi Muhammad s.a.w.

Semoga cerita ini menjadi pedoman utk tingkatkan kefahaman Islam dan penghayatannya =)

August 27, 2011 7:40 AM

ash, kau bebaik kat sana. kkdng dorang cuba nak influence kau. jgn kata kat overseas, mesia pun berlambakk. beringat selalu.

August 27, 2011 8:44 AM

nasib baik lah dia tak ajar buat bukan2..
kena kuat iman la.. takut terpesong pulak

August 27, 2011 5:35 PM

peh ashton kutcher. hihi.

nasib baik u pandai jawab. kalau saya, diam je kot. tak tahu apa patut disambut dalam situasi mcm tu. iman kena kuat duduk kat negeri orang kan. kalau tak, boleh terikut je dengan apa fahaman dan apa yg mereka buat.

Anonymous
August 27, 2011 8:09 PM

peh asfan kutcher. hihi.

Post a Comment

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming