Hai yu'olls dah lama akak tak sembang gosip pasal artis kan? Okaylah kita cerita pasal artis hari ni ye. Dengar kata setelah video nyanyian Najwa Latif mencecah angka 3 juta dan membawa pula kepada pengubahsuaian lagu Cinta Muka Bulu oleh EncikMimpi di laman yang sama, akhirnya terdapat pula berita yang mengatakan bahawa gabungan pasukan aktivis industri muzik Malaysia yang digelar AKTIVISI telah memfailkan bantahan rasmi mereka terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

Menurut informant akak yang tidak mahu namanya didedahkan, katanya tuntutan kumpulan AKTIVISA tu adalah berlandaskan nilai murni dan moral masyarakat timur. Akak pun tak tahulah kenapa kumpulan ni sanggup nak minta video Cinta Muka Buku tu diturunkan. Belum pernah lagi video orang Malaysia mencapai angka tontonan sampai 3 setengah juta macam Najwa Latif tu.
Apalah yang diorang tak suka dengan Najwa ni. Comel apa dia sengih-sengih masa nyanyi tu. Tak ubah seperti Justin Bieber. Tapi apalah orang nak ambik kisah dengan pendapat akak kan yu'olls? Bawah ni akak copy paste je surat daripada kumpulan AKTIVISA tu terhadap SKMM. Bahagian gambar tu akak tolong tambahkan je
Permintaan Menurunkan Video Cinta Muka Buku dari YoutubeJadi apa pendapat korang? Ada satu video dekat youtube ni, dia terbalikkan lagu Cinta Muka Buku ni macam teknik-teknik yang bongkarkan isu Illuminati Lady Gaga tu, kemudian sangatlah mengejutkan apa yang akak dengar dari lagu ni sebenanrnya. Korang boleh dengar lagu tu di sini.
Merujuk perkra di atas, saya Suriati binti Jasman, wakil kepada Aktivis Industri Muzik Malaysia (AKTIVISA) ingin membua aduan tentang video nyanyian kanak-kanak bawah umur di youtube.
1- Najwa Latif yang kini berumur 16 tahun ternyata masih merupakan seorang pelajar sekolah jadi perbuatan bercinta adalah tidak relevan sama sekali, atau dalam bahasa Inggerisnya, Irrelephant. Dalam video Youtube beliau, telah ditunjukkan bagaimana seorang lelaki dan perempuan boleh jatuh cinta hanya dengan berkenalan melalui laman muka buku.
2- Selain itu, Najwa Latif juga sudah lazim dikenali dengan populariti beliau menyanyikan lagu di dalam kereta dengan motif yang tidak diketahui. Anjakan paradigma beliau dengan mengambil langkah untuk keluar dari medan selesa beliau adalah dilihat sebagai satu bentuk pemberontakan yang bisa menggugat keamanan negara.
3- Statistik kes rogol di Malaysia daripada tahun 2000 ke 2010 (Utusan Malaysia, 2011) menunjukkan bilangan rogol bawah umur adalah pada tahap yang membimbangkan jadi mesej yang disampaikan melalui lagu Cinta Muka Buku adalah sama sekali Irrelephant kerana berjumpa dengan lelaki yang tak dikenali daripada internet adalah satu perbuatan yang berisiko tinggi
4- Video klip ini juga menunjukkan bahawa ianya okay menjalankan aktiviti mengendap awek di balik pokok atau bahasa Baratnya, stalking. Mengikut logik, tiada gadis yang suka dirinya untuk dihendap oleh lelaki yang tidak dikenali. Di negara Barat, pesalah boleh dikenakan denda yang berat atas kesalahan stalking ini.
5- Jika penonton video klip memberikan sedikit perhatian, muka si pengendap tidak menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang remaja bawah umur seperti Najwa Latif. Berkemungkinan sekali lelaki ini adalah golongan belia berumur 20 tahun ke atas dan undang-undang seluruh dunia melarang perbuatan pedophile ini
6 -Namun kami tidak dapat berkata apa-apa apabila melihatkan lirik lagu berkenaan yang berbunyi "Harus pejam mata dan cuba apa saja".
Diharap kerjasama pihak SKMM bagi menjayakan protes kami dapat diberikan secepat mungkin bagi mengelakkan kebermungkinannya berlaku gejala sosial seperti yang telah dinyatakan.
Sekian,
SURIATI BINTI JASMAN
Pesuruhjaya Aktivis Industri Muzik Malaysia
(AKTIVISA)






51 comments
Bila kau cakap hari tue br aku perasan lirik dia.memang tak sesuai lagu nei kalau hayati lirik dia betul2.budak2 kan cepat terpengaruh.
saya bukan peminat najwa Latiff, lagu dia pun sy x minat sgt pun...tp saya rasa tindakan nak protes ni sangat bangang.....semua gejala sosial yg dia mention tu dah berkurun lama wujud sebelum vdeo ni published.....vdeo ni menggalakkan kes rogol???? Tu ikut iman manusia la, kalau kuat iman, tgk vdeo camni x bg apa2 kesan, kalau lemah iman, x tgk vdeo ni pun boleh jer jd kes rogol, tolong pkai otak OK??? Apsal x suruh tarik balik plak vdeo artis tempatan yg tak tutp aurat??? X kata pulak vdeo artis tak tutp aurat telah meningkatkan bilangan wanita tak menutup aurat?? paki sendat2????? apa daaaa......
no. 6 tak bole blah.. ayat bahaya tuh, takut2 perut buncit br buka mata lak kang, tak pasal2 jek..
lg satu lirik 'Pabila kau renung tajam-tajam mata aku' ish3 bahaya aktiviti tenung2 neh.. bole merosakkan mata dan minda..
ni la jd klu org yg tlebih2 berfikir....pk luar kotak konon...padahal kt ne kotak tu pn dy x tw...klu di aplikasikn cri berfikir tu kn... aq ley kte spe yg dok menghantar bantahan bangang ni adalah ibubapa yg pemalas, yg lepas tangan, x nk mendidik anak2 dngn cara yg btol, tau nk salahkn org len je ble anak ko terpengaruh, klu btol ko reti didik anak ko, ngajo anak ko, anak ko tngk video ni dy senyum je la, dy tau mende tu x elok, x de nye dy nk ngikut, x senang dy terpengaruh klu btol ko reti mendidik anak ko...ni anak ko pn suruh pengasuh yg jage, ble anak ko perangai mcm setan,ko dok salahkn media massa....kpd ibu bapa di luar sana....tunaikn tanggungjawab anda.....jyg dok protect je anak ko dr mende2 ni, make sure you can show these kind of video to ur kids and say "ayah ibu harap kamu x terpengaruh dengan aktivity2 x elok yg diorang wat dlm video ni, i know i had thought u better than this"
gimik semua
salah la kak fenny..cinta muka bulu tu ntah group ape nama ntah yg nyanyi..dorang wat ramai2..tiru sebijik2 vid clip najwa latip tu..encik mimpi tu nyanyi lagu 'putus di twitter' (ending lagu cinta muka buku)..
kahkah.nah dah dtg yg sentap.hidup kak fenny.
hahahaha no 2 paling xblh blah
keluar dari zon selesa boleh gugat keamanan negara?? haha..adoiyai..
dia rakam dalam kereta sebab nak ada studio effect kot..
kedap udara, kedap bunyi.. :D
takdakkk orang kacau...
nak gelakgulinguling buleh?
bhahahahahahahaha~
nonsen~
honestly....tak suka lagu nie.....hehe..
ala...pe la sngt korg nak kome lgu sempoi nie... sume tu dari diri sdn la mcm mn nk handle.... nape x haram kn jer lagu org luar masuk malaysia... kn sama jer tu klau nk hayati lagu.. sume tu DARI DIRI KITA SDN mcm mn nak hayati n fahami ... aduii!! nie kes jeles ke ape nie
wehh, kak fenny. cinta muka bulu tu lagu parody time #OctTwtFest. encik mimpi tu nyanyi lagu Putus Di Twitter.
anyway nice troll. pedobear FTW!
fap fap fap fennylicious
yang amik serious entri ni, congrats la. u've been TROLOLOLOLED!!!!!!!
p/s: abang panda pun pedophile, tanak ngaku lettew
eleh... diorg dengar lain, paham lain... bodoh la AKTIVISI nih
kelaskar giler no 2..hahaha
~ salam..lor..mende kecit jeks nih..kalo sume mende tak bule..baek jangan ader hubungan lansung ngan dunia luar..ye dak..setuju sesangat ngan pendapat sedara kuronofu91
@Anonymous
setuju!!
~ agaknyer saudari suriati jasman nih jeles kot..sbb tak dpt video cam si najwa buat..then jeles gaks sbb tak reti maen gitar cam najwa..tah la..bengong jeks..
ini semua adalah agenda Freemason... Grand Master telah mengupah Producer Vklip untuk memasukkan Unsur2 penyampaian mesej Bawah sedar iaitu subliminal mesej bagi mengelirukan seluruh bangsa melayu agar lebih leka dengan youtube..
youtube milik yahudi...
saya setuju dengan Kuronofu91 dan anon 4.26pm...
semua terletak pada keinginan diri sendiri....
saya nak tubuh kelab 'kamibebalsemangat2sangat' dan menjemput Kuronofu91 menjadi pengerusi kami.
hahaha...kak fenny jeles ye..:)
Bodoh betul . Video dea pun na kecoh pehal? jeles ke ape? ta boleh tengok org up sikit ade je bnde na dibuad untuk menjatuhkn org , mmg ta patut lansung la na diturunkan video dea . Such a stupid person =.=
aku nak buat lagu cinta di blog pula boleh?
minta Aktivisa review lirik eh. andd will try my best to make sure my target listener is above 20 and not pedophilia. err.. LOLs!
Waaa, banyak ny butthurt, hahahahah
aiyoooo..korang entri n main2 je la..
mne de aktivis n sume..
name je guna internet, x prnah dgr trolled????
aishhh, bkn salah korang pon.. haha
nok harommm, sikit-sikit iluminati...pi mati la wehh
kak fenny tercabar letttewwww...
rilekslah kak fenny..u tetap hot!
@?CIK SHA?
oh tq2 akak salah info ni tapi aktivisi ni betul2 mencabar minat orang ramai! dengki la tu
@..:Gadis::..
adik gadis, yang barat tu mmg culture dia macam tu kita takde kuasa nak tahan apape tapi yang ni ialah produk kita sendiri dan kita boleh tahan
HIDUP SKMM!
@orochimaruNM orochimaruNM
alamak ade orochimaru! dah lawan naruto belum ni?
@Tyraa Lee
tu la akak pun tux paham DEA ni LHA. Mesti DEA jeles LHA tu
@azrijohan
betul2 pi matilah ILLUMINATI! hidup SKMM!
Suka benor aku membaca komen zulfikar, LOL aku setuju lah sgt2 komen dia hahah..
org yg komen emosi2 tu, nmpk benorr la jenis tk byk membaca ... dah terang2 nampak benorr tipunya post ni pon boleh nk emosi2.. nampak sgt la golongan2 yg suka terima apa je info bulat2 tanpa soal siasat.
haha macam2 seh. adoii susah jugak kalau nak buat lagu sekarang ni. haha !
Hahahaha.
#CintaMukaBulu tu ditayangkan masa #OctTwtFest - @elmielmo , @aizadfahmy and geng #Twitterjaya lain yang buat.
Dan ya, orang yang butthurt lain macam ni tak tahu apa itu TROLL ke? This is parody guys. Hahaha. Homai Kak Fenny! *flips tudung*
pehh baru umo 16 taun? matured gile muka hahaha
hok aloh~ budak mne yang baru kenal internet nih? tak paham2 lagi ke troll? hahahaha
illuminati bagai kuar, hahaha
akak..troll tuh hapew?? *kelip2 mata smbil betul2 shawl najwalatip*
@Tyraa Lee Bm dpt bape dik? Sian cikgu bm. Buat jadi buad. Dia jadi dea. Konon kiut? Haktuih. By the way u have been troleeeddddd hahaha
sumpah dpa yg tak paham entry ni super mat bangang pastu duk cakap orang mat bangang. hangpa yang dok buat mat bangang sangat ihhhh bangang betoi. HAIL FREEMASON
first of all, tak suka lagu ni tapi kalau diperhatikan, lagu ni bebudak sekolah yang minat. so bebudak sekolah ni mudah terpengaruh. jadi ada betulnya apa yang aktivis tu cakap.
peace...
Nice trollin bro.
i see lauk everywhere. haha!
-peace out from ZBP. cannot login using blogger cuz this is my sis' account-
@Kak Fenny Fennylixious
Budak-budak semangat tak bertempat, kecewa cikgu BM kalau baca.
'dea' what the..hahaha
Me Gusta to Kak Fenny.. XD
Baka!
haha...ramai yang tak faham.....
@Kuronofu91
bodoh gile kau -__- u r trolled.
HAHAHAHAHA... Bile bace post ni, rase nak gelak sepanjang hayat..
Post ni main-2 je kan?
nape ade yg maki-2 tu, takod bile bace komen tu.
*err,takde maknenye budak2 mcm kiteorg nk terpengaruh gara2 lagu ni. byk lagi bende yg tak elok boleh mempengaruhi kami. Cari lah smpai dapat :)
yg butthurt definisi terbaik bg "melayu mentaliti ke-100" haha
Post a Comment
Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming