Okay harini ada member share informasi dekat Facebook pasal kad pengenalan mykad yang perlu ditukar setelah seseorang tu berumur 18 tahun. Dulu amsa aku darjah 6 aku tahu lah memang kena tukar lepas tu akak aku cakap takyah, sekarang website Jabatan Pendaftaran Negara dah kata wajib tukar, maka wajiblah tukar, mengikut Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 990 (Pindaan 2001) setiap orang yang berumur 18 tahun hendaklah mendaftar semula Kad Pengenalannya sebelum mencapai umur 25 tahun.

Infonya adalah seperti berikut:
SYARAT PERMOHONAN
Pemohon mestilah telah berumur genap 18 tahun tetapi belum mencapai umur 25 tahun.
Pemohon mesti hadir.
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa dokumen sokongan (asal dan salinan) kad pengenalan
Eh tadi aku cakap apa? WAJIB kan? takdela sampai berdosa kalau tak buat kad pengenalan baru ni. Cumanya kalau korang tak buat, sila la bersedia untuk membayar kompaun atau dalam bahasa senangnya, denda, kalau korang tak tukar-tukar lagi sebelum umur 25 tahun. Denda boleh rujuk jadual di bawah
BAYARAN PERMOHONAN PENUKARAN KPP/KPT KE MYKAD DI BAWAH PERATURAN 18 (WARGANEGARA) Permohonan yang melewati mendaftar semula selepas mencapai umur 18 tahun sehingga 25 tahun akan dikenakan kompaun. | ||||
UMUR DIKENAKAN KOMPAUN | BAYARAN PERMOHONAN (RM) | BAYARAN PROSES (RM) | BAYARAN KOMPAUN (RM) | JUMLAH BAYARAN (RM) |
SEBELUM 27 THN | 10.00 | 10.00 | 20.00 | 40.00 |
27 THN TETAPI SEBELUM 28 THN | 10.00 | 10.00 | 40.00 | 60.00 |
28 THN TETAPI SEBELUM 29 THN | 10.00 | 10.00 | 60.00 | 80.00 |
29 THN TETAPI SEBELUM 30 THN | 10.00 | 10.00 | 80.00 | 100.00 |
30 THN TETAPI SEBELUM 31 THN | 10.00 | 10.00 | 100.00 | 120.00 |
31 THN TETAPI SEBELUM 32 THN | 10.00 | 10.00 | 120.00 | 140.00 |
32 THN TETAPI SEBELUM 33 THN | 10.00 | 10.00 | 140.00 | 160.00 |
33 THN TETAPI SEBELUM 34 THN | 10.00 | 10.00 | 160.00 | 180.00 |
34 THN TETAPI SEBELUM 35 THN | 10.00 | 10.00 | 180.00 | 200.00 |
35 TAHUN KE ATAS | 10.00 | 10.00 | 200.00 | 220.00 |
Sebab apa korang kena tukar kad pengenalan? Sebab mengikut logiknya, muka kita akan berubah berbanding masa pertama kali kita buat kad pengenalan. Yelah, masa darjah 6 buat kad pengenalan, time tu ada yang berhingus lagi, rambut belah tepi, berminyak Brylcreem bagai, muka guna bedak Johnson&Johnson, sekarang ni dah 18 tahun struktur tulang muka dah berbeza, saiz mata lebih kecik berbanding masa darjah 6 dan sebagainya. Rambut sah-sah la tak sikat tepi, tempek dengan Brylcreem lagi kan?
Aku rasa baguslah sistem camni senang untuk dokumentasikan maklumat terkini rakyat Malaysia. In case ada student hilang ke kat obersi nun, boleh guna gambar IC untuk cam dia. In case ada orang buat jenayah, bila IC dia keluar dekat Berita TV3, senang la orang cam muka dia.
Okay tu je untuk hari ni. Kalau nak informasi lebih pasal Gantian Kad Pengenalan 18 Tahun, boleh rujuk SINI .



32 comments
yes!! first =) aku malas doe nak tuka. sebab sayang ngn mykad skang sebab gamba aku comel *winkwink
laaa..kena tukar ke?rse muka dah hbes comel tyme drjah 6 tuh..rugi la tukar..hahaha..
@tfa_purpleclover
gmba aku x cun wajib tukar ah...haha sbblast akur enew form 4. time tu ic ilang
@chEntA
buat repot polis kata yg lama ilang, keep the old one, pastu buat baru kalau nak sangat hehehheheh
1st komen dipadam sebab spam
okay aku baru tahu. tapi die kasi tempoh selagi belum 25 kan? haha
@k e y r i
lepak lu...sapkok lu....kang dah ujung2 masa jgn komplen lak JPN full la, servis lambat la..lol
dah lame berniat nak tukar..tapi tak tukar2 lagi..
muke darjah 6kelakar..pakai tudung senget benget.hikhik wajib tukarrr ;)))
@fatinrehannayusoff
skang tudung dah pandai kaler warna warni. lol
aku takde kene mengena ngan announcement ini....
ahaha.tau xpe.. tapi nak buat ic paling selamat kena pakai tdung color hitam..kalau takk..
*awk sila tukar tudung. pilih je tudung ape yg ade kat bilik tu *
ehh sadiss je..dah cantik2 dari rumah.smpai sane ken tukar tudung..tak gosok pule tu.. muke pun ikut xde mood mcm tudung jugak. hahaha xD
@zulfikar hazri
benar pernyataan itu
@fatinrehannayusoff
ooo a'ahh lupe lak lol
aku skrng ade 2 ic. ic yg xgune buat jolok2 pintu time pintu terlock
Thanks for the info.
Haha. Skang tgh kat obersi ni haa. Tapi ic still muka masa darjah enam. Hehe. InsyaAllah balik mesia masa summer kang, barulah buat ic baru. 40hengget je.
haha aku tukar ic tahun lepas. umur 20. ic aku buat masa 12 tahun dah terkoyak rabak durjana gila rupanya. asal kat airport je imigresen suruh aku tukar ic.
aku belum tukar ic lagi umo dah 20 dah . hehe asyik tangguh saje . lalau imegresen ke msti kena suruh tukar ic haha
aku rasa aku mmg wajib tukar ic kot sbb muka aku makin lama makin muda.. ahaha <-- kes tak sedar diri
yeay! bulan depan dah boleh tukar IC da,
good bye muka darjah 6 ! haha..
p/s: abam panda, jgn lupa hadiah besday tau..
hewhew :D
@zulfikar hazri
PATI ke weyh? #lame
@arc aku renew sebab hilang gak. mase form1. ic lame pon still ngan aku. haha
tak pernah tukar IC since darjah 6 :O
sebab muka 12 tahun lagi comel dari sekarang.
takde motif langsung. btw, thanks for info.
eh?aku buat yg baru ari tu kena bayar sepuluh ringgit je..tapi tukar ic lama je la..sebab cip rosak..;p
haa btol la wjib tukau.. dok berbalah ngan membr kne tukau ke dak ic lpas umur 21....
ok letew tuka pon. ic aku pon mcm dah nk koyak rabak je.huhuh
@tfa_purpleclover
baguih ah buat kenangan hahha
@yang tersebot
dlu akak aku ckp kena aku gaduh ngan die hahaha
tak pernah tukar.Huhu..matilah nak kena bayar kompaun pulak.Tapi kalau diikutkan,muka tak berubah sangat pun...still babyface macam dulu rasanya ^-^
yo bro, lame gila aku tak folo apa ko tulis. pergh, .com sehhh.. ahsem! :D
yeah...except that I might not know you,
and I have used .com for 2++ years
hahah..sebelum ni xtau akan kena denda.bile kwn ckp kena denda kalo tak tukar lgi sebelum 25tahun,cepat2 gi tukar..
@♛ Nazirah a.k.a Naz ♛
aku balik Malaysia kang umo aku still belum 25. sempat je lg :P
Post a Comment
Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming