Fuh minggu yang maha penat. Esok aku ada competition fencing pulak nasib baik esok memang cuti mingguan, tak payah datang kerja kalau tak penatlah aku. Baiklah sementara menunggu malam untuk menuntut ilmu pulak, aku nak cerita pasal realiti kehidupan. Pendek je entry ni jangan risau

Okaylah antara korang yang tengah membaca ni mesti pernah tengok drama Korea, ada kawan yang fanatik Korea, ataupun ada jiran yang mempunyai tabiat sedemikian, betul? Mintak ambik perhatian sebab aku tengah bercakap pasal drama Korea, bukan budak-budak Pavi bergaduh pasal K-Pop.
Abang-abang boyfriend dalam drama Korea biasanya digambarkan sebagai seorang lelaki yang kacak, rajin membawa bunga ke mana sahaja dan juga tidak segan silu mengalirkan air mata di khalayak ramai demi gadis yang dicintainya. Aku tulis ni berdasarkan cerita Korea yang aku pernah tengok secara kemalangan (kamus: accidentally) masa aku zaman sekolah rendah dulu. Tak semua cerita Korea macam ni tapi secara generiknya itulah gambaran kasar abang Korea kegilaan sesetengah wanita zaman sekarang. Bukan sahaja wanita, malah anak gadis masih membesar, anak kecil seawal tadika juga telah dididik dengan mentaliti macam ni sebab akak dia tengok benda tu.
Untuk golongan nenek-nenek aku belum tahu lagi yang ada kegilaan terhadap Abang Korea. Kalau ada...
Tapi hakikatnya, aku jawap ikut point-point ya
HAKIKAT #1: TAK SEMUA ABAM KOREA KACAKAku ingat lagi amsa aku first year, ada la sekali ni aku lalu dekat Kelburn Field dan ternampak orang Malaysia main bola. Disebabkan aku kaki bangku maka ajakan abam senior yang baik hati terpaksa ditolak dengan alasan aku nak terberak walaupun masa tu aku tak sakit perut pun. Dalam keresahan hati aku nak membelahkan diri dari kawasan kejadian, aku ternampak beberapa orang gadis cantik yang sedang bermain-main baling frisbee sambil ketawa mesra antara mereka.
Sebagai seorang lelaki normal yang bernafsu normal aku pun tengok la kat aweks tu dengan lebih dekat. Bila dah dekat ternampaklah halkum mereka dan dadanya yang rata. Kalau dada rata aku mungkin boleh faham lagi, almaklumlah rakyat negara Asia, kebanyakannya pemalas minum susu. Maka terbantutlah pembesaran. Tapi kalau ada halkum tu apekejadah. Nak kata lelaki, kulit sangat cantik, badan sangat selim dan matanya, aduhh. Tapi bila dekat, rasa nak muntahkeluarpelangi
Kalau korang Google muka orang Korea, ada je yang huduh tapi first result of course la yang tampan dan jelita sebab itu yang ramai orang klik dan cari. Kalau tengok muka orang Korea Utara, boleh kata sama dengan lukisan Lilo dalam kartun Lilo & Stitch. Comel, tak buruk pun.
HAKIKAT #2 & #3: BUNGA DAN AIR MATA
Ah ni aku gabungkan terus. Pendek cerita la kan, yang korang tengok dalam drama tu semua arahan direktor. Kenapa susah sangat nak faham? Samalah macam cerita hantu, dah tahu cerita tu arahan manusia, dan yang buat pun ialah manusia, yang kau dok tutup mata masa tengok wayang tu apesal? Tak ke membazir duit?Bila manusia dapat membezakan apa yang realiti dan tak, maka senanglah kau nak memahami sesuatu perkara tu dari pelbagai sudut. Kalau dah minda teracun dengan benda fantasi, sampai bila pun tak akan jejak ke tanah hidup kita macam tu. Walaubagaimanapun, kalau korang masih mengagungkan Korea tu dan rasa korang lebih selesa hidup kat dunia dalam drama tu, aku nasihatkan korang kontek kawan aku kat Jepun sana..
nama dia Nobita. Dengar khabar robot belaan dia ada alat yang boleh bagi impian korang jadi kenyataan. Semoga berjaya



36 comments
ada nombor nobita x??....ahahaha xpun fb pun bole
ihik....nak gelak tengok gambar baju merah tue......
(@^@)
Kah kah kah.senang ckp kalau dah taksub susah.semua benda pun.
kalau pakwe aku minat kpop aku selam dia dlm air.haha
Aku suka cerita My sassy girl.....Filem ok. Hero tu muka buruk gila hahhahaa
Aku suka doremon, tapi aku selalu kecewa, kenapa dia dan nobita tak pernah langsung mencuba utk menari Lagu Mr simple, super junior tu?
patutnya, diorang boleh tubuh satu band tau? nobita, doremon, sinyu, giant dan sizuka.. aku kecewa... jepun dan korea harus bersatu demi keadilan sejagat dan kemajuan industri hiburan korea!
-presiden Kpopers Shah Alam utara-
Hakikat baru, die hard fans k-pop akan mengganas kalau k-pop di hina. Hahaha sedih betul. Orang hina nabi, hina agama kita tak ada pun yang nak tunjuk perasaan macam ni sekali. Haih, manusiaaa
aku suka tgk cite korea yg ade pelakon tak bape hensem mcm Shin Hyun-Jun dlm cite marrying the mafia 2 & 3.
Kalau mat bunga, pakai baju pink, control hensem aku tolak tepi, kurang macho buat aku haha
aku tak kisah budak2 skang suka korea, tp klu dh taksub sgt smp org tegur sket melenting mmg tak patut la
bab2 korea ni aku minat drama2 diorg je.haha.feeling kot drama diorg.bab2 DHF band2 diorg,no komen.
selalu kalau lepas habis tgok mn2 drama,akan ambik masa la jugak untuk hilang minat gila2 tu.lama2 normal ah.haha.
pss,mohon nombor Nobita pelis. ;))
hahaha. memang la. tp kan style dorang tu kan ke best. aku suke kot tgk drama dorang sebab fesyen dorang tu. style! bab pelakon tu confirm la encem. pemain bola dorang takde rupa pun. haha. kesimpulan aku buat adalah: rakyat korea yang hensem sila jd pelakon/penyanyi. yang tak nesem, sila main bola. haks. :))
yang fanatik kat justin bibir tu tak pulak orang nak kecoh.. dari layan omputeh punya drama yang asik-asik sex sell tu ada lagi baik layan kuria tahu jugak selam budaya asia..
aku pon suka korea & k-pop dan aku sedar je ramai korean guys yg "indah khabar dari rupa". Tapi, kalau kau tahu betul2 pasal cerita2 korea, xsemuanya pasal cintan cintun ni. Cuba kau try layan variety show diorang macam Running Man, Family Outing. Celeb2 dalam show tu tak hensem pon, tapi bakat diorang yang pandai hiburkan viewer mmg aku tabik. Seriously fun & entertaining tak macam drama2 diorang yg agak stereotaip. Heeehee itu je nak bgtau. Bai!~
hahahaah!!!! terbaek~ setuju bro!
hahaha.. tengok boleh, percaya jangan..
Minda kena terbuka.
Tak leh anggap drama tu realiti.
heeeee
Anyong Haseyo. Abam panda.
aku teringin nak gi Korea. lagi-lagi selepas tengok Datuk siti Nurhaliza dan wartawan pergi ke sana dalam melodi hari tu. :)
*contohi mereka yang berpijak di bumi yang nyata. bukan drama*
Sarang hae yo abam panda. hahahaha
senang cerita..tak payah la nak kritik2 minat orang laen...dah itu yg mereka suka dan minat..kenapa nak kutuk2..ada ke org yg minat korea tu kritik dan kutuk minat saudara/i sekalian..??? #SoMalaysian
drama2 korea lebih berkualiti daripada drama tempatan kita..itu hakikatnya..banyak mesej disampaikan dalam drama2 korea sangat berkesan dan sampai ke jiwa penontonnya (kecuali yg anti-korea)yg boleh kita ambil seperti mesej kekeluargaan, rakan sekerja, persahabatan dan banyak lagi...
semua orang akan cepat melenting bila sesuatu yg kita suka dicaci dan diperlekehkan...kalau tak suka sila buat hal sendiri..
**sekadar pandangan seorang peminat drama seantero dunia...TQ
@soleheen
haha nanti aku try Googel
@Tuan Besar
orang yang smayang dan hukum lain pun kelaut janganlah expect dia nak sentap bila agama dia diperlekehkan haha
@Jue AbdRahman
Jue, sampai komen ke-15 dah ada2 ekor beruk mcm yang ko maksudkan tu. Inilah bebudak zaman sekarang. bajet ktard wakakkakap
@niezam
ni kes suke tgk fesyen awek la ni aiyoo. Kesimpulan kau best gila LOL
@atikah
kuria tu natang jadah haram babi ape pulak? Orang tgh cte pasal Korea =_=
mohon cuba lagi dengan komen orang dewasa
@che sakinah
nicely said chef harimau!
@AziziBasyah
ye drama Melayu mmg sampah, tapi kalau kau rasa tu isi penting entri blog kali ni, aku mohon kau balik sekolah rendah belajar penulisan
atau mungkin balik tadika belajar membaca?
Minat tak salah pun, kalau taksub gila, ntah le,
P/s minat cite Korea jugak, tak le sampai gila, :P
nak nombor Doraemon leh?
@Zulfikar Hazri
punyalah hensem hero sassy girl ko ckap burok..cissss
Biarkan je lah. Fenomena semasa je tu. Dulu kaum pompuan minat hindustan, nafsu seks pun beralih ke muka-muka hindu, tak dapat shah rukh khan, ambik bangla dengan keling pun jadi. Lepas tu masuk drama indon pulak, keluar la pulak cerita ramai yang lari ke lombok. Bila zaman porno mudah didapati, nafsu beralih ke african pulak. Ramai la pulak anak gadis kita yang jadi keldai dadah dan dijual sebagai hamba seks. Sekarang bila zaman JPop Kepop ni pulak, kita perati je lah. Semua perasan mata sepet, perasan diri chinese look. nak boipren yang mata sepet je. Kebaikannya pulak tak kira kalau muka ko tak hensem, tak kaya, tapi kalau mata ko sepet, peluang menabrak karang menjadi cerah. Ini pada aku fenomena biasa je lah.
Serious, pernah tegur kawan2 yang obses pasal k-pop tapi kena sound balik. katanya k-pop fans tak pernah kacau hidup orang. hewhew
seyes mint KOREA jugak,..tpi xadalah nak fanatik sgt,ap org kata die hard fan.kalau ad sesapa nak kutuk pon xkisah sebb xbawak ke mana,..sekadar mint xlebih dari 2,:).masalahny ramai remaja skunk obses,fanatik terlampau.2 yg xbgusny kan.
paling suka korea bila tgk culture yg hormat menghormati,negara yg bersih cntik.diorang ni suka ketengahkan sejarah2 tntg negara diorang.mmg terbaik~~RUNNING MAN BEST~
KESIMPULANNY fantasi xkan menjadi realiti..peace:)
Worst review ever. Belajar journalism dan belajar untuk tulis review/comment dengan lebih baik.
saye tengok cerita yang best, tanpa perlu mekap tebal.
(macam off-topic tak ni?) (>.<)
lilo & stitch? hahahaha mmg sama pon :D
follow Running Man je. dorg xde mamat2 bajet romantik bg bunga ke artis bajet jaga muka ke.. hahaha
@Benrauf
Ini ada lah WIN! hahaha
@AziziBasyah setuju setuju...kalo org kutuk korang pny hobi sbg cth ny mngumpul setem...melenting x???xpom org ktuk mnat korang terhadap bola sprti "ap ke bangangny diorg ni kejo bola y satu???" kompem pminat MU Chelsea n Harimau muda bashing blik...so biarlah org2 nk mnat so bdk laki xperlu jeles thdap kekacakan namja korea n bdk pompuan xperlu jeles kecomelan yoeja korea...
So always believe that beauty come from heart n paling penting..Ciptaan Allah itu tiada cacat celany...~
ala..kalo nk kate xsume org korea xhensem xlawa...same je kot kt mane2 celah dunia ni..malaysia pun, xsume nye lawa...mcm artis indnesia...sume lawa n hensem2...hakikt rakyat die korg sendri ley nmpk kan...biase2 je....emm...nme je entertaiment, diorg paparkn bakat dan rupa yg bgus2.....kalo xde bakat n rupe knfem je org xsuke... contoh kim ji soo.. muka xhensem pun, tpi aku suke jer ngan die sbb bakat die yg bgus... mcm beberape insan yg komen di atas kata, jgn kite kritik yg xbgus mint org, selagi mint die tu xmemudaratkan... tpi xde slah pun entry awak ni, untuk menyedrkan mereka yg terlalu fanatik pade korea ni..mane yg baek jdikn pengajarn, yg xbaek tu kite tingglkan je..=)
@AziziBasyah
sian kau...baca la dulu dgn teliti dan cermat tanpa ikut perasaan lol..aku pun layan kuria gak (pkataan si pengkomen djh rendah, spt di atas)...ape kena mengena dgn isi entri papanda?LOL...
errr...tau rumusan? kau failed rumusan yer?
hahahhahahah... nama dia nobita...
niceeeeeeeeee
Post a Comment
Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming