Haritu aku ada tulis pasal doa di Facebook dekat status aku tapi entah kenapa aku terasa orang yang komen mempunyai masalah membaca walaupun tiada unsur sarkasme yang diselitkan dalam status tersebut. Tapi takpe, kalau korang tak terang dekat status tu, dan aku yakin ramai yang agak tak setuju dengan status tu, meh aku cerita dengan lebih lanjut apa problem aku dengan isu Doa di Facebook ni.
Sebelum aku sambung dengan lebih lanjut, aku nak make sure korang faham yang ini bukanlah hujah yang disokong oleh mana-mana dalil ke pak ustaz ke, imam muda asyraf yang orang selalu dok tweet kalau ada benda nak tanya tu ke (semua benda dia tahu kan? hebat) ataupun aku nak tegakkan benang yang basah mahupun lembap. Ni pandangan sendiri je, kalau tak setuju cakap ah
Pertama sekali, apa definisi "DOA"? bukan DotA ye adik-adik. Since aku takde buku teks masa sekolah agama kecik-kecik dulu, so aku takleh directly quote dari situ tapi ada website ni kata maksudnya ialah
Doa ialah permohonan seseorang hamba terhadap Allah secara terus bagi meyelesaikan segala masalah rohani dan jasmani, dunia dan akhirat sama ada untuk dirinya sendiri atau untuk saudara mara, sahabat handai dan seterusnya untuk kaum muslimin dan muslimat.Tapi apa yang dilihat zaman sekarang ni doa bukan perubungan secara terus manusia dengan Tuhannya tetapi ialah perhubungan manusia dengan Tuhan dengan melalui Fesbuk. Agaknya kalau banyak orang like, doanya lebih dimakbulkan. Agaknya lah kan, tapi kalau bab doa-doa ni memang ramai gila yang like. Bila bangga nanti sebab orang like, apa fungsi doa tu agaknya. Sebagai bermegah-megah?
![]() |
| Gambar hiasan |
Dalam Facebook, aku kelaskan doa kepada DUA JENIS
JENIS PERTAMA - DOA BERGUNASesetengah doa di Facebook mengajar kita supaya pada tarikh-tarikh tertentu kita digalakkan membaca doa tersebut. Contohnya lah kan, doa awal tahun, doa Maal Hijrah, doa masuk tandas, doa makan, doa tengok cermin dan sebagainya. Doa-doa yang macam ni sangat bagus untuk dipelajari, diamalkan dan juga dihafal.
JENIS KEDUA - DOA ORANG TAK GUNA#1 -"Ya Allah, aku bersyukur kerana dihadiahkan sebuah Lamborghini oleh papaku yang awesome. Semoga dipanjangkan umurnya"
#2 - "Ya Allah, semoga dimurahkan lagi rezeki untuk ke France lagi tahun depan"
#3 - "Syukurlah kerana kami dah 5 tahun bercouple tapi tak pernah bergaduh lagi. Kalau bergaduh pun tak melarat mana sangat. Semoga hubungan ni terus diberkati Allah"
Adik-adik, kalau korang nak berlagak, go on je straight to the point but you dont have to perverse God's name in order to do that. Doa jenis kedua ni senang je nak detect, kalau kau baca tapi tak mendatangkan apa-apa faedah dekat korang, maka ini lah jenis kedua. yang aku cakapkan tu. Yang contoh #3 tu lagi la ironi habis.
Ada orang cakap doa camni sebenarnya orang tu berdoa ikhlas dan menggalakkan kita berdoa utk orang tu sekali tapi pendapat aku, benda yang boleh mendatangkan riak dengan apa yang kau ada tu, tak payah bagi tau dekat orang ramai lagi bagus
Ini pendapat aku.





39 comments
betul gak...hehehe...kadang2 mcm riak plak syukur dpt mcm2 tpi sume mende nak citer kat situ...kalau ajak org doa untuk hapuskan kezaliman yahudi ok gak...
i is agree with this
Syukurlah aku boleh baca lagi blog tengku panda syah III ni. Alhamdulillah. <-- contoh ni ok tak? haha.
i is agree with this
i is agree with this
sgt setuju.
nak berdoa.senyap2 sudah
abam panda kalau berdoa kat twitterjaya? hahahaha
@cik FIFFY maaf saya tidak mengenal apa itu twitterjaya tp sama je la kt mane2 pun :D
@iela abul hoi spam. tampo kang hahaahha
sejak aku baca ko tulis pasal doa tu, aku terus insaf nak buat camtu kat fb.. sebab bila fikir2 balik, betul gak ko cakap.. tulis camtu pun sebab nak dapat like banyak ke? hurmm.
@Siti Safiyyah sbb tu la apa yang aku nampak. Orang tulis doa kt fesbuk ni kalau dpt like banyak kemain dia suka. Nak doa ke nak dptkan like....
nak2 yg cun tu bahahahaha
setuju 14 juta peratus!
@Tengku Panda Syah III cun itu aset utk dapatkan like! haha :D
murahkan lah rezekiku untuk bertemumu kemabalik....
terus aku tgk wall fb aku..
ade tak kategori doa2 orang tak guna...
wakaka..
hahahaha. me gusta. ;P
ada jugak aku bace status doa dorang... kadang-kadang tu aku fikir saje je kot dorang nak menunjuk-nunjuk perasaan perasan bagus...tapi aku tak boleh cakap la... sebab tak tau niat dorang tulis macam tu untuk ape...
@Liyana Lunia. KEMABALIK POMBOLEYYY
@Siti Safiyyah hahahahha harus lahh
hehe..dah lama gila tak update status facebook..selalu aku tulis doa2 ni bile ucap happy birthday kat kawan seIslam je [semoga murah rezeki dan dipnjangkan umur]..kalo doa yg "alhamdullillah,lulus exam" pon ada jgk tulis dulu2..hehe =,=
@♛ Nazirah a.k.a Naz ♛ wish birthday tu bagus la mendoakan orang tanpa menunjukkan riak pada apa yang kita sendiri ada
alhamdulillah exam abis nampak perasaan lega tu. Eh, bukan doa punnn
aku rasa macam aku selalu buat jeh. T__T
finally ade gak org yg sependapat ngan aku. Aku ngan membr aku penah persoal kn bnde ni. For me, facebook bukan tuhan, so berdoa je terus pada TUHAN
hehe.. setuju ngat ngat ngat
gua ingat lepas ni gua nak up video then upload dkt fesbuk.. video berdoa.. kah3
kalau yg jenis suka up status bajet baik n seperti berada di bawah lindungan kaabah cane pulak?cthnya pasal hadis Nabi etc sedangkan pada masa yg sama duk aplod gambar photoshoot tunjuk body
haha..ok..doa yang no 3 tuh xleh blah...sebenarnyaa sesetngah doa dekat facebook tu bkn doa..lebeh kepada luahan hati smbil menagih perhatian ...
kalau riak jadi tak guna la,yg allah trima bila kita ikhlas je...*ape2 pun x elok duga hati n niat org.hehe
weii dlu penah jgk bt hahah kantoii tp lepas aku bce status fb kau ari tu terpikir jgk aku heheh doa2 yg menimbulkan riak ni ssh nk diterima heh
woi..nama baru glamer kemaen lagi..ahaha..
tapi aku suka la entri ni..aku pun ade jugak terfikir cenggitu..ramai beno yg suke berdoa kat pesbuk tu..tak paham aku..
@pikah yang baik haa luahan hati, perkataan yg aku carik2 xjmpe sejak smalam hahahha
Well, salah satu cara bersyukur adalah menceritakan nikmat anugerah Allah itu kepada orang lain. Memperlihatkan sebahagian nikmat adalah termasuk dalam erti kata syukur. Tetapi dalam bab ini, kita mesti berhati-hati, kerana dibimbangi mengundang riya’. Terpulang pada niat masing2. Apapun, bersangka baik lah sebaiknya. Wallahualam :)
Aku stuju ngn kau..kalo dah 2nd type tuh mmg obvious nk mnunjuk dah haa..tp ko kna tmbh lg type doa cth jenis doa cmni 'ya Allah,mudahkanlah exam aku esk'..ni kategori mana lak?haha tp okila sbb nti ramai yg tlg wish gud luck kt dia,wlpon hakikatnya gud luck tanpa mean betol2 pon..lol..so kembali kpd maksud sbnr doa ye,mntak la kat Allah..Dia lah Ilah kita satu satunyaa..
setuju dgn entry nie..berdoa dkat fb kelihatan seperti ingin menunjuk2 dan riak..lebih baik berdoa di tikar sejadah, kerana itu lebih afdhal..=)
@alexa yussida doa exam tu obviously meminta perlindungan dan keselamatan. mesti ade member lain yg exam jugak so bagus le doa tu. Entahlah wey. sebelum post doa, tanya hati tu apa tujuan post kt status
@zafirah says... berdasarkan ayat anda, MEMPERLIHATKAN NIKMAT ADALAH TERMASUK DALAM ERTI SYUKUR
nope, kalau betul bersyukur xyah tayang. tu riak. mcm aku ckp lah, better xyah buat. hewhewhew
biar aku komen sketla..
dlm firasat aku yg cetek ni kn..
1. tulis status tu dgn niat, "eh,korang pon tlg la doa utk aku. lg byk org doakn aku..lg makbul."
2. nk beritahu org len ape yg dlm hti die..xcukup nk mengadu kat Allah je..org len kne tau jugak..
3. tls status..sebab nk tengok brpe ramai orang yg like..tapi awal post psl doa..komen yg penuh kt dlm tu tetibe lari tajuk..hihi
kekadang puas pikir ape nk post kt fb.hehe...yg byk org post, asyik2 tak puas ati ngan org tu la..ngn org ni la..
last2 status fb aku tak update2.. :P
same goes to doa kat twitter. aku pnh tweet psl doa kat twitter/fb pstu kwn aku mrh. die kate doa mesti kat tikar sejadah je ke? haha.
Post a Comment
Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming