Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Resipi Penkek Sayangi Ibu

Resipi PANCAKE la woi. Ejaan BM merepek sungguh. Bila bangun pagi, perut akan merayu-rayu minta diisi. Dan apabila anda sedang busy, organ yang sama akan merayu-rayu memohon diri untuk ke jamban. Tetapi adalah fitrah jika perut itu minta diisi kerana jika tidak makan kita akan mati. Kalau tak nak mati, sila masak penkek ni yang senang gila woi nak buat sebagai sarapan. Resipi ni untuk kaum Adam supaya mereka boleh memasak sarapan untuk bonda tersayang. Tentu ibu akan berasa gembira jika anda berbuat demikian


Bahan- bahannya berupa...
1 Cawan tepung gandum kasih sayang       1 Cawan susu segar bugar            
2 sudu besar cinta gula biasa                      1 biji telur ayam sakti
2 sudu kecil serbuk penaik emosi               2 sudu kecil vanilla essence
2 cubit manja garam


Cara-cara memasaknya ialah seperti berikut

  1. Bangun tido, baca doa bangun tidur dan gosok gigi. Tak payah mandi pun takpe
  2. Campurkan semua bahan kering (tepung, garam, gula, baking powder) dan ratakan dengan garpu
  3. Masukkan telur dan susu, dan vanilla essence dan kacau sampai sebati dan setepu mungkin agar anda tidak menelan ketulan-ketulan yang kurang lazat nanti
  4. Biarkan setengah jam bagi dia kembang semangkuk sekejap
  5. Panaskan kuali tanpa minyak, dan tuang 'adunan' tadi ke dalam kuali, pada suhu 5/10. Kalau panas sangat nanti jadi hitam gila dan kalau haba dapur anda terlalu lemah, sampai tahun depan pun tak masak. Pastikan bahagian atas tidak terlalu lembik masa nak terbalikkan tu takut dia pecah dan menyepahkan dapur. Nanti mak marah
Senang kan? Apabila sudah siap, bolehlah kejutkan ibu anda dan suruh beliau makan. Andai anda masak hangus sekali pun, tentu beliau akan makan. Percayalah.


Atas ni ialah gambar 34 hari breakfast dengan pancake sebab nak habiskan stok susu segar. Boleh nampak la kan perbezaan warna berdasarkan tahap kesabaran. Kalau tinggi kesabaran, cantiklah hasilnya.

Sesuai dihidangkan kepada para bapa juga dan kakak-kakak yang penat jadi kuli masak untuk korang selama ni. Amat sedap dimakan dengan madu. Selamat menyayangi keluarga anda!






26 comments

Anonymous
January 22, 2012 11:46 AM

first!

January 22, 2012 11:49 AM

@Anonymous sila ke kaunter 8 utk ambil hadiah

January 22, 2012 11:57 AM

Memang kena kacau pakai garpu ke?ke kau takde sudu?

Macam serius jugak ye soalan aku nei.hahaha

January 22, 2012 12:00 PM

@NINELYANA wei kau pernah kacau adunan tepung ke x ni? gile ape nak kacau gune sudu? GELAKKAN FAZRENNN

HAHAHHAHAHAHHAHAHAHA

January 22, 2012 12:09 PM

@NINELYANA gelakkan diaaa HHEWHEWHEW

January 22, 2012 4:02 PM

haha..boley tahan jugak ko masak ea...tp ak confuse plak..mane 1 gmba yg the best ea..?so far, good job ! anak mak..hukhuk

January 22, 2012 5:28 PM

ko makan depan laptop ke tu?

January 22, 2012 5:45 PM

@Bella Bell aktiviti harian aku wey hahahha

January 22, 2012 5:46 PM

@budak kacamata tah aku pun xtau yg mane the best sbb bila dah masuk perut, outcome dia sama je hahahha

January 22, 2012 5:47 PM

sejujurnya, x tau nak terus try ke nak gelak lu.. kene bg abg3 bace nih,,

January 22, 2012 6:23 PM

wah...pandai memasak...untunglah mak dia....=)

January 22, 2012 6:38 PM

sedapnyaaaa O.o sedap ke dengan susu ? selalunya dengan madu :)

January 22, 2012 6:47 PM

@alice ngan susu krimer pekat F&N wey! jgn makan dgn susu minum tu HAHHAHAHAHHAHA

January 23, 2012 12:55 AM

aku tak penah reti masak pancake wei..mcm sedap plk tgk hang buat..buat utk mak mertua pon best juge..

January 23, 2012 1:01 AM

pas ni blh la apply jd tukang masak kt umah aku. haha

January 23, 2012 4:29 AM

aku suka gambar pancake yang nombor 3 tu. elok ja color dan bentuk bulat dia..

34 hari brakefast pancake? biar benak??

January 23, 2012 7:25 AM

untung mak,bini pun untung ti :D

January 23, 2012 10:42 AM

@Terbang Bersamaku masak tgk resipi. pandai ape -_-

January 23, 2012 10:43 AM

@AyuE SurihanyOt amboii mak mertua. utamakan mak sendiri dulu oi hahahah

January 23, 2012 10:43 AM

@haney gaji kalau x 5 angka mintak maap la ye wkwkwkkwkwk

January 23, 2012 10:44 AM

@che sakinah sbnanye aku tulis 3-4 hari. typo tu :P

January 23, 2012 10:44 AM

@Tasha lol. skang ni mak jauh, bini pun xde

January 23, 2012 11:47 AM

laa... tengku makan penkek je ke?
istana tak sediakan makanan?
ish3.. mana dayang2 nie?

pandai tengku berdikari... penkek pon bkn senang nak wat... lol..

tahniah r wey. aku pon xreti wat. haha..

January 23, 2012 2:29 PM

@Hansyirah Takezur beta ni bukanlah raja yang kejam. harharhar

Anonymous
January 23, 2012 3:27 PM

pelbagai saiz...

January 26, 2012 8:36 PM

thanks!
nnt bleh try masak utk org2 kesayangan.
nk try letak strawberry jam atas tu, agaknya sedap x?

Post a Comment

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming