Cerita ni terjadi di perpustakaan Victoria University of Wellington, New Zealand, tempat aku kerja belajar. Jangan ingat negara omputeh takde hantu, diorang pun ada jugak cumanya tak sama la jenis hantu dia dengan jenis hantu kita la kan. Cerita ni diturunkan daripada bos aku, 2 orang. Tapi kesahihan cerita tidaklah aku tau pulak wey sebab aku tak pernah jumpa lagi menatang tu.
Library tempat aku kerja ni kalau tak silap ada 9 tingkat, kalau dikira dengan level 0 (underground floor) yang seram gelap caharam tu, kiranya ada 10 tingkat la ye tak? Okay, alkisahnya bermula bila ada DUA kejadian bunuh diri di perpustakaan tersebut. Aku tanya la sebab apa diorang bunuh diri? Orang kata maybe sebab stress belajar.
Kes pertama aku tak ambik port sangat lah sebab alkisahnye orang tu terjun daripada atas bumbung library tu dan terus landing dekat staff lounge dekat tingkat 3. Aku tak selalu pun jejak dekat lounge room tu..takde masa pulak nak bancuh kopi masa kerja. Bukan lama pun kerja part-time ni. Satu syif hanya 3 jam.
Tapi kes kedua adalah agak menyeramkan sebabnya student yang bunuh diri tu lompat di bahagian tangga utara bangunan, dari atas sampai ke bawah. Untuk fahami tahap kemautan ketinggian tersebut, sila tengok gambar di bawah...
Gambar ni diambil dekat bahagian selatan bangunan. Tangga dekat situ belum ada perlindungan lagi sebab orang tak bunuh diri dekat situ agaknya. Disebabkan bahagian utara dah ada kes bunuh diri, maka diorang letakkan perlindungan kat situ supaya orang tak jadikan tempat tu kawasan terjun bebas stress
Haa ni bahagian utara bangunan. Ada tiub besar daripada level 0 sampai la ke puncak bangunan. Berdasarkan cerita mamat tu terjun dari atas sampai ke bawah lalu mati di tempat kejadian. Maka sejak itu lah...
kedengaran cerita yang ada orang berjumpa dengan "bayang-bayang" mamat tu di level 0. Di level 0 tu ada almari buku yang jenis kena pusing handle baru boleh bukak. Cuba bayangkan kalau kau bukak almari tu tetiba di celah almari terjumpa something? Ada orang yang pernah jumpa benda tu dia kata benda tu tak kacau orang pun, dia hanya muncul sekejap dan lepas tu hilang
| Tempat mamat tu landing. Level 0 |



21 comments
hahaha.
bole wat suprise kat abam panda time dok sorg2 nih...
mesti abam panda wat reaksi comel.
:D
bapak besar library sampai spoloh tingkat. library uni aku 3 4 tingkat je kot. (-_-)
kenapa kalo library je design die ala2 seram eh? takpaham aku. takle ke wat style POPULAR je? smbil cari buku smbil lepak. *hehe*
bace blog ko, teringat kat prinsip kawan aku kalau bab2 hantu ni. "kalau hantu cine,kacau org cina. kalau hantu melayu, kacau org melayu. kalau hantu omputih, kacau omputih je." so, ko jgn risau sbb hantu omputih tak kacau org melayu! hahaha
@haney
HAHAHHA! ape punye prinsip la wey. kalau betul ni bagus ah
kau macam aku. aku pun tak pernah jumpa hantu. kalau boleh memang nak jumpa, tapi secara berjemaah la. kalau sorang2 mahu koma aku nanti.
Bos ko saja nak uji tahap 'keberanian' pekerja dia lettew.. nak tengok takut ke idak... hehe...
tapi hantu org putih tadak yang pakai2 kain kapan apa. ko nayang macam hantu penggal dalam harry potter cukup ah. lawo2 n ensem2. lol
aku tau kau takut jumpa hantu sbb ada fobia fear of uglyness kan? cuba kalu hantu cntik bersih..xdenya kau takut. :D
hahaha setail lo bro
xyah risau la.rilek sudah... :P
kalau jumpa,cakap jer la hi.
@haney
Hahaha LIKE comment ni! XD
ahaha. kau ni pelik la. tengok kes orang histeria pun boleh buat kau menangis weh. cer try satu tengok orang kena histeria pastu kau tolong pegang dia.
and pandang mata dia.
and dia akan tenung kau balik..
kekekeek. masa tu try la lawan mata-siapa-paling-tutup-lambat.
@Hashira Yusoff hantu cantik bersih ajak kawin la lol
@NIZAM sebab lebri banyak buku ancient gamaknye hahahahhaha
@Nazrul Ashraff
hahah amsalahnye tu la aku xpercaya yg histeria tu hasil rasukan hantu
record2!!!!haha
'kawasan terjun bebas stress"
xleh blahh...hahhhahah!
ok la arc, memandangkan ko blm TERjumpa benda tu aku doakan yang terbaik utk kau.
lalalallalal
erk. sbb tu aku jarang nak pergi library..wpun library kt U ktaorg so far xde kes bnh diri..alasan xnak pergi. jauh :P
nanti nak tengok hantu kita gi sama2. blik Nanti roger aku...
p/s aku jln dalam hutan gelap2 setakat ni belum jumpa hantu lagi.
pening aku tengok tangga library ko. sanggup aku jalan jejauh cari lif dalam bangunan tu dari kena naik tangga pusing2...
aku pon sebenarnye tak berapa nak percaya sangat hantu nih... aku caye jelmaan iblis setan je... dorg ley jadik mcm2... bukan hantu je... jadi bende2 lain pomboley...
hantu nih mental je... ape kite bayangkan tu aa kite nampak... so, kalo tanak rase seram... sile bayangkan bende2 yang kiut2, cun2 dan kacak2 bile terasa seram semacam. percaya ahh... u'll feel better. haha. sebab aku penah buat camtu... bahahaha...
hahaha.. selalu kalau in group pun antu akan pilih sape yang die berkenan kot..
ala, takpe kite basuhkan suar awk. hikhik
walaweh ak suka stay kt lib tp nmpknya x leh stay sna selalu ah.seram gak baca ni.x tau la pulak ada suicide kt situ b4 dis.haila.
dlu msa ambik subjek religion ak sllu pegi floor 1, yg bnyk bku agama seram gk situ psal gelap semcam *meremang bulu roma*
=.=
Post a Comment
Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming