1 Syawal - Aidilfitri di Wellington New Zealand

Sehari tak update blog memang tak sah walhal assignment due Selasa ni, siap dengan combo 2 tests. Takpe la kali ni tayang gambar je sebab aku malas nak siapkan semua draf yang dah taip berminggu-minggu lepas. Walaupun kami duduk di New Zealand, tapi kami juga ada semangat raya! Ye, kami raya lambat sehari. So?


Kalau dekat Malaysia ada aktiviti menukar langsir sempena Raya, semalam aku ada jugak buat aktiviti tu..cumanya aku tukar shower curtain bilik air je sebab dah bertaik lalat. Kalau tengok betul-betul entah-entah taik tenuk pun boleh dijumpai agaknya.

Anyway, back to photos. Gambar-gambar adalah dicuri daripada album sendiri dan juga album kawa-kawan yang dihost-kan terus dari Facebook untuk menjimatkan ruangan Picasa Google aku. Disebabkan gambar adalah dicuri daripada Facebook, maka ianya akan kelihatan pecah-pecah sikit. Dan, gambar sebelum solat sunat Aidilfitri tiada sebab sibuk bertakbir... dan solat. Duh.

Menghadiahkan Pensel HB Sempena Hari Jadi

Zaman makin berubah dan sekarang trend pada hari jadi ialah menghadiahkan pensel HB untuk meraikan hari jadi. Bila tiba hari jadi, secara umumnya, seorang manusia normal akan memeriksa 2 benda iaitu handphone dan juga Facebook untuk melihat ucapan daripada kawan-kawan. Kalau tak dilayan dikata pulak sombong

Maka korang pun periksa lah ucapan dari kawan...

kajian kes facebook 38

Ucapan pertama - "Selamat hari jadi, kawan. Moga panjang umur dan murah rezeki. Ada murah rezeki bolehlah belanja aku makan". Simple dan penuh bermakna dalam nada gurauan yang diterima daripada kawan sebaya

Ucapan kedua - "Happy birthday hun, hope you have a blast one". Wallpost ini datangnya dari kenalan rapat yang tiada hubungan intim dengan si penerima. Okay fine, dia sosial sikit maka begitulah ayatnya

Ucapan ketiga - "Selamat hari jadi bro! Moga hidup diberkati Tuhan!". Ucapan ini diterima daripada member kolej yang kaki drift. Seliar-liar beliau sempat lagi mendoakan kesejahteraan member dia sempena birthday

Ucapan keempat - "Ke hadapan bakal adik ipar, happy birthday dan study rajin-rajin". Ini ialah ucapan daripada bakal kakak ipar yang awesome

Ucapan kelima - "HB!!" - Ucapan ini datangnya dari alien. Entah apa maksudnya tiada siapa yang tahu. Mungkin sekali beliau tensi tak dapat jawab soalan peperiksaan dengan pensel HB sebab sekarang wajib guna pensel 2B.

Jalan-Jalan Cari Lemak - Empire Auckland

Okay satu lagi tempat makan yang aku rasa menarik. Haritu pergi pun secara tak sengaja sebab tetiba rasa lapar-lapar manjadi tengah malam. Tempat kali ni nama dia Empire dan menyediakan makanan halal. Seingat aku papan tanda dia bertulis Thai and Malay Cuisine. Tak taulah kalau aku silap


Setelah dicuba untuk Google tempat tu dan tak dapat dijumpai, maka aku dah tensen untuk cerita pasal lokasi dia. Kalau korang datang Auckland, make sure makan dekat sini dengan harga berpatutan despite of the fancy-looking place. Tak fancy mana pun okay je. Kalau datang Auckland, tanyalah member-member yang ada bagaimana ke tempat ni. Aku ingat jalan, tapi Google tak membantu. Anyway, proceed terus ke gambar makanan


Ni Spring Rolls. Ada 8 ketul harga berapa entah tak ingat sebab member aku yang beli. Rasanya sekitar $6 kot? Ye adik-adik, jangan tanya kenapa member aku datang tempat tu untuk beli popiah . Aku tak faham jugak tapi asalkan dia bahagia okay la tu

Pengalaman Ngeri Atas Bas New Zealand

KISAH BENAR

Minggu lepas masa aku turun daripada pesawat JQ273 dari Auckland ke Wellington, aku terus naik bas yang menghubungkan lapangan terbang dengan pusat bandar. Peh skema gila ayat. Dalam bas tu agak penuh so tak ada seat yang kosong. Jadi lepas campak beg besar aku terus menghenyakkan punggung di atas kerusi sebelah seorang lelaki yang berusia lewat 50-an

Peh ayat novel pulak.

Selepas beberapa minit bas bergerak menuju ke city center maka bermulalah sesi perkenalan kami yang sungguh romantik ibarat novel Twilight yang tak reti-reti nak habis tu. Kitorang mulakan perbualan dengan tanya khabar, blabla benda normal perbualan seharian untuk orang asing. Takkan aku nak sembang pasal blog dengan dia pulak. Nama pak cik tu Arthur. Aku kenalkan diri aku sebagai Ashton Kutcher


Rupanya pak cik tu dia melawat Wellington untuk harini sahaja sebab dia baru beli kereta Mitsubishi daripada seorang penjual online. Lepastu dia nak drive balik ke Hamilton, iaitu 6 jam daripada Wellington. Minimum

Pung pang pung pang sembang lagi pasal cuaca, pasal study, pasal kerja. Blablabla, pasal Malaysia, pasal Wellington, Christchurch, gempa bumi, Pokemon, angin, sejuk. Sampailah kitorang diam dan hanya 10 minit daripada Central Business District, tempat aku turun. Tiba-tiba dia tanya soalan yang lagi susah daripada soalan SPM.

Arthur: Well, Ash, do you know Jesus?

Pelajar Malaysia Ditelan Jerung Gergasi NZ

AUCKLAND, 22 OKT - Perwakilan Pelajar Malaysia (MSD New Zealand) hari ini dikejutkan dengan berita seorang pelajar Wellington New Zealand ditemui di dalam mulut seekor ikan jerung gergasi berukuran sehingga 16 meter.

Jerung yang disabit kesalahan membunuh dengan niat tahap 1 itu dipercayai berasal daripada spesies Megalodon yang dipercayai telah pupus sejak 1.5 juta tahun yang dahulu. Namun begitu, masih terdapat saintis dunia yang masih mempercayai akan kewujudan haiwan raksasa ini berdasarkan kajian yang mereka lakukan. 

mangsa jerung gergasi

Mangsa yang ditemui telah dikenal pasti oleh pihak forensik New Zealand sebagai Abam Panda, seorang pelajar jurusan BSc Psychology dan BA Educational Psychology di Victoria University of Wellington ditemui di Kelly Tarlton's: Antarctic Encounter Underwater World yang taerletak kira-kira 15 minit perjalanan daripada pusat bandar Auckland.

#WW Mohon Share Mohon Share MOSH


Jalan-Jalan Cari Lemak - Mamak Auckland

Okay harini aku dah ade kat Auckland. Sebenarnya dah ada di Auckland sejak semalam lagi tapi takkanlah datang-datang rumah orang terus nak mintak password internet ye tak? Anyway, kitorang baru balik daripada jalan-jalan berbuka puasa dan singgah di satu tempat makan yang menarik


Nama tempat makan tu ialah Mamak Malaysia dan semestinya ia menawarkan makanan Malaysia. Walaupun nama kedai tu "mamak" tapi tokeynya ialah seorang uncle Cina yang ramah dan rajin bersembang

Dalam gambar atas ni ialah Nasi Lemak Daging yang berharga NZD12.50. Member aku tak habis makan sebab sebelum tu tadi kami dah makan di tempat lain so agak kenyang. In case ada orang bertanya, NZD12.50 ialah bersamaan RM30.50

Mengembalikan Budaya Menghantar Kad Raya

Harini aku nak bangga sikit sebab aku dapat kad raya daripada orang jauh. Orang Malaysia. Rasa macam artis pulak ada orang hantar kad raya. Tapi lebih elok kalau kau hantar duit raya sekali. Almaklumlah, umur aku baru 13! Malas nak merepek malam ni, isu Maybank pulak sedang diselesaikan oleh twitter @MyMaybank petang tadi. Hohohoh

Surat Cinta Untuk Pengarah Urusan Maybank- SOLVED

Bank Malaysia VS Bank Luar Negara. Nota penting: Walaupun ada part dalam entri kali ni aku buat nada gurau, sebenarnya aku tulis dalam nada yang sangat beremosi dan serius sampaikan kucing jiran sebelah tak berani lalu depan tingkap aku. Juga, kepada adik-adik yang bakal menduduki SPM tapi tak reti-reti nak study tu, ini bukan format tepat surat rasmi

logo maybank

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Papanda Jadian
209A The Terrace
Wellington City 6011
Wellington
New Zealand
____________________________________________________________________
Pengarah Urusan
Maybank seluruh Malaysia                                                                               19 OGOS 2011

Tuan,

Rayuan Untuk Meningkatkan Prestasi Pengurusan M2U


Merujuk perkara di atas, saya sebagai pelanggan Maybank yang dah 4 tahun menggunakan servis hampeh ini akhirnya tidak tahan lagi dengan servis bank yang perasan dirinya merupakan bank utama di Malaysia. Secara umumnya surat blog ini ditulis untuk mengomplen tentang servis caharam dalam beberapa domain ini.
#1 SISTEM TAC NUMBER YANG BENGAP
Sistem TAC number ialah sistem yang menghantar kod nombor tertentu sebagai pengesahan (password) kepada pengguna M2U untuk mengelakkan akaun pengguna dicerobohi anasir tak baik, ataupun dari pengguna itu sendiri yang dungu piang gemar sangat klik link M2U pada email spam.

Bagi saya sistem ni merupakan sistem yang bagus, untuk budak-budak. Yelah, budak-budak kan telefon melekat doploh pat jam dekat tangan, maka senanglah untuk diorang check TAC number request yang slow nak mampus sampai ke telefon tu

Video Release Tension Semasa Buat Assignment

SHORT UPDATE


Semasa aku taip benda ni sebenarnya aku tengah tunggu sahur di sambil emnyiapkan assignment yang masiha da 300 words untuk dihabiskan. Padahal besok due pukul 4 petang. Ada lebih kurang 13 jam lagi sebelum deadline. Anyway, aku terlalu tension dengan internet yang tetiba tak compatible dengan journal article search dan PSYCINFO

Google Scholar pun kadang-kadang slow. Naik bengang aku. So, bila kita bengang, kita layan video youtube yang best!


Okay, video ni bukan video Nyan Cat, tapi sesuatu yang lebih awesome

Video Klip dan Lirik Rasmi Max 24:7 - Cinta

Dah lama akak tak muncul dan menggosipkan orang kan? Akak tau mesti korang tengah rindu dekat akak. Akak rasa last aritu akak jumpa korang dekat kisah Cara Memilih Wanita Terbaik kan? Okay alkisahnya harini, akak ada dengar berita hangat lagi daripada kumpulan ala-ala K-Pop buatan Malaysia ni. Ala yang ada gambar hangat tu..

mpop max24:7

Hangat kan? Okay, dengar alkisahnya diorang ada keluarkan video klip lagu yang bertajuk "Cinta".  Korang pernah dengar lagu Rebecca Black yang dah dikeluarkan daripada senarai video Youtube tu kan? Nak tunjuk link lama pun tak boleh dah sebab Youtube dah buang video tu walaupun view dia sangat banyak tapi komen haters juga sangat-sangatlah melampau banyak.

Okaylah, untuk K_Tard kita kali ni, jom tengok video klip rasmi Max 24:7 - Cinta. Sediakan beg kertas dahulu disisi korang ye, akak tak nak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan elektronik yang bakal berlaku kerana litar pintas.

Antartic Blast membawa salji ke Wellington

First sekali turun salji ialah pada malam semalam di mana waktu tu aku tengah kerja mencari nafkah menyara ank bini. So, aku hanya dapat tengok salji daripada tingkat 7 perpustakaan Victoria University sahaja, Tapi memanglah boleh nampak daripada atas yang orang excited gila masa turun salji tu


Okay gambar buruk sikit sebab guna Ipod Touch saje. Ini gambar semalam, tak lebat sangat, yang harini punya lebat gila. Macam blizzard pun ada. Kalau korang tertanya-tanya kenapa rakyat Wellington pelik sangat yang salji turun, korang kena tahu yang Wellington bukan tempat yang bersalji. Penurunan salji ni merupakan satu fenomena yang pelik.

Kehebatan Hero Tamil Rajinikanth Undefeatable

Hero Tamil, lebih-lebih lagi RajiniKanth, memang terkenal dengan aksi berlawan Tamil diorang yang terkenal tu. Kalau tak orang jahat patah riuk, mesti empat lima orang sekali terbang sekaligus

Gambar dari Review Chandramukhi
Tapi ternyata Rajinikanth memang lebih awesome daripada mana-mana hero Tamil mahupun superhero Malaysia yang tak berapa menjadi seperti Pepaya. Tengok video bawah ni




Himpunan Pantun Bulan Puasa (Ramadhan)

Sesekali buat himpunan pantun bulan puasa seronok gak. Dulu masa sekolah, ustaz aku cakap, time buang air besar, tak elok tengok kemaluan sendiri dan juga najis sebab nanti akan melemahkan daya ingatan. Sebaliknya, mainlah Gameboy ke, baca komik ke takpun bernyanyi-nyanyi comel di dalam jamban. Disebabkan itulah, aku bawak Ipod Touch masuk
Lepastu orang kata, masa buang air besar lah ilham banyak datang. Serius! Maka bila ilham datang, dan twitter hanya berada di hujung jari dengan menggunakan WiFi percuma Victoria University of Wellington, datanglah idea mengarut himpunan pantun bulan puasa yang diubahsuai daripada pantun tradisional melayu KOMSAS..

pantun puasa1

Kamus Pelik - Metamoron


In psychology and other related subjects, being aware of one's memory is termed as metamemory, being aware of one's emotion is called metaemotion, and being aware and conscious about one's thinking is named as metaawareness.


The main essence up to this point here is, meta-X means being aware of one's X. Please take note, adik-adik. It is one of the basic things that you need to know to memorize these psychological thingy.

Now that you have known the basics, let me introduce you to another term that I've just came up with about a few seconds ago. It is called metamoron, which means, the awareness of one's being moron, stupid, and some other condescending synonyms that you could think of - ones that are related to this term. It doesn't have to be that specific actually, and you could always substitute the word for things like duckface, Edward Cullen, or Twilight.


One of the skill required in this metamoron thing is the ability to being aware of self condition not to being moronic. It sounds easy but believe me, I have seen many of us trapped in the abyss of moronification (again, made-up word) and not even doing anything about freeing themselves from such jeopardy.
HOW TO BE METAMORON AND AVOID BEING A MORON

3 Contoh Irrelephant

Dalam bahasa Inggeris, irrelevant bermaksud sesuatu yang tidak berkaitan, ataupun tak patut. Menggunakan konteks yang sama, ,Irrelephant adalah bermaksud sesuatu yang tidak relevan pada magnitud gajah. Sangat tidak relevan. Tapi ini definisi aku ubahsuai sendiriLihat maksud lain disini


Kenapa aku nak tulis pasal irrelephant ni? Sungguh tidak relevanlah topik ni pada bulan puasa! Salah, bulan ni lah paling relevan sekali kalau nak tulis apape pasal irrelephant.
PENGALAMAN AKU PASAL IRRELEPHANT
Zaman matrik Melaka dulu aku ada member. Selepas beberapa lama berpisah dengan penuh syahdu dan air mata (tipu) dari kolej matrikulasi, pernah sekali masa bulan puasa kami jumpa balik dan berbuka puasa bersama-sama. Member aku tu, mari bagi nama Ainan (nama tipu), bawak member dia lagi sorang. Kami malam tu berbuka di Chicken Rice Shop The Mines, Serdang.

Identiti Mak Cik Hajjah Sitt-Alwuzara Terbongkar!

First sekali, tahniah Gaysec, sebuah badan hackers yang berjaya membongkar identiti Mak Cik Hajjah Sitt Al-Wuzara ni. Setelah sekian lama kitorang menunggu siapa sebenarnya makcik ni, akhirnya kini dapat tahu. Kalau korang tak tahu siapa dia ni dan apa yang dia buat di bawah nama Mak Cik Hajjah Sitt Al-Wuzara tu, boleh tengok sini

Arlene Tan ialah Mak Cik Hajjah Sitt Al-Wuzara

Sebelum ni Gaysec pernah post link di Facebook mengenai satu group yang bernama MAFA (Malaysian Atheist, Freethinkers, and yada-yada, tak ingat). Aku share di Facebook dan datanglah 3 orang makhluk Islam membela mereka ni dengan mengatakan tiada paksaan dalam beragama, dan menentang komen aku yang mengatakan "umat Islam mestilah menguatkan kepercayaan supaya kita terhindar dari fallacies ini"

Kek Yang "Tak Boleh Dimakan" Sweet Vanilla Bakery

Haritu kita cerita pasal Aiskrim Yang Haram Dijilat tapi harini kita cerita pasal Kek Yang "Tak Boleh" Dimakan. Ada pun definisi tidak boleh disini adalah bermaksud yang kek ni sebenarnya boleh dimakan. Tapi tak sampai hati nak memakannya disebabkan ianya terlalu awesome! Thanks LiyanaLunia untuk link yang best

 kek barbie doll

Adalah dikatakan bahawa si pembuat kek telah membeli seketul patung Barbie lalu meletakkan icing kek ke atas patung tersebut untuk menambahkan rasa. Gila la kalau korang percaya. Sebenarnya, keseluruhan subjek di atas ialah kek! Dan boleh dimakan! Dan halal sebab dia pakai tudung! LOL .Sumpah aku terkesima gila tengok talent awek ni.

Kuih Tunjuk dan Kuih Menunjuk-nunjuk

Di Malaysia, asal bulan puasa aje, ada bazaar, asal Ramadhan je, ada bazaar. Bagi mereka yang berasal dari planet Marikh, bazaar Ramadhan tu tempat orang berjual beli makanan lah. Kalau malas memasak, bolehlah membuang duit anda disitu di samping memperbaiki tahap ekonomi makcik-makcik yang berniaga disana.

bazaar ramadhan

Juga boleh melihat anak muda berpasangan berpegangan tangan sambil memilih juadah berbuka. Tapi itu cerita lain

Di Malaysia juga ada 2 jenis kuih yakni kuih tunjuk di mana bermaksud kuih yang diperolehi hanya dengan menunjukkan jari telunjuk atau ibu jari anda dengan kata hikmat "Mak cik, saya nak kuih tu lapan biji". Maka, nescaya makcik itu akan membungkuskan kuih serentak dengan korang menghulurkan duit bayarannya.

Akan tetapi, kalau korang menunjuk dengan menggunakan jari yang salah, maka nescaya makcik itu akan menampar korang dengan menggunakan kuali goreng pisangnya

Kuih jenis kedua ialah kuih menunjuk-nunjuk. Kuih ni hanya wujud di alam maya dan tak dapat dimakan. Cara memperolehinya ialah dengan melayari laman blog kepunyaan rakan-rakan yang terlampau rajin menangkap gambar lalu menguploadnya untuk tatapan umum. Membuatkan insan di perantauan berasa lapar. Contohnya:

#WW Ais Krim Yang Haram Dijilat

aiskrim yang haram dijilat

Hukum Korek Hidung dan Telinga Semasa Puasa

Aku rasa aku ada sindrom gila blogging. Masa tengah nak tunggu berbuka puasa pun aku boleh nak menaip lagi sedangkan boleh je kalau tak menaip. Tak pelah disebabkan aku dah penat menghabiskan study nota kuliah maka jom kita tengok 4 Perkara Senang Yang Boleh Membatalkan Puasa. Hukum Korek Hidung dan Telinga letak bawah sekali ya sayang. Sabar.

Entri ni dibuat kerana banyak hukum puasa yang dibuat-buat sampai naik pening sahaya melihatnya
#4. MANDI YANG MEMBATALKAN PUASA
Masa kecik, aku ada dengar member cakap "Weh, mak aku cakap, kalau kau mandi lama-lama, nanti batal puasa tau!". Sebenarnya bukan mak budak tu je cakap macam tu sebab mak aku pun sama. Cuma bezanya mak aku cakap dalam nada yang main-main dan mungkin mak budak tu juga sama cuma budak tu yang salah anggap.

More

SEARCH

TESTIMONI

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran