Membuktikan Kepercayaan Horoskop Bohong!

Adapun entri ini ditulis untuk menyedarkan bahayanya mempercayai kekarutan horoskop yang selalu orang dok share dan tweet secara mengkhinzir buta di Facebook mahupun di Twitter. Bagi anak-anak kecil yang tak tahu menahu apa itu horoskop, meh Abam ceritakan. Dalam setahun, orang zaman dahulukala yang mempercayai kedudukan bintang-bintang di langit semasa kelahiran kita akan menentukan apa yang akan terjadi dalam hidup kita kelak. Adapun pendapat ini telah kembali popular dalam kalangan remaja sekarang melalui kuasa penyebaran laman maya.


Oh, aku lupa bagitahu korang yang kalau korang tengah login Facebook masa ni, entri ni akan collect data dari Facebook korang. Tapi jangan risau data korang takkan di-share untuk tujuan lain. Hanya untuk pembuktian hipotesis ini. Jangan marah. Apps ini tak berbahaya

Tapi jangan risau, benda ni simple sahaja. Korang nampak gambar atas ni? Ini ialah bacaan horoskop aku untuk semalam. Yes, aku berbintang Taurus, lahir pulak sama tarikh dengan Sitt Al-Wuzara. Benarlah kata horoskop, harini aku sangat terasa rileks, semua benda menjadi, semua benda cakap jalann, berminat dengan behaviour manusia, perlukan perubahan, dan dapatkan bantuan pakar jika perlu. Betullah, aku kan study Bsc PSychology, memang minat dengan perlakuan manusia!

Okay tengok gambar bawah ni pulak. Ingat tak tadi aku cakap yang aku ambik data birthday daripada Facebook korang thru application Facebook? Sekarang, korang tengok ramalan horoskop yang diterima berdasarkan apps Facebook yang ada maklumat birthday korang tu



Amacam? Tepat kan, ramalan dia dengan peribadi korang? Korang berjiwa besar, berani untuk bercita-cita, sukakan situasi adil.

Okay, aku tipu je. Aku mana reti buat apps yang tarik maklumat Facebook korang. Gambar atas ni walaupun kelihatan tepat dengan kehidupan korang harini, tapi sebenarnya ialah ramalan untuk Gemini pada hari ini. Tapi kalau aku percaya horoskop, aku yang berbintang Taurus pun akan percaya atas ni ialah ramalan aku

ini ialah pembuktian secara aplikasi. Korang nak penerangan bertulis pulak ke?Okay, meh aku jelaskan satu sahaja sebab kenapa benda ni orang percaya secara mengkhinzir buta. Sebenarnya ada lagi satu tapi tak muat dah nak tulis.
THE BARNUM EFFECT


Bagi mereka yang internetnya laju seperti siput khinzir, dalam video ni dia tunjukkan yang seorang experimenter telah memberikan personality assesment tanpa melihat kepada orang tersebut. Mereka hanya letakkan barang mereka sahaja.

Keputusan eksperimen ini ialah apabila mereka dapat assesment (penilaian) tersebut, mereka berasakan penilaian tersebut tepat sekali! Ada la sorang dua yang kata ada assesment point yang tak betul, tapi point yang lain sangat betul dalam lingkungan 96%, 85%, markah A+! Ini ialah kuasa psikik!

Tapi, apabila experimenter tersebut suruh mereka compare dengan member sebelah, barulah mereka sedar yang mereka ni sebenarnya dungu ayam. Semua assesment tersebut sama sahaja point mereka! Dungu kan?

Samalah oi dengan ilmu tilik nasib lah, tengok tapak tangan lah dan application Facebook yang suka bagi assesment dungu untuk mendungukan orang. Orang yang selalu share horoskop di Twitter, ternyata anda telah didungukan! Hahahaha.

Aku pernah tengok Majalah Tiga pasal tilik nasib. Tok sami tu cakap selepas Siti Nurhaliza akan digantikan oleh seorang artis muda yang nama dia bermula dengan huruf "S" dan berakhir dengan huruf "A". Time tu aku bajet Siti Nurdiana gantikan tempat Siti Nurhaliza sebab amsa tu Siti Nurdiana tengah hot lah jugak. Tapi, pengakhirannya? Haram tak dengar apa, tok sami tu dah kena tendang keluar dari tokong agaknya sebab bagi analisis salah.

Ada kawan cakap, Dr Fadzilah Kamsah pernah bagi ceramah dekat UTHM pasal cara baca tapak tangan. Walauweh, itu apa pulak?

Okaylah entri dah terlalu panjang, kalau dapat respons baik dari entri ni, aku akan sambung lagi di lain kali. Best kan Psychology?

37 ulasan: Leave Your Comments

  1. alah..horoskop ni semua tipu..bukannya boleh percaya sangat..

    BalasPadam
  2. @Nur Syamimi Aqilah

    tak boleh percaya 100% pun, kenapa nak percaya kedudukan bintang boleh tentukan perbuatan kita? tak ke budus namanya tu

    BalasPadam
  3. errmm, aku dah cover dah pendapat horoskop ni dekat entry aku, taknak bagi link.. nampak mcm desperado.

    tapi tak peduli la, Fadilah Kamsah ke, sapa ke, tok sheikh apa ke, kalau dia buat benda yang menyimpang dari ajaran Agama, ia tetap salah.

    takyah la justify pusing sana pusing sini.. konsepnya, once kita dah percaya dengan kepercayaan kita, kita kena committed. Kalau Islam tak bagi tilik nasib, tapak tangan, tarikh lahir dan horoskop so jangan justify dengan gunakan nama Prof dr madya Haji bla bla bla...

    BalasPadam
  4. bace pun tuk hiburan jeh. nak percaya, tu idaklah teman nak caye. heh

    BalasPadam
  5. memang tak leh caye pon..dah lame aku tak bace horoskop nih...kalau bace mesti ade angguk-angguk kepale tande setuju..ish ish

    BalasPadam
  6. ha.. kan dah malu kantoi subjek2 eksperimen tu.. kakakakaka... poyo je mula, rasa terharu bagai..

    BalasPadam
  7. dr fazilah kamsah ada ckp pasai horoskop2 ni

    BalasPadam
  8. horoskop? mengarut ah. percaya pada horoskop macam percaya pada peraduan gores dan menang yang datang ke rumah tu.

    BalasPadam
  9. @ARC™
    yeah...sangatlah budus..perbuatan kita,kitalah tentukan sendiri...takde kene mengena dengan bintang...bintang,bintanglah..kita,kitalah..lansung takde relationship between bintang dengan manusia...

    BalasPadam
  10. @syAzAnA

    syaz, benda yang kita share bagi 1 perception. 2 orang share, 2 perception. Kalau 100 orang share benda tu akan jadi kepercayaan.

    Bebudak sekarang, kelas Agama Islam selalu ponteng, apa yang boleh menjami diorang tak percaya benda ni?

    So, stop lah

    BalasPadam
  11. hahaha.dulu ms aku kecik kecik bersungguh baca horoskop dekat remaja.sekarang aku dah tak buat lagi sebab aku rasa itu semua pembohongan.hahaha

    BalasPadam
  12. @Elyana Ahmad ツ
    majalah Mangga pona de. aku bace dulu haha. tapi aku sentuh Majalah Mangga tu sebab nak bace kartun je

    BalasPadam
  13. apa yang saya suka dengan blog ni adalah research yang encik panda rajin buat.. despite assignments and tests yang bertimbun.

    neway, memang tertipu la kalau caya horoscope ni kan? terang2 la kurafat <-- for muslims.
    kalau dah islam kata kurafat tu. salah la tu..

    jangan terpengaruh la noh~

    maybe orang yang caya tu tak tahu kot fact ni.. eh ye ke tak tau?

    erk.

    tolong sambung, part Dr Fadzilah Kamsah tu.
    :P

    BalasPadam
  14. untuk suka2 tu bolehla...jangan percaya melampau sangat benda macam ni.aku dulu-dulu slalu gak bukak majalah remaja, baca horoskop tp focus part cinta je.kahkah..
    'anda bakal menemui si dia minggu ini'
    kemain aku percaya =_="

    BalasPadam
  15. memanglah...dah lame giler tieha tak baca menda-menda camni...sampai tahap tengok pon tak mahu sebab takut terbaca...kang bila dah terbaca, akal ni mulalh nak wat perbandingan itu ini pulak...bahaya tu..boleh terpesong akidah...

    BalasPadam
  16. dulu dungu tak tau ape2. bace semua nak percaya. sekali kena sound tepek dgn abam, terus tak nak baca dah -,.-" *dedulu bebudak lagi, tak tau ape2*

    BalasPadam
  17. psychology memang best! aku teringin nak belajar..ehehe..

    aku pun heran la kenapa ade jugak manusia yg boleh percaya dgn horoskop ni..haishhh..(-_-")

    p/s :: sila sambung lagi part last yg ko kate nak sambung tu..

    BalasPadam
  18. haha..aku bace je doe..percaye ta lah :)

    BalasPadam
  19. haha aku bukan percaya sgt saja menyedapkan hati kehkehkeh

    BalasPadam
  20. aku memang tak percaya. tapi mana2 horoskop yang menyatakan ke-awesomeness-an aku akan aku tweet/share. haha, berlagak.

    *malas pulak aku nak log in blogger ni. -.-"

    BalasPadam
  21. nice..sapa psuh percaya..sejak diorg kata syirik sy x pernah percaya..jom buat kek untuk saya

    http://merahitujambu.blogspot.com/2011/09/saya-nak-buat-kek-untuk-merahitujambu.html

    BalasPadam
  22. horoskop? apa ada dekat horoskop? padahal dlm AQ dah jelas2 bagitau tujuan dijadikan bintang. kan?

    BalasPadam
  23. dah sah2 khurafat.. kdg2 ramalan yg kononnye baca nasib seseorang tu buatkn seseorang percaya dan akhirnya dia yg menjuruskan dirinya kearah "nasib" tu. seolah2 nk membuktikan ramalan tu betul . paham? haha

    BalasPadam
  24. erm.. aku slalu baca.. tapi just 4 fun je.. aku tak percaya sangat benda2 tahyol ni.

    BalasPadam
  25. Zaman 'remaja' aku dulu.. semenggah aku kedai buku beli majalah remaja tetiap bulau kau, nk baca HOROSKOP ni semata T____T

    Sblm beli mesti carik page tuh dulu, baca skit2! HAHA

    Ntah bila masa aku sedar, membazir sungguh duit aku membeli remaja sbb nk tgk horoskop!

    Bidaah semua tuuu bidaah! HEH

    BalasPadam
  26. dedulu zaman majalah remaja pemes, aku selalu gak tgk horoskop ni, tapi skang aku mengelak dr tgk horoskop2 nih, takut weyy.. dosa..

    aku pelik la, majalah remaja tu kan kebanyakkan penulis, smp ke penerbitnye Islam, tp pesal la kluarkan bende2 dosa tuh, dah mcm menggalakkan plak, siap ade ramalan perangai seseorg melalui warna la bagai..

    p/s: aku mcm tak caye jek ko bc majalah mangga yg murahan tuh.. ahaha

    BalasPadam
  27. alahai, buat apa la nak caya benda alah merepek ni,huhu

    BalasPadam
  28. dr fadzilah kamsah camne lak tueh??

    BalasPadam
  29. errr.. tajul muluk tu cmna plak?

    BalasPadam
  30. baca..suke....gelak2...ant the end..tak boleh pakai

    BalasPadam
  31. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  32. same la kite..
    TAURUS ..
    TP I PERCAYA ngn QADA N QADAR ALLAH JEA..

    BalasPadam
  33. best wehh psych ni..besstt!!!

    *coughing*

    BalasPadam
  34. aku suka baca je. terer la budak psychology.

    BalasPadam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran