Semalam aku langsung tak boleh nak blogwalking disebabkan aku menjalani kehidupan sebagai manusia. Maka maksudnya aku life-walking; iaitu berjalan jalan menghirup udara segar sambil menjalani kehidupan yang best di New Zealand ni.
Pagi-pagi tu lagi dah janji dengan member nak pergi pukul 7.50 am tapi disebabkan Ipod aka alarm clock aku tercucuk dekat headphone pulak maka alarmnya taklah berapa kuat didengari. Dengan itu, aku terbangun lambat dan aku suruh diorang pergi dulu. Bila sampai kat kaunter tiket keretapi, aku pun terus naik keretapi terbabit tanpa disedari yang aku dah salah naik train. Dah sejam naik baru perasan. Dah sampai terminal dah pun

Itupun lepas makcik baik hati kat atas ni sembang-sembang dengan aku. Dalam setengah jam jugakla kami sembang baru aku tau yang aku sesat. Setengah jam tu dia asyik cakap aku ada great hobby la, hensem la, fotogenikla, Malaysia la..macam-macam lah. Last-last aku tangkap gambar dia sebab faham-faham je la dia memang nak suruh aku tangkap gambar dia walaupun segan-segan haha.
Nice meeting you Janette!
Sesampai je kat Harcourt Park, Upper Hutt City, Wellington, aku ternampak insan comel kat atas ni. Bawak keluar kamera tangkap gambau sedas dari jauh. Takleh tangkap dari dekat nanti mak pak dia boleh saman aku. Ni tak kena apa-apa sebab depa tak perasan hehe
Lepastu pergi tengok one-on-one combat. Memang cool gila bila tengok diorang pakai baju zirah besi yang berat caharam tu. Kletang kletung kletang sound efek dia.
Wakil dari US dan New Zealand sedang bermesra-mesraan di atas padang rumput. Tikam dia bro tikam dia bro, aku jerit. Tapi diorang mana faham Bahasa Malaysia.
Tengok pakcik ni penat gila. Semalam temperature tinggi nak-nak pulak diorang pakai baju besi panas tu. Memang masak la. Bayangkan kepala pakcik tu ialah telur, maka dapatlah kita telur goreng.
Haa ada jugak
group foot combat. Tapi yang ni aku rasa bdiorang berlakon je sebab sumpah lawak sangat. Rules dia ialah bila kau kena tikam, kau kena mati. Kena tetak ke, kena libas ke, wajib mati! Dan wajib defend bendera (atau panji) group masing-masing daripada dirampas.
Siot gila pakcik tu pedajal pemegang bendera sendiri. Time tu pakcik tu memang dah takde orang dah kat side dia. Kena kepung dengan opponents lak tu.
Okay mesti korang nak tengok
jousting tu apa kan? Haa yang atas ni semua kita tak panggil jousting sebab jousting ialah aksi macam dalam filem Inggeris yang knights naik atas kuda, lepas tu dia tikam pihak lawan guna lance (tombak) ataupun trident (tombak).
Cool gila! Gadis-gadis di luar sana sila bayangkan diri anda diselamatkan daripada raksasa oleh pahlawan dekat atas ni. Agak-agak lepas tu ada aksi-aksi melutut sebelah kaki dengan diiringi bunga ros dan puisi-puisi indah tak? wahaha
Ka-POW! Bunyi tombak diorang patah. Tapi tak menepati citarasa aku sangatlah benda ni sebab aku nak yang guna tombak besi betul-betul punya. Lepas tu bila opponent dia jatuh, diorang sambung lawan atas tanah. Ala macam cite Merlin TV3 tu..
Ni kan blog aku, tak sahla kalau takde gambar aku mengkamera-lacurkan diri. Nak-nak pulak lepas Ms Janette cakap aku fotogenik. Fotogedik ada la kot.
Sekian.