Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Download Cinta Kura-Kura (2011) BRRIP MEDIAFIRE

Hai berjumpa lagi dengan akak dalam aksi mengkhabarkan korang dengan cerita dan gosip industri hiburan tempatan yang best. Dengar khabarnya industri filem Malaysia makin maju sekarang sampaikan mampu membuat filem cinta animasi 3D yang bertajuk...

download cinta kura-kura mediafire

Ya anda tak salah tengok, tajuk filem ini sangat matang kerana ia merupakan sebuah filem percintaan yang serius antara dua orang kekura mutan yang dihalang oleh bapa si perempuan kerana status kasta mereka yang berbeza


Akak dah tengok cerita ni semalam, dah download dah pun. Ceritanya simple je tapi agak menarik sebab permulaan cerita ni dia ada tunjukkan 5 ekor kekura yang sedang makan sayur kangkung di supermarket Ong Tai Kim di Gombak dan kemudian tetiba datang sepasukan pembasmi aedes menyembur gas yang buat makanan berbuka puasa korang rasa cam jilaka tu.

Disebabkan kekura ini alergik terhadap gas semburan aedes itu, maka badan mereka telah berlaku perubahan mendadak di mana mereka boleh berdiri atas kaki sendiri, berdikari, dan juga berubah kepada muka manusia. Disebabkan lagi 3 ekor kekura yang mengalami perubahan itu telah diambil kesempatan oleh tauke pasaraya Ong Tai Kim yang menangkap mereka kerana asyik mencuri kangkung jualannya. tinggallah kekura betina yang bernama RaphaTiz dan kekura jantan yang bernama Aeriltello

download mediafire cinta kura-kura

Adapun sebenarnya otai komuniti haiwan kecil Gombak Utara yakni Splinter yang dibintangi Zizan Raja Lawak sebenarnya ada menaruh hati kepada RaphaTiz. Berbeza dengan kekura yang bertransformasi menjadi manusia, Zizan telah bertukar menjadi burung Enggang yang memiliki paruh yang besar. Setiap hari Tiz Zaqyah dihadiahi dengan keju yang datangnya dari pelbagai pelosok dunia tetapi Zizan lupa bahawa kekura tidak makan keju.

Akak rasa filem ni merupakan batu loncatan terhadap industri perfileman tempatan. Mana taknya tajuk filem sahaja sudah menarik. New Zealand ada buat satu filem yang bernama Love Bird tapi Abam Panda kata cerita tu tak best jadi akak tak tengoklah.

TORRENT RELEASE INFO
[TITLE]…………………….[ Cinta Kura-Kura
[DIRECTOR]………………….[ Nizam Zakaria
[RELEASE DATE]………………[ 18 November 2011 (Malaysia)
[FORMAT]:…………………..[ Matroska (MKV)
[GENRE]:……………………[ Romance | Animation | Action
[NO OF CDs]…………………[ 1
[FILE SIZE]:………………..[ 400MB
[RESOLUTION]:……………….[ 720x288
[LANGUAGE ]:………………..[ MALAY with BROKEN ENGLISH
[SUBTITLES]:………………..[ None
[ORIGINAL RUNTIME]:………….[ 01:43:04
[RELEASE RUNTIME]:…………..[ 01:43:04
[ENCODER]:………………….[ ShAaNiG
[SOURCE]:…………………..[ CAM-BiDA
[iMDB RATING]:………………[ Not Available
Maka dengan itu kehidupan RaphaTiz dan Aeriltello sekian kalinya dikacau oleh tikus daerah SplinterZizan dan bapa si Raphatiz yang dibintangi oleh Kusdawinata. Setiap hari mereka akan menghantar kutu-kutu indon yang gemar berpeleseran sekitar batu 8 ke batu 12 Gombak Utara dan di dalam servis bas Metro

Berjayakah mereka mengharungi cabaran cinta ini? Kalau kroang nak tengok cerita ni akak dengan baik hatinya telah mengupload filem ni ke mediafire. Boleh download di link bawah






18 comments

November 24, 2011 5:33 AM

HAHAHA.Lawak lawak.Makin lama makin bangang nama filem yang ada sekarang.

Anonymous
November 24, 2011 5:37 AM

Waaaaa, macam best la cite ni kak Fenny, kak fenny ke pengarah? :D

By:jerung,

November 24, 2011 5:41 AM

*gelak guling2

November 24, 2011 6:00 AM

haha...ni movie betul ke ni? :P

Btw, terima kasih sudi komen on my latest entri. Saya dah reply.

November 24, 2011 6:39 AM

ni betul ke tipu ni wei? unbeliavableeeeeee.

November 24, 2011 8:11 AM

antara karipap-karipap cinta.. dan cinta kura-kura.. aku mungkin pilih apam-apam gebu... release next year...

November 24, 2011 9:40 AM

hahahahahahaha... tolong la pasni buat cerita cinta si tenuk, aku teringin nk tgk camne tenuk bercinta

November 24, 2011 12:16 PM

ni betul2 ke main2?? makin sempoi lak nama filem dia :P haha

November 24, 2011 12:18 PM

@Nin Ahmad ツ kononla nak buat tajuk filem kelakar komedi yang menarik minat. Ni nama cam bangang makin lama

November 24, 2011 1:08 PM

@syAzAnA of course la betul syaz. mcm 1st time lak kenal akak ngan tag Senyum Panda tu

November 24, 2011 1:08 PM

@Zulfikar Hazri

dengar khabar Ahamd Idham yang buat filem tu next year

November 24, 2011 3:25 PM

erk?cinta kura-kura?

best ke kak fenny? ahaha..

November 24, 2011 4:01 PM

kenapa keluar video clip lagu pulak ? huhu

November 24, 2011 5:29 PM

aku baca blog hang ni antara dua ja..

1) fakta yang sememangnya fakta

2) menganjing dan memperli fakta

mana satu ni woi??hahha

November 25, 2011 4:04 PM

aku baca ni tak tau la nak percaya ke tak...

fakta ke auta weh? =.="

November 26, 2011 1:39 PM

dah xde modal ke hape?? cinta kura-kura pon jadi..adoyaiiiiii

Haruru
November 27, 2011 3:25 AM

@Kak Fenny Fennylixious

Ni citer KRU yg buatlah. ntah apa2 la tajuk dia~

Post a Comment

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming