Awas gambar ini adalah amat ngeri dan bakal menyebabkan anda sakit jantung. Jika anda ialah manusia yang mengandung ataupun mengalami kekurangan sel darah merah, sila pastikan anda membaca blog ini bersama individu lain dengan berbekalkan ubat-ubatan yang sesuai. Segala efek yang terhasil akibat kejutan dan keterkejutan adalah tidak dapat saya tanggung.
Sebagaimana yang korang tahu atau belum tahu, kami pelajar di Wellington New Zealand masih ada yang menghadapi peperiksaan akhir tahun yang penting. Ini ialah amanah daripada rakyat untuk kami belajar sungguh-sungguh dan supaya duit cukai tidak disia-siakan. Jadi, walaupun ada pelajar yang dah pulang dan boleh berhari raya di Malaysia sempena cuti musim panas, ada juga yang masih stay untuk jawab final exam dan ada juga yang memang tak balik.
Jadi yang tak balik ni kami sambut Hari Raya Aidiladha pada hari ini bersamaan 7 November 2011. Ye aku tahu
Malaysia raya semalam entah sebab apa entah New Zealand lambat raya. Namun begitu kami tetap gembira kerana dapat juga mengorbankan seekor lembu. Amaran di atas adalah untuk gambar-gambar di bawah ni