ENTRI PERSONAL
Berikut ialah situasi situasi yang mungkin korang sendiri pernah lalui. Ini apa yang aku nampak lah..tak tahu pulak korang nampak apa. Almaklumlah situasi tak sama untuk setiap orang. Btw, gambar makcik tua digunakan hasil carian google dengan keyword makcik tua; bukan kerana si pelaku dalam kisah kalini ialah makcik tua sahaja. Orang muda yang buat benda ni jadi annoying sebenarnya
SITUASI SATU
Ini ialah sangat awkward bila orang menyuruh sesuatu yang di luar kemampuan bidang. Okay ini sebenarnya tak boleh diapplikasikan sangat sebab setakat tengok komputer bukan susah pun..sangat senang
Kau pergi rumah dia dan kemudian
tengok je la. Lepas tu cakap "Ni Mak Jah kena hantar kedai ni". Setel. Di samping tak perlu buat servis free untuk di masa hadapan, anda juga dapat membantu pembangunan ekonomi setempat. Kalau semua benda free atas dasar ehsan sampai bila perniagaan nak maju ye tak? Ini ialah universal rule; kita hidup saling bergantung and nothing comes free termasuklah nak buang air besar pun kena bayar RM2 di Menara Kuala Lumpur.
Tapi, point aku nak cakap harini sebenarnya ialah situasi di bawah ini yang berlaku kepada aku dalam beberapa entri lepas.
SITUASI DUA
Sesetengah orang, bila tak puas hati dan panas punggung, dia akan attack personaliti penulis blog. Salah satunya ni lah, point aku study course Psychology. Entah kat mana dosa study benda alah tu pun aku tak tau. Kursus ni langsung tak membantu kau memahami kod HTML dan CSS mak nenek tu so apalah kaitannya dengan blog. Kalau ada pun, ialah apabila aku tulis sesuatu berkenaan Psychology. Sila rujuk tab
Isi kandungan untuk melihatnya,
Rasanya aku tak pernah keluarkan fatwa "pakar psikologi mengatakan bahawa sekian-sekian akan bertindak sekian-sekian kerana sekian-sekian". Takde kan? Aku tak pernah bangga aku study mendalah ni sebabnya aku tau apa yang korang belajar jauh lebih susah dan hebat daripada apa yang aku tuntut kat sini. Bergantunglah dekat tahap masing-masing. Dalam konteks yang sama, aku tak pernah pulak kata kursus aku ni lebih bagus dari hospitality ataupun cullinary ke apa. Semua susah. Kalau tak susah tak belajar la namanya ye tak?
Lagi satu sebab aku selalu elakkan topik ni kalau orang tanya ialah ayat ni
wajib keluar "Ohh, jadi kaunselor la ni ye?". People, ketahuilah Bsc Psychology prepares you almost nothing to counselling (for me). Plus, orang macam aku nak jadi kaunselor? Big LOL for that. I know who I am. So, apa kerja aku nanti? Err kenapa kau nak concern pasal tu? Let the future me thinks about that. Thanks.
Di bawah payung tajuk entri yang sama, aku nak jugak cakap yang ianya sangat annoying bila orang judge seseorang itu daripada apa yang dia study. Contohnya:
ataupun ayat yang keluar ialah seperti "eh adeke nurse lelaki?: bagi mereka yang mendapat kursus kejururawatan
ataupun ayat seperti "oh, macam dokter la tapi gaji kurang sikit kot?"
ataupun ayat seperti " oh kamu kerja macam suami anak Mak Jah la, tapi sekarang dia tak buat kerja macam ni dah. Senang dah dia pakai kete besooo"
Pfft..apa salahnya kalau ayat yang keluar berbunyi "
Hebat kamu ni Seman, boleh le buat calon anak menantu". Itupun kalau anak dia cun la. Besar tapak tangan nyiru Seman tadahkan haha.