Website Ping Blog Baru BLOGR MY

Okay beberapa puluh bulan yang lalu aku pernah tulis pasal Gengblogger tapi website tu asyik rosak je maybe sebab ramai sangat blogger yang dok ping dan spam discussion board dekat sana agaknya. Tapi minggu lepas aku ada tweet pasal satu website ni yang aku tahu owner dia student Uniten. Well, at least masa aku ada kat sana, dia masih student Uniten. Sekarang ni aku tak tahu lah kan. Dipendekkan cerita sebagai bacan santai di hari Sabtu, ini ialah website ping blog yang baru
Klik gambar untuk tumbesaran sihat
Okay aku tulis entri ni berdasarkan nombor pada gambar lah ya

Logik Sains "Islam" di Page Facebook

Kalau orang tanya aku la kan sebab aku macam sentiasa ada di twitter sekarang ni, jawapannya ialah Facebook makin lama makin bosan. Benda yang sama, takde perubahan kecuali perubahan pada layouts. "Artis" tetap akan post benda yang kurang bijak (amboi sopannya bahasa aku) dan masih dapat beratus-ratus like, orang yang post benda baik tapi tak popular akan dibiarkan, dengan berapa ramai yang berdoa dekat Facebook, golongan yang mengharam dan meng-yahudikan semua benda dan yang paling aku menyampah, jenis yang share benda mengarut.


Untuk pendekkan cerita, dalam Facebook, selalu tersebarnya benda-benda seperti nota di bawah ni
"The scientists have proved that the voice which comes from our heart is "lub-dup". But now the analyzed that it is RUB-DUB-DUB is an Arabic words which means one who made each and everything in the universe, and who has the command on everything. That is "Allah". So it means every heartbeat every heartbeat says "Allah, Allah" (((hit the share((((( - source

Resipi Penkek Sayangi Ibu

Resipi PANCAKE la woi. Ejaan BM merepek sungguh. Bila bangun pagi, perut akan merayu-rayu minta diisi. Dan apabila anda sedang busy, organ yang sama akan merayu-rayu memohon diri untuk ke jamban. Tetapi adalah fitrah jika perut itu minta diisi kerana jika tidak makan kita akan mati. Kalau tak nak mati, sila masak penkek ni yang senang gila woi nak buat sebagai sarapan. Resipi ni untuk kaum Adam supaya mereka boleh memasak sarapan untuk bonda tersayang. Tentu ibu akan berasa gembira jika anda berbuat demikian


Bahan- bahannya berupa...
1 Cawan tepung gandum kasih sayang       1 Cawan susu segar bugar            
2 sudu besar cinta gula biasa                      1 biji telur ayam sakti
2 sudu kecil serbuk penaik emosi               2 sudu kecil vanilla essence
2 cubit manja garam

Doa di Facebook dan "Doa" di Facebook

Haritu aku ada tulis pasal doa di Facebook dekat status aku tapi entah kenapa aku terasa orang yang komen mempunyai masalah membaca walaupun tiada unsur sarkasme yang diselitkan dalam status tersebut. Tapi takpe, kalau korang tak terang dekat status tu, dan aku yakin ramai yang agak tak setuju dengan status tu, meh aku cerita dengan lebih lanjut apa problem aku dengan isu Doa di Facebook ni.


Sebelum aku sambung dengan lebih lanjut, aku nak make sure korang faham yang ini bukanlah hujah yang disokong oleh mana-mana dalil ke pak ustaz ke, imam muda asyraf yang orang selalu dok tweet kalau ada benda nak tanya tu ke (semua benda dia tahu kan? hebat) ataupun aku nak tegakkan benang yang basah mahupun lembap. Ni pandangan sendiri je, kalau tak setuju cakap ah

Pertama sekali, apa definisi "DOA"? bukan DotA ye adik-adik. Since aku takde buku teks masa sekolah agama kecik-kecik dulu, so aku takleh directly quote dari situ tapi ada website ni kata maksudnya ialah
Doa ialah permohonan seseorang hamba terhadap Allah secara terus bagi meyelesaikan segala masalah rohani dan jasmani, dunia dan akhirat sama ada untuk dirinya sendiri atau untuk saudara mara, sahabat handai dan seterusnya untuk kaum muslimin dan muslimat.

Yang Tak Bertudung tu Tak Semestinya...

Sejak aku kembali aktif dekat twitter, antara benda yang aku selalu gila nampak orang 'retweet' ialah pasal isu tudung tak tudung ni. Alah, pasal awek bertudung yang mulutnya caharam, dan awek tak bertudung yang perangainya mulia, suka buat charity yada yada yada , suka 'mengeratkan silaturrahim' di twitter lalu ramai lah yang share dia punya tweet tu kan.


Aku rasa wujudnya orang seperti ni ialah bila dia tak dapat lagi nak cari cara lain untuk boost self-esteem dia. Yelah, society kita ni kan memang meletakkan wanita yang menutup aurat tu di kedudukan yang tinggi jadi in order to make yang tak bertudung ni rasa tinggi juga, kenalah menjatuhkan yang di atas tu. Jadi bila ada benda yang boleh merendahkan martabat yang berada di atas tu, maka yang 'di bawah' akan berasa dirinya naik satu tangga, dan lama-kelamaan tangga yang dia pijak tu akan dirasakan lebih tinggi daripada tangga yang awek bertudung pijak. Tapi kesalahan yang dibuat tu bukannya dilakukan oleh semua yang di atas, segelintir. Macam kerajaan dan rakyat lah metaforanya.

RIP Blanket Man 1957-2012

Pagi ni selepas aku terbangun daripada tidur yang penuh misteri (sebab aku tak tahu macam mana aku boleh tertidur), benda pertama yang aku check ialah jam, kot-kot terlepas Subuh ke. Lepas periksa jam dan masih ada beberapa minit untuk mengeliat macam kucing, maka benda yang wajib diperiksa lepas tu ialah twitter aku dekat Ipod. Di bahagian "news" ada berita yang buat aku terkejut, Blanket Man dah mati.


Untuk pengetahuan korang, Blanket Man ni kira macam icon Wellington sebab kalau korang pernah jalan-jalan dekat city Wellington ni, akan nampak mamat dalam gambar dekat atas ni duduk dekat kaki lima dan kawasan-kawasan traffic lights. Dia hanya pakai cawat dengan sehelai selimut, sebab tu dipanggil Blanket Man. Bayangkan suhu dekat sini yang sejuk gila %^&%^&*^&, dia boleh tidur dekat luar dengan pakai cawat dan sehelai selimut je. Kalau aku dah mati dah

Dan ya, petang semalam (Ahad 3.35pm) dia menghembuskan nafas terakhir pada usia 54 tahun disebabkan penggunaan alkohol berlebihan dan jugak malnutrisi. Aku selalu jugak bila nampak dia, terasa kesian sebab berlawanan dengan Malaysia, manusia di kaki lima di sini susah nak jumpa. Dia je yang ada tapi dia tak kacau orang dan takde mintak sedekah pun

Lirik Lagu Doraemon Versi Indonesia

Masa aku kecik, aku sangat suka tengok Doraemon sebab, eh perlukan sebab ke? Sebab cerita Doraemon tu best dan masa tu pelakon suara untuk versi Bahasa Malaysia adalah sangat kelakar suaranya. VErsi lagu Doraemon yang aku paling suka ialah bila yang opening tu, ada belon banyak-banyak, lepas tu ada Nobita dengan Doraemon duduk atas one of the balloons. So, aku pun try cari lagu Doraemon yang tu dekat youtube tapi terjumpa pulak versi Indonesia. Lawak gila



Jenis-Jenis Fobia Yang Pelik

Fobia adalah salah satu subtopik dalam Abnormal Psychology yang aku belajar 2 tahun lepas jadi sebelum aku tunjuk jenis-jenis fobia pelik mengikut pilihan aku, jom kita belajar sikit apa tu fobia. Fobia (Phobia) ialah perasaan takut yang amat sangat, melampau dan selalunya tak patut pun ada kalau dibandingkan dengan tahap benda yang korang takut tu. Sebagai contoh, kawan korang takut gila dengan darah, walhal tak patut pun sebab bukannya darah tu boleh gigit dia. Faham? Okay tu maksud fobia secara general.


Dan selain tu korang kena tahu jugak yang untuk sesuatu benda tu di-diagnos sebagai "fobia" dia kena mendatangkan ketakutan yang super sehingga boleh mengganggu kehidupan seharian. Contohnya, ablutophobia, takut mandi/bersihkan diri akan menyebabkan orang busuk lalu takde sape nak dekat. Asalkan ketakutan tu boleh mendatangkan kemudaratan kepada fizikal, emosi, atau sosial seseorang, benda tu boleh jadi fobia. Untuk diagnos masalah korang, sila berjumpa psikiatri yang berhampiran. Okay, sekarang kita tengok list fobia yang menarik.

Bahasa Inggeris Website Kerajaan Malaysia

Aku tengok website rasmi Ministry of Defence Malaysia tadi dekat bahagian kod pemakaian (ethical clothing), terus aku rasa perasaan yang bercampur baur. Tak tahulah nak gelak atau nak menangis menengokkan bahasa diorang ni. Untuk pengetahuan korang yang aku baca tadi tu dalam bahasa Inggeris tapi kalau website "bahasa Inggeris" nya ialah amcam screenshot kat bawah ni, aku nak kata apa lagi?


Ni apa yang aku nampak tapi kalau ada yang aku terlepas tu korang carik sendiri lah.

1- LOUNGE SUITE tu menatang ape ntah? Disebabkan aku yakin yang dalam almari aku tu bukan LOUNGE SUITE, maka aku pun Google-image lah benda ni sebab nak tahu. Dan hasil carian Google menunjukkan bahawa lounge suite ialah...

Hantu Toyol Asrama KUSESS 2005

Okay disebabkan hari tu punya cerita Kisah Hantu Unik yang berlaku dekat KUSESS macam dapat respon baik daripada junior-junior yang aku tak kenal, kita sambung lagi cerita hantu kat sekolah yang aku sendiri alami tapi seperti yang aku cerita masa entri lepas, aku tak percaya wujudnya hantu ni. Ini lebih kepada pengalaman misteri

cerita hantu kusess 2

KISAH TOYOL MENGGANAS 2005
Pada entri lepas aku ada cerita yang setiap tahun ganjil, sekolah aku mesti ada mass hysteria pasal hantu hantuma hantum ni. 2005 ialah tahun form4 baru masuk. Budak sebelah katil aku, kita namakan Mael (nama sebenar hampir sama), ialah student baru masuk dorm Cengal 3 dan dia duduk katil bawah. Kami guna katil double-decker time tu tak taula sekarang dah guna katil kapal terbang ke apa. Katil aku sebelah dia je tapi belah atas.

Masa tu sekolah memang tengah kecoh lah ada kes toyol mencurik. Duit hilang la apa la tapi aku yakin yang mencurik tu manusia. Manusia punya susu toyol dapat nama. Kesian toyol. Maka sekolah aku telah mengambil Inisiatif dengan bantuan Ustaz Nordin (ustaz sekolah yang cool gila) untuk buat apa-apa yang patut seperti menabur kacang ke merata tempat sebab dengar khabarnya toyol kalau nampak kacang hijau, dia tak jadi mencuri sebab leka main kacang hijau. Guna ketam pun sama tapi ketam mahal kami tak mampu nak menternak ketam di setiap penjuru dorm.


Pantun Realiti Akademik Malaysia 2012

Tengok blog sana, politik. Tengok twitter pun politik jugak. Korang nak politik atau memperjuangkan hak politik korang lantak lah tapi jangan pulak sampai tempias tu dapat kat orang lain, ye dak? Kesian bebudak lain yang betul-betul nak belajar menabur bakti pada anak bangsa dapat tempias busuk korang tu. Sebelum aku start sesi pantun, korang tengok dulu realiti bebudak kita sekarang.

realiti mahasiswa Melayu
Okay aku rasa rage comic kat atas ni dah cukup terang dah untuk difahami oleh mana-mana side. Sekarang kita berpantun pulak sebab bak kata cikgu gamelan aku dulu, "kita ni orang Melayu, nak menegur pun kena bersopan, berbunga" jadi aku bagi pantun ye

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran