Sambal Sotong Masakan Bujang

Harini Wellington City hujan sehari suntuk dan disebabkan cuti aku tinggal 4 hari je lagi sebelum tempat kerja aku abis cuti dan kembali beroperasi, aku decide untuk duduk dalam rumah sehari suntuk. Dan seperti manusia normal yang lain, waktu hujan menandakan perut kau akan menjerit-jerit mintak diisi. Rasa macam ada dinosaur hidup dalam perut ni dan dinosaur tu lapar! Bila belek-belek stok bahan mentah tiba-tiba teringat ada sotong yang dapat free haritu masa senior kemas rumah nak balik Malaysia. So, Google up, dan jumpa resipi sambal sotong.


Okeh disebabkan aku tak reti memasak, kalau ada silap kat mana-mana korang buat tak nampak je la tapi aku nak gak cite aku taksub dapat memasak ni. Eleh padahal bosan ngadap komputer satu hari.

Kejatuhan PMR Bahasa Malaysia Angkara Yahudi

Harini kecoh 1 dunia twitter (at least dalam timeline aku) bahawa result PMR dah keluar. Maka abang-abang dan kakak-kakak pun mulalah ayat sinikal seperti "Eleh tak penting pun PMR tu" sebab mereka dah lama lepas exam yang 'tak penting' tu. Kesianlah adik-adik bagi mereka bergembira dan buat #twtupPAVIPMR dulu untuk melepaskan segala keresahan menunggu result dari semalam.


Namun begitu, sumber mengatakan bahawa result untuk subjek Bahasa Malaysia dan Pendidikan Islam telah merosot berbanding tahun-tahun sebelumnya. Apabila difikirkan dari sudut obelik, tentunya pembaca sekalian akan berfikir sejenak, mengapa Pendidikan Islam dan Bahasa Malaysia? Mengapa tidak Matematik? Sejarah? Sains? Geografi? Kajian Tempatan? Jawapannya hanya ada satu yang boleh mengakibatkan kemerosotan kedua-dua subjek ini, iaitu YAHUDI!!

Wajib Tukar Kad Pengenalan Lepas 18 Tahun

Okay harini ada member share informasi dekat Facebook pasal kad pengenalan mykad yang perlu ditukar setelah seseorang tu berumur 18 tahun. Dulu amsa aku darjah 6 aku tahu lah memang kena tukar lepas tu akak aku cakap takyah, sekarang website Jabatan Pendaftaran Negara dah kata wajib tukar, maka wajiblah tukar, mengikut Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 990 (Pindaan 2001) setiap orang yang berumur 18 tahun hendaklah mendaftar semula Kad Pengenalannya sebelum mencapai umur 25 tahun.

wajib tukar kad pengenalan 18 tahun

Infonya adalah seperti berikut:

SYARAT PERMOHONAN

Pemohon mestilah telah berumur genap 18 tahun tetapi belum mencapai umur 25 tahun.
Pemohon mesti hadir.

PROSEDUR PERMOHONAN

Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa dokumen sokongan (asal dan salinan) kad pengenalan

3 Tips Merokok Untuk Lelaki

Tadi masa aku gosok gigi lepas makan sup bawang, aku terbau mulut aku yang berbau ketiak ungka. Jangan tanya aku macam mana baunya sebab benda ni dipanggil metafora, untuk korang yang tak sekolah tu. Suka sangat ambik benda secara literal sampai naik tensen aku kekadang. Anyway, masa terhidu bau nafas sendiri, aku cakap dalam hati "Eh, lagi bagus nafas aku daripada nafas berbau rokok" dan lepas gosok gigi dan solat Isyak maka aku pun dianugerahkan ilham untuk menaip lagi pada malam ini...(tapi publish siang-siang)


Gambar atas ni sangat tak masuk akal sebab ada bokeh. Instead of saying taknak, gambar ni menunjukkan lelaki ni cool gila sebab signboard belakang tu yang samar-samar (bokeh) je kiranya dia tak heran la, break the rules bro, rules are amde to be broken. Tapi tak semestinya. Untuk jadi seorang penghisap rokok yang disegani, ada beberapa peraturan yang korang kena patuhi.

BUTOH - Apakah Itu?

Tadi masa aku kerja susun-susun buku bersaiz super gajah, aku terjumpa satu buku ni yang cukup menarik perhatian. Tajuk nama buku tu ialah BUTOH dan memandangkan aku masa tu dah tahu apa benda butoh maksudnya dalam bahasa orang kita, terasa nak tahu lah jugak apa benda buku ni? Kompilasi gambar kemaluan orang lelaki dari zaman batu ke alaf 2011 ke apa?


Korang tengok la cover kulit dia ni, agak-agak cerita pasal apa? Maka disebabkan aku ni agak Informavore orangnya, aku pun selak la buku tu sehelai demi sehelai. Sebenarnya banyak buku dekat tempat kerja aku ni yang pelik-pelik tapi tu lah, bila balik rumah dah malas nak update blog. Bukannya penat pun tapi sebab takde mood. Anyway, berbalik ke cerita BUTOH kita tadi, tajuk buku ni ialah BUTOH- Dance of The Dark Soul. Kalau korang baca buku ni, akan terasa macam masuk dunia hantu, or at least dunia ajaran sesat. Sebab gambar-gambar dalam buku ni ialah seperti berikut...

Biar Mati Anak Jangan Mati Adat

Ini ialah salah satu peribahasa yang aku selalu baca masa zaman sekolah dulu. Ye la, untuk dapat markah A1 Bahasa Melayu, kena pandai guna ayat retorik, pantun, puisi, tak pun guna peribahasa. Lame gila teknik tapi amat mujarab untuk free A masa tu. Tapi bila dah besar panjang ni, aku pikir balik...perlu ke mati anak kalau nak biarkan adat tu berterusan? Adat lama aku rasa okay (kot) tapi makain lama macam makin membuatkan anak senang mati.

Benda yang aku nak cakap arini sebenarnya pasal tunang. Kalau ikut pengalaman aku tengok akak aku bertunang pada tahun 2009 aritu, sibuk aih nak jamu sedare, rombongan, nak kena pakai baju lelawa, bagai. Yang aku paling tak boleh belah ialah hantaran dia. Eh, betul ke benda tu panggil hantaran? Jap aku carik gamba dia. Haa nih..


End up benda ni bila semua orang sudah membelahkan dirinya dan bertukar hantaran, maka aku pun baring depan TV sambil mengunyah-ngunyah buah-buahan tropika yang sungguh lazat itu. Kek tu mintak maap la aku tak makan. Seram lak tengok kek kaler biru. Dikhuatiri lepas makan, kalau tak jadi Avatar mesti jadi Smurf.

Troll Abah Kau

Orang yang bukan baru sehari mengenal internet pasti pernah mendengar apa itu troll ataupun trolling. Kadang-kadang perbuatan ni juga ditulis dengan grammar yang salah dan telah dibahasamalaysiakan oleh pengguna internet Malaysia, menjadikan perkataan (verb/noun) troll itu menjadi trolled (trol-led) tapi lantak pi kau lah aku bukan nak mengajar grammar harini. Tu cerita lain hari


Ingat lagi entri atas ni? Lagu Cinta Muka Buku Diminta Diturunkan Segera . Ini ialah salah satu benda yang aku troll orang dan boleh kata lah agak berjaya. Alah, benda buat just for fun and entertainment, bukannya aku nak lagu tu turun bebetul. Takpelah, biar terus berkumandang dekat radio tempatan, biar semua orang bercinta melalui Facebook.

Anyway, sebenarnya perbuatan troll orang ni sama je macam ada DSLR. Contohnya macam bebudak lha kan, dapat hadiah birthday 14 tahun Nikon D200, pastu gantung kat leher, pergi lepak Pavi dengan member-member. Point gambar, pastu shoot. Lepas tu bukak fanpage Babylove Photography . Gambar dalam tu semua gambar lepak kat Pavi dengan member, hisap shisha, dan tak kurang juga gambar depan cermin toilet sambil memuncungkan bibir. Photographer yang memang meletakkan usaha 24 jam sehari tepuk dahi je tengok imej diorang tercalar. At least kalau beginner, bolehla komen, beri tunjuk ajar bukak kelas. Ini tak, hapa pun tak boleh....

More

SEARCH

TESTIMONI

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran