Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sambal Sotong Masakan Bujang

Harini Wellington City hujan sehari suntuk dan disebabkan cuti aku tinggal 4 hari je lagi sebelum tempat kerja aku abis cuti dan kembali beroperasi, aku decide untuk duduk dalam rumah sehari suntuk. Dan seperti manusia normal yang lain, waktu hujan menandakan perut kau akan menjerit-jerit mintak diisi. Rasa macam ada dinosaur hidup dalam perut ni dan dinosaur tu lapar! Bila belek-belek stok bahan mentah tiba-tiba teringat ada sotong yang dapat free haritu masa senior kemas rumah nak balik Malaysia. So, Google up, dan jumpa resipi sambal sotong.


Okeh disebabkan aku tak reti memasak, kalau ada silap kat mana-mana korang buat tak nampak je la tapi aku nak gak cite aku taksub dapat memasak ni. Eleh padahal bosan ngadap komputer satu hari.

RESIPI SAMBAL SOTONG MUDAH

Bahan-bahan:
*15 tangkai cili kering             *1 senduk minyak masak
*3 ulas bawang putih              * 300g sotong
*1 biji bawang besar              *sos tomato/kicap
*2cm halia                              *garam dan gula

Langkah-langkah:
Okay first sekali, bahan-bahan yang aku list dekat column kiri atas tu korang potong dan campak je kat dalam blender. Aku tak tau la kot-kot korang rajin nak tumbuk guna lesung batu. Eh, korang tau tak lesung batu dalam bahasa Inggeris apa? mortar and pestle. Anyway, lepas tu...


1- Panaskan minyak, pastu tumis sambal tu 15 minit. Lama gila tumis macam goreng pulak
2- Masukkan sotong tu dan gaul sampai rata
3- Haa part ni sukati kau lah nak guna sos tomato atau kicap. Resipi asal guna kicap tapi aku guna sos tomato. Sedap je rasanya. Untuk kurangkan pedas tu, letak gula secukup rasa. Kalau rasa perlu letak garam, sila berbuat demikian. Kang ada pulak mati kempunan tak makan garam

Maka selepas masa selama 5 minit daripada masukkan sotong tadi, inilah hasilnya:


Makan time hujan camni, fuhh nikmatnya. Okay tu je untuk update kali ni. Kalau aku tak update blog sebulan dari sekarang maksudnya aku mati sebab alergik makan sotong. Bye.






29 comments

December 31, 2011 12:15 AM

Holiaww

December 31, 2011 12:36 AM

Lepas nei aku kena rajin masak jugak.Malu ke budak lelaki macam kau.keh keh

December 31, 2011 12:38 AM

@ninfazren
gugel je pun. lol

December 31, 2011 1:00 AM

wei, rindu sambal sotong mak aku wei! adei.

December 31, 2011 1:06 AM

pedas tak? errr. sikit tu je ke nasi kau makan? ke aku yang nampak macam sikit?

December 31, 2011 1:43 AM

@Bella Bell

err a'ah mmg sikit sbb aku silap masak. Dapat sepinggan je. lgpon dari pg dok ngunyah2

December 31, 2011 2:16 AM

kenapa nampak macam sedap? ke mmg sedap atau aku mmg lapar? *tetiba plak kan* :))

December 31, 2011 2:35 AM

WAAAH, tahniah ! Nampak cam sedap. Takziah jugak kalau tak kesampaian :) hihih

December 31, 2011 2:37 AM

pewwiitt dh blh jadi suami ;p

December 31, 2011 2:46 AM

ko alergik sotong ke weh?

tp nmpk mcm sedap jek pulak aku nengok smbl sotong buatan ko ni..

p/s :: aku kalau msk smbl gini pun suke gune sos..kicap tak best la..kang jadik hitam je smbl tu..

December 31, 2011 3:57 AM

kahkah..hg ukur ka halia tu?

December 31, 2011 6:38 AM

syabas betey syabas...

dah boleh kawen dah nih..

December 31, 2011 10:49 PM

wah! arc masak lauk feveret aku! jom kawen! ahahaha

January 1, 2012 2:15 AM

abam panda ni shuwitttla syukew masak2 kite sukewwww.hok hok hok. somehow kan weh aku rasa macam x bestnye duduk dalam campus ni sebab x boleh masak2. seksa oh makan makanan beli. ajinamoto dorg letak ntah bape banyak ntah =_="

January 1, 2012 6:32 AM

Memang calon menantu fav untuk makcik2 di luar sana la ni! =)

January 1, 2012 9:19 AM

satu senduk minyak masak ouh!! gilaaaaa banyak. =.= was is taste good?? nampak menarik!

January 1, 2012 11:58 AM

Tengok gaya sambal tu mesti sedap tu.. Kan dah kecur liur dah ni... Mana la nak cekau sambal sotong pepagi buta camni... adehhh...

Lepas ni boleh la cuba masak resepi lain lak.. :-)

January 1, 2012 3:20 PM

@alice

x kesampaian?

January 1, 2012 3:20 PM

@SweetyMui2

kalau berminat boleh roger. lol

January 1, 2012 3:21 PM

@♥CIK SHA♥

aku kalau mak aku masak pun aku jarang makan sambal itam tu. x selera hahaha. n yup aku alergik natang tu

January 1, 2012 3:21 PM

@k e y r i

ko nak jadi gay berkahwin ketiga Malaysia pulak ke =_=

January 1, 2012 3:22 PM

@tfa_purpleclover

cilinya banyak weh kena guna minyak bebanyak. aku x guna 1 senduk pun tapi aku make sure dasar periuk (ye aku amsak guna periuk) aku tertutup dengan minyak. lepas tumis 15 minit tu kang xnampak dah minyak

January 1, 2012 3:23 PM

@~ Cik Azz Abu Bakar ~

mana nak cekau?
1-masak sendiri
2- beli nasi lemak sotong. fuhhh kat sini xde :(

January 1, 2012 7:11 PM

perghhh sedap :9

January 1, 2012 8:48 PM

agak2 pas ni boleh buat sambal panda x..kikiki

January 1, 2012 10:29 PM

pergh, kau buat aku lapar balik neyh.
haha panda, nmpk sngt time hujan baru kau rjn nk masak...err.haha.^^

selamat tahun baru.teruskan berblogging.dan letak gmbr2 diselar yg awesome2 tue.:P

January 2, 2012 3:29 AM

'maksudnya aku mati sebab alergik makan sotong. Bye' -> tak kesampaian nak tgk hari esok ! :D

btw, lambatnya azam --' bulan 3 tu result spm keluar. errk *takut

January 2, 2012 6:10 PM

@pinyu pjah

panda ialah haiwan terlindung oleh WWF. lameeeee

January 2, 2012 6:11 PM

@Fatin Aliyya

gambar diselar? happy new year jugak^^

Post a Comment

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming