Tajuk dah ambiguous abis dah tapi tiada sesiapa yang dicederakan dalam sesi memasak Tart Telur Lelaki kali ni sebab kita guna telur ayam. Sebenarnya aku buat benda ni malam raya so semuanya dah selamat ditelan dan dikeluarkan kembali. Beginilah rupanya lepas dah ditinggalkan 2 bijik hanya untuk tangkap gambar
Walaupun rupanya hodoh pecah sana pecah sini, tapi rasanya sedap. Aku ada bagi Kak Long aku makan sikit dia pun kata sedap dan takde apa yang pelik dekat crust tart ni. Sebelum belajau buat, korang kena tahu yang tart telur dan ahli keluarganya terdirid aripada 2 bahagian, crust dan filling. Nak tengok reipi nenek kebayan ni kena belajar satu-satu
Tepung atas ni la yang akan dibuat crust. Bila dalam bentuk atas ni, kita panggil dia doh (dough). Ianya bukan seperti "Cun doh awek tu" tapi ianya disebut seperti Play-Doh. Ok, bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum. Kau nak guna gelas teh tarik mamak pun bolehCaranya ialah korang campurkan semua bahan tu dan gaulkanlah guna tangan sampai jadi bola comel. Benda ni lama nak mampus! Dari awal Ramadan aku buat, malam raya baru dia jadi doh. Okay tipu. Aku tak ingat berapa lama tapi meroyan jugak ah kat dapur sorang-sorang sebab bosan menggaul benda ni. Sepatutnya jadi lagi lawa tapi aku punya pecah-pecah. Bila dah malas, jadilah seperti dalam gambar di atas...
1/4 cawan gula halus
1/2 sudu tepung penaik (baking powder lah)
1/4 sudu garam
1/2 cawan mentega. Eh, mentega bahasa Inggeris butter kan?
Okay, next ialah bahan untuk filling dia.
Yang ni sekejap je. Kau pukul semua bahan yang dimasukkan dalam bekas sampai tepu dan homogenous. Jangan sampai dia jadi homoseksual sudah la... Bahan-bahan dia ialah
1 cawan susu cair (dem aku baru teringat aku ada susu dalam fridge hampir basi)
4 biji telur (ayam, kalau rasa-rasa nak guna telur biawak pomboley)
1 cawan air
1 cawan gula halus
1 sudu tepung kastard
1/2 sudu vanilla essence
Maka, bila dah siap kedua-dua benda yang kita perlukan, iaitu crust dan filling, maka bolehla cubit sikit doh tu dan kita buat aktiviti tampal menampal pada dinding acuan dan di tengah acuan tu kita letak filling dia. Nanti dapat camni
Pastu bakar selama 20 minit pada suhu 180C. Ikut sukati korang lah. Kalau nak jenis itam legam bakarlah lama lagi.
Sebenarnya aku buat benda ni sebab syahdu tak dapat kuih raya Malaysia. Lepastu rasa bosan study maka datanglah idea kurang bijak menyepahkan dapur dengan tepung. Nasib baik sedap...


39 comments
fuyyoh..nanti nak try gak r.. haha
Blog rasmi : ini jacksky.punya! Blog
haha.eh ko pandai masak eh.haha
@Elyana Ahmad ツ
pandai taik kucing hahahhahah
hahaha.pandai lah tue boleh buat tart.aku pandai makan je.hahahahaha
wah...bagusnya pandai masak..=)
Boleh tyr resipi nie nnt..(^___^)
Selamat hari raya , Maaf zahir batin....
simple je ek cara wat..ok, wajib buat ni
sedap nyerrrrr! cantekk aahh! nnti aku bole try.., senang je rupanya bahan2 dia...
setiap kali aku pergi tesco mesti aku beli menatang alah ni..sedap kott..
wahhh.. bakal menjadi suami mithali nih.. ahahaha.. senang sket keje future wife ko esok.
ni yg jeles nih.. tak bleh jadik, nnt nak asah skill memasak lagi, nk lawan dak arc.. hakhak
besar gk telur lelaki ko tu ek..:-p
Wallawehhh... aku pon jarang buat kuih2... tapi mende ni mmg aku tak penah tau cara2 nak wat. Maklum la arwah mak aku turunkan resepi kuih2 tradisional je...
wow! ada bakat~ even i pn xtaw wat XD
tajuk macam brengset..kah3
aku baru plan nak buat, tgh google resipi..alang2 dah terbace blog ko nih, amik sini terus lah...thanx! :D
ok paham nape telur lelaki. telur lelaki tu wakil untuk chef yg buat tu kan! LULZ.
ada inisiatif untuk buat kuih.. tahniah!!
Selamat Hari Raya.. Maaf jika ada terkasar bahasa.. (:
comel doh kueh kau !
macam nak cuba tapi nantila dulu
hahahahaha, agak buruk tart tu tapi consider laaaa kan ? :D ad jugak org yg cakap sedap
nama tart tu takblehblah betol..hahaha..
sedap sgt ke weh?cer ko wat lagi pastu pos kat aku..nak jugak aku rase..kuikuikui..
sedap doh..(sebut mcm play doh)hehe
aku rasa aku nak kawin dgn lelaki yg study kat oversea la sbb laki yg stdy luar ni selalu pandai masak...=P
untunglah lelaki kat oversea pandai buat kuih.anak dara kat Malaysia harammmmmm nak buat kuih segala,dodol jauh sekali.
wow, nmpk sodap... :D
pndai wat kuih yuk... untunglaaa...
happy eid arc!
ok. bookmark ! xjadi siap. haha :D
Wah, nmpk sedap jew tart teloq ko.crust x cntik tolak tepi yg pnting filling sedap..>_O
-mia dira-
people, kalau tengok tart huduh aku buat ni pastu compare dengan album bbudak Wellington upload utk open house raya,
macam bandingkan selipar Tatsing dengan Crocs
arx..nak tanya sat..sebelum letak dlm acuan, acuan tu sapu dgn margarine @ butter dulu kan? n berapa tebal nak buat crust utk satu tart?
hebat rrr nama resepi..hehe..tahniah jugak sbb berjaya buat dgn sedapnye..nom..nom..
@BedaduzZ
err aku xtaruk...patutnya kene taruk dulu kot hahahaha.
crust agak2 suku tinggi acuan ^^
apa beza tart telur hongkong ngan tart telur portugis?
huyyyoo..pandainya buat tart telur...
terkedu.
pehhh,mmg nak try la
Selamat Hari Raya org obersea.
kesian betul aku bace ayat yang akhir tuh.
macam tu jek upenya buat tart.. haha.. nanti nak try la! mcm sedap jek! :D
kompom sedap ni?
oh, ok. time kasih! nanti nak cube resipi ni.hu3...
unik nyee ,
Amboiii ini sedap ini sedappp. Nyummyyy nk blaja wat laaaa!
post ni dh lama kot.tapi,sebab baru jumpa blog ni and tengah nak habiskan baca semua post so,saja nak tambah komen.yang utk filling tu kan,letak pewarna lagi cantik. selalunya kalo kat bakery, diorang guna orange or yellow. *dah cam nak buat business tart kan??* haha..
Post a Comment
Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming