KUALA LUMPUR - Kalau semalam rakyat Malaysia digemparkan dengan berita kenaikan harga 6% bagi kad prabayar prepaid, maka hari ini sekali warga ibu kota dikejutkan dengan kadar kenaikan 6% untuk mas kahwin mengikut negeri pula.

Menurut pihak Jabatan Nikah dan Kahwin Malaysia (JANISIA), pihak mereka tidak lagi akan menanggung kos 6% tersebut yang sememangnya telah ada dalam sistem sejak sistem nikah dan kahwin didaftarkan secara rasmi di Malaysia sejak tahun 2000. Kos tanggungan tersebut membabitkan pengemaskinian maklumat kahwin online, serta pendaftaran sijil perkahwinan dan MyKad bagi tujuan pembuktian berkahwin bagi mengelakkan diserbu JAIS ketika mendaftar masuk di Hotel Budget sekitar Kuala Lumpur.
Dengan kenaikan 6% ini, setiap taarifan mas kahwin yang sedia ada akan ditambahkan sebanyak 6%. Berikut ialah senarai harga bagi mas kahwin mengikut negeri yang belum dikemaskinikan oleh pihak JANISIA sejak bertahun-tahun lamanya disebabkan keadaan organisasi tersebut yang merupakan cawangan badan kerajaan.
![]() |
| Boleh klik untuk pembesaran |
Walaupun kenaikan harga tersebut ialah tidak signifikan, akan tetapi ianya menjadi satu topik penting untuk mengetahui bahawa mas kahwin rakyat moden tidak lagi mengikut piawaian yang telah diberikan. Statistik terbaru yang diberikan oleh Jabatan Konsensus Kemanusiaan Malaysia (JKKM) pada tahun 2007 menunjukkan bahawa purata hantaran bagi gadis ialah sebanyak RM5000 dan kenaikan sebanyak 6% akan mendatangkan kerugian sebanyak RM300 yang dinamakan cukai servis atau service tax
Menurut jurucakap JANISIA, En Sharifuddin Omar, kenaikan ini ialah susulan daripada kenaikan cukai servis 6% bagi pengguna prepaid. Konsensus daripada JKKM pada tahun 1999 sehingga 2005 menunjukkan bahawa mereka yang berkahwin dan mendaftar dengan JANISIA terdiri daripada mereka yang menggunakan khidmat prabayar.
Selain itu, perkahwinan juga berkadar terus dengan nilai penggunaan kad prabayar dan ini mungkin sekali disebabkan rakyat yang berkahwin di negara ini gemar menggunakan prepaid untuk berhubung dengan teman wanita ataupun tunangan mereka. Dengan kenaikan 6% pembayaran prepaid, dibimbangi semakin sedikit orang yang menggunakan prepaid (boikot) lalu tidak berkahwin. Ini akan menyebabkan JANISIA kekurangan pendaftaran perkahwinan lalu gulung tikar.

Seorang pengguna prepaid yang ditemu ramah pihak Berita Hairan ketika mengadakan upacara melukis banner pada hari ini, Encik Muhammad TariPAN DArimin berkata mereka akan mengadakan piket secara besar-besaran untuk menunjukkan kuasa rakyat yang membantah kenaikan 6% ini.
Mereka juga mengugut untuk terjun daripada KB Mall jika hal ini masih berlarutan dan mereka keliharan amat serius sekali ketika meluahkan ungkapan terbabit.

35 comments
Saya masih muds (16 tahun)... Apabila saya dah besar... saya perlu bayar caj tambahan 6% untuk kahwin.... Ini dah LEBIH....
@AsyrafFile
Dengar khabar pihak JANISIA menyediakan perkhidmatan seakan-akan tabung haji untuk mereka yang ingin bersedia untuk berkahwin sejak muda remaja
Pakej itu dipanggil Tabung Nikah.
sumer nk kne tax da an.. adeh2.. pas nih nk tax apa lak agak2 nyer ek?
mas kahwin nak kena tax aku tak kisah sangat...tapi kalau wang hantaran pun nak kena tax jugak memang tak patut la...hehe
lepas ni semakin ramai lelaki buat alasan kalau timbul hal kawen nie..ahahahaa..ugut nak terjun KB Mall yang tak tahan.kalau terjun,tak mati lah..hahahaha
farhanimalasnaklogin.. :P
berkadar terus....
btol ke nih? uhuk3
Encik Muhammad TariPAN DArimin -hahaha...name mahal...adehhh...
pasni sekadar pemberitahuan nak berak pun akan kena cukai...indahAIR suh...
untunglahhh kalau kawin kat thailansd...
@Naqib Mohamad
Encik Naqib, negara THAILANSD tu di mana ya? HAHAHHAHAHHAHA
kenapa orang yang bersungguh bantah tu terdiri daripada bapak-bapak orang..?(lihat dalam gambar)
@si Bulat
laa yang tengah tu kan wakil rakyat. Untuk mendapatkan undi tinggi haruslah mereka menyokong "suara rakyat"~
tingginyaaa. acaner nak kawen muda ni???
ahaaaa, jom kawen lari
erk? gile hape mas kawin pun nak kena tax? (-_-")
Waaawwww... semua benda pon ada cukai... hahaha... tak sangke org bley caya berita ni kan... gelak aku bace pasal ni...
aku rasa...aku tergunakan teknik persuasion....
psychology is best bros! :P
weyy melaka tuh.. aku anak keturunan HANG TUAHAHA cane..?? mas kawen tuk aku kene le tinggi.. ape barang RM40.. ahahaha
ahahhhhhhhhhhhhhhhhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa lagi tinggi lagi bagus senanya (mata duitan) kekekekek !
oi bace lah komennnnn kau n mui2 tuh eeee !
arrayah.info - Haram Pemerintah Malaysia Mengenakan Cukai Top Up Telefon Pra Bayar
@abu idris
haramnyaaa haramnyaaaa..
@ARC™
Betula wei haram...tadi PM ckp kementerian kewangan tak pernah kenakan caj tax ni..
ahh sudah... kes fitnah pulak...
Lepas ni, sapa saja yang baca blog ARC dan RASA HATI akan dikenakan cukai 6.5%.. bersesuaian dengan cukai hantaran kawen yang diusulkan jabatan konsensus Jamban perkadaran metablolisma tinggi arus voltron alam perwira.
dan sesiapa yang tidak mahu bayar cukai, mari boikot prepaid.. kita pakai prepay...ko tau apa itu prepay? sila google... kalau tak jumpa sila taip propaid atau propay.
Nak tanya boleh...
A B C teu ape ek... grade ek...?? Kalau grade... bro nak usha anak dara grade A....
A+ ade x??
ini berita pelesu ni. :)
ouh begitu.. ingatkan mereka masing-masing mahu mempertahankan kos kawen yang murah sedikit itu supaya senang untuk kemudahan peribadi
hatoiya..
berita terhangit lagi terseksi..haha
@zulfikar:awat hang ngn abam panda je dpt cukai 6.5% tu..=p
hehe kalau gini memang aku nak ngamuk.. kalau naik lagi mas kahwin xjadi kahwin aku. haha~
susah nak kawen ler kalo cenggini xD lulz!
hahaha..
payah gini...
sume nak cukai kan..
haha
hahahahaha.aku baca sambil gelak.mohon lempang sape yang percaya ye.kehkeh
hahah diorang yang percaya ni masih tak faham dan mendalami style si Abam Panda ni.
cukai cukai cukai pokai
mas kahwin pon nak tentukan..susah kan???pening kpale hakuuu
slmat berkahwin arcx!
jom kawen lagi
Post a Comment
Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming