Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Tips Merokok Untuk Lelaki

Tadi masa aku gosok gigi lepas makan sup bawang, aku terbau mulut aku yang berbau ketiak ungka. Jangan tanya aku macam mana baunya sebab benda ni dipanggil metafora, untuk korang yang tak sekolah tu. Suka sangat ambik benda secara literal sampai naik tensen aku kekadang. Anyway, masa terhidu bau nafas sendiri, aku cakap dalam hati "Eh, lagi bagus nafas aku daripada nafas berbau rokok" dan lepas gosok gigi dan solat Isyak maka aku pun dianugerahkan ilham untuk menaip lagi pada malam ini...(tapi publish siang-siang)


Gambar atas ni sangat tak masuk akal sebab ada bokeh. Instead of saying taknak, gambar ni menunjukkan lelaki ni cool gila sebab signboard belakang tu yang samar-samar (bokeh) je kiranya dia tak heran la, break the rules bro, rules are amde to be broken. Tapi tak semestinya. Untuk jadi seorang penghisap rokok yang disegani, ada beberapa peraturan yang korang kena patuhi.
#1. HISAP ROKOK JANGAN HEMBUS KAT MUKA ORANG
Benda yang paling celaka terjadi bila kau bersiar-siar di petang hari dengan udara sempoi bahasa (bukan typo) ialah kalau tak terpijak taik anjing, mesti terhidu asap rokok yang orang hembus. Ada dua keadaan di mana benda ni selalu terjadi, kalau tak si perokok jalan depan kita, mesti dia tengah dok lepak sambil menghembus asap dekat tempat kita jalan. Ni yang aku rasa paling kerap lah, kalau ada idea lain lantak korang lah sebab ni pendapat aku lah. Sebab apa dia hembus dekat tempat orang lalu lalang? Mungkin sebab dia rasa itu cool? Mungkin itu sebab dia nak jadi serombong kapal? Ataupun mungkin dia tak tahu yang dia boleh menyebabkan orang lain kena kanser peparu lebih cepat daripada dia.

Penyelesaian terhadap masalah ini ialah tolong sekolahkan diri anda. Jangan merokok kat tempat orang lalu lalang. Apa, kat muka aku ni ada tulis "tolong hembus asap rokok kat muka saya" ke? Kau nak merokok, carik port celah bangunan ke, celah gunung ke, pergi merokok sana. Kami warga tak suka asap amat memerlukan kerjasama anda yang terperinci. Sekian.

#2. HISAP ROKOK JANGAN MELUDAH MERATA

Sepanjang aku hidup, aku tengok 2 jenis orang yang kerap meludah merata-rata. Golongan pertama ialah orang yang puasa dan percaya (dengan tak sekolahnya) bahawa telan air liur tu membatalkan puasa, dan juga golongan kedua ialah perokok. Member aku dulu time-time merokok dia akan meludah dekat tempat abu rokok dia. Kekadang dia akan meludah keluar tingkap tempat orang lalu lalang. Agak tiada sivik di situ dan aku pernah sound, kotor. Nama pun ludah, jijik.

Penyelesaian masalah ini ialah untuk orang puasa, tanyalah ustaz, tak pun masa kelas agama kat universiti atau kat sekolah, jangan tidur atau ponteng. Telan air liur mana ada batal puasa. Melainkan kau kumpul dalam cawan pastu minum balik sebelum terbenamnya matahari. Untuk si perokok pulak, kalau rasa ayaq lioq tu kelat sebab rokok, stop la merokok oi, tak pun kunyah chewing gum. Singam kan buat mulut kurang berair sikit

#3. BELI ROKOK GUNA DUIT SENDIRI PLEASE
Ini rule paling penting untuk tidak menggolongkan diri anda dalam kumpulan para perokok yang dilaknat masyarakat sejagat. Golongan yang mintak duit orang untuk beli rokok ni ialah manusia yang tak guna. Sudahlah mencemarkan kualiti udara, mintak pulak duit daripada orang untuk mencemarkan udara.

Nak-nak macam budak sekolah baru tumbuh bulu kaki kat gambar kiri ni. Kau tu dah la takde income lagi, spender pun mak bapak belikan yang menggatal sangat nak bakar duit tu apesal? Kalau bapak kau kaya sangat, apa kata derma kat aku, tak pun derma dekat masjid berdekatan. Kau beli rokok buat ape? Baik beli chupa cups, rasa pun manis. Dan sebenarnya sebatang chupa chups tu ialah lebih mahal daripada sebatang rokok. So kalau kau nak tunjuk kau kaya, sumbat sekali 3 ChupaChups dalam mulut sekali makan.

Adalah amat hina kalau kau tak kerja, dok dengan parents kat rumah dan mintak duit diorang untuk beli rokok, which tak bagi apa-apa faedah kat diorang. Lain la kalau mintak duit diorang nak melabur dalam ASB ke, beli dinar emas untuk hari tua diorang ke, itu harus hukumnya.

Korang mungkin akan berkata, alah manusia nanti mati gak, tak kisahlah dia nak hisap rokok. Ye sayang, manusia mesti akan mati tapi cara mati tu yang berbeza. Dengan menghisap rokok, anda akan menyebabkan anda dan orang sekeliling very likely untuk mendapatkan kanser dan penyakit berkaitan. Kalau dapat kanser terus mati takpe la jugak, boleh terus tanam. Ini tak, nanti nak kena berubat dulu lah ape lah...tambahan pulak orang yang tak bersalah pun boleh kena penyakit.

Ada tips lain? Mari kongsikan di bahagian komen






30 comments

December 20, 2011 1:33 PM

saya first?

December 20, 2011 1:34 PM

YAHOOOOOOOOOOOOOOOOOOo. ok baru nak komen. pakwe aku dlm proses nak merokok skrg ni. aku rase cm nak cabut satu satu janggut die. bengang ! acane ni papanda? ce kasi aku idea nak saiko die sket -.- aku benci perokok !

December 20, 2011 1:37 PM

wow... bagus tips.. paling betoi guna dwet sendiri.. huhu

December 20, 2011 1:37 PM

@Liyana Lunia

cara nak suruh org stop merokok aku xtau la weh. kalau org tu nak stop, tp x tahan withdrawal simptom, boleh try caffeinated chewing gum. itu kalau dia ada niat nak stop la

tp kena ada motivasi tinggi

December 20, 2011 1:39 PM

Aku paling pantang org merokok kat kedai makan.Rs nak lempang sekor2.nak tunjuk dia kaya bakar duit pun jgn lah rosakkan mood org nak makan.hahaha

December 20, 2011 1:41 PM

"Melainkan kau kumpul dalam cawan pastu minum balik sebelum terbenamnya matahari" - geli la wey ayat ni haha

aku mmg tension ar klu org isap rokok dekat ngan aku, semput dada bila hidu asap rokok, tercemar paru-paru aku.

Skang nk lari dr org merokok pun ssh sbb bos aku pun hisap rokok dlm opis.. T_T

kdg2 rs nak tampal poster jgn merokok, tp takut.. kang tak pasal2 dia bg notis kat aku jgn dtg keje ngahahaha

December 20, 2011 1:43 PM

Siapa yg hembus rokok kat muka aku , aku sumpah dia bujang smp tua kahkah

December 20, 2011 1:47 PM

@ninelyana

ka, dah la busuk, mengganggu ketenteraman awam pulak

December 20, 2011 1:47 PM

@Jue AbdRahman

ko keje ape ni jue bos ko isap rokok? macam bapak ayam je isap rokok dalam opis hahahahhahahha

December 20, 2011 1:48 PM

@EZAN IDMA

ianya berkesan kalau kau ialah Sang Kelembai hehehehhe

December 20, 2011 2:04 PM

si dia kite hari tu dah stop merokok.. tapi disebabkan unsur2 keliling banyak sgt.. dia start merokok balik.. makin lama makin kerap pulak tgk.. adehh -_-"

December 20, 2011 2:27 PM

suke entri ko ni bro... even aku smoking, tp aku pun x suke membe aku hembus ke arah aku..

December 20, 2011 2:56 PM

aku like 10 juta kali entri ini..^_^

aku cukup pantang la org yg suka hembus2 asap rokok ni..rase macam nak lempang bertubi-tubi..

lg satu kalau time bwk moto org yg depan aku tu merokok..asap die hembus kompom2 la ke belakang kan ikut angin kena kat aku..mmg hangen je rase..rase mcm nak pergi sblh tendang moto die bg die jtuh..bhahaha..

bau badan smoker super duper busuk!pakai la minyak wangi sebotol pun memang takleh cover..boleh koma kalau terbau..(-_-")

December 20, 2011 3:44 PM

merokok tahan asap jgn bagi keluar boleh

December 20, 2011 3:58 PM

jangan comolot dgn isteri kalau baru lepas hisap rokok..

December 20, 2011 5:01 PM

err...mmg tak suka beoi klu org hembus asap rokok kt muka.issh..

December 20, 2011 5:56 PM

Jangan hisap rokok dalam kereta, jangan hisap rokok dalam Rumah.

kalau nak kurangkan hisap rokok, letak rokok kat bibir tapi jangan nyala, lambatkan nyala...

nanti akan kurangkan isap rokok.

December 20, 2011 6:36 PM

haha.

rokok menjana pendapatan negara.

December 20, 2011 8:13 PM

Paling heaven kalo semput2 amik oksigen, sedap je org merokok lalu sebelah, rasa nak sepak sekali dua,

December 21, 2011 3:07 AM

paling syaiton sekali hisap rokok smbil dukung anak sndiri. baby pulak tu... GRRRRrr

December 21, 2011 5:23 AM

tak pun kalau nak isap rokok jugak asap tu telan sensorang tak payah hembus.. ni tak siap hembus kat muke orang.. tak memasal kite2 ni jadi passive smoker menci.. tu belum kire part hembus asap rokok kat muke orang sekali ngan mandrem.. lagi parah

December 21, 2011 8:19 AM

sangat setuju dengan apa yg ko katakan

December 21, 2011 4:04 PM

drp membazir duit beli rokok, ape kate kumpul duit tu buat derma kat aku ni ha. hahhahaha :D

December 21, 2011 10:42 PM

wah. nice..mesti ramai yang sentap nih, haha

December 22, 2011 7:24 PM

aku hari2 kena paksa amik 3 dos hembusan-hembusan asap rokok..gara2 satu rumah ada sampai 2-3 orang kaki isap rokok tegar.

apa yang harus saya buat wahai abam papanda?

December 23, 2011 2:52 PM

merokok. mcm mana nk kata tak nak pada perokok2 tegar ni!

December 23, 2011 4:40 PM

@adibahrisha

protip: dont just look at the first photo and comment. I wont buy those owl necklaces anyway

yr comment does not make sense of what Ive written.

December 28, 2011 7:16 PM

and... yang merokok dalam shopping mall. memang sangat best.

February 23, 2012 12:57 AM

eyh awak...kite amek print screen entry ni yaa..nak paste kat entry kite..

http://matahatycikmentega.blogspot.com

May 10, 2012 1:29 AM

satu lagi cara yg kwn aku guna,dia tak pernah beli rokok,dia cuma minta kat org je agak2 aku dia isap lbih krg 20 btg sehari tanpa beli rokok untung kan

Post a Comment

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming