Sejak aku kembali aktif dekat twitter, antara benda yang aku selalu gila nampak orang 'retweet' ialah pasal isu tudung tak tudung ni. Alah, pasal awek bertudung yang mulutnya caharam, dan awek tak bertudung yang perangainya mulia, suka buat charity yada yada yada , suka 'mengeratkan silaturrahim' di twitter lalu ramai lah yang share dia punya tweet tu kan.
Aku rasa wujudnya orang seperti ni ialah bila dia tak dapat lagi nak cari cara lain untuk boost self-esteem dia. Yelah, society kita ni kan memang meletakkan wanita yang menutup aurat tu di kedudukan yang tinggi jadi in order to make yang tak bertudung ni rasa tinggi juga, kenalah menjatuhkan yang di atas tu. Jadi bila ada benda yang boleh merendahkan martabat yang berada di atas tu, maka yang 'di bawah' akan berasa dirinya naik satu tangga, dan lama-kelamaan tangga yang dia pijak tu akan dirasakan lebih tinggi daripada tangga yang awek bertudung pijak. Tapi kesalahan yang dibuat tu bukannya dilakukan oleh semua yang di atas, segelintir. Macam kerajaan dan rakyat lah metaforanya.
Jadi, akan muncul tohmahan seperti :
"Eleh yang pakai tudung tu tak semestinya baik, yang free-hair tak semestinya jahat" Betul, jadi kau nak kata kau tak pakai tudung ni baik la?
"Yang masuk video 3gp, VCD Lubuk Tupah tu yang bertudung la" Hah kan dah kantoi tengok VCD tu. lol. (aku tau ni pun daripada Mastika dedulu)
"Lu pakai tudung pun tak guna kalau hati busuk". Macam lah kau tweet benda ni boleh buat hati kau jadi mulia. Ye dak?
Peribahasa Melayu ada mengatakan "kerana lembu setitik rosak susu sebelanga" yang bermaksud, yang buat salah tu sikit je, tapi yang kena kesan dia, seluruh ahli kumpulan. Jadi, aku takde la nak mengatakan tidak wujudnya awek bertudung yang tak senonoh. Ade je. Yang bertudung dekat alam nyata dan tetiba ingat Tuhan tu tak wujud dekat alam maya pun ada. Kononnya bukak aurat di Facebook tak dapat dosa
Tapi tu lah, kita lupa Tuhan ada di mana-mana. Kau buat silap sekali, papp dapat dosa. Kau mencarut (ye, aku selalu buat, tengah usaha memperbaiki diri) papp dapat dosa. Kau minum arak, papp dosa seketul. Kau berzina, lagi seketul. Kau hisap rokok lepas tu hembus dekat kawasan pejalan kaki, dapat lagi papp dosa sebab kau menganiaya aku. Kau bukak aurat? papppapapapapapapapppp dosa sampai la kau tutup daripada pandangan selain mahram. Sila ambil nota bahagian combo papappap tu.
Ye dan jangan lupa, aurat lelaki sama lelaki tu dari atas pusat ke bawah lutut.
Aurat wanita sesama muslimah sama macam lelaki sesama lelaki, tapi untuk wanita sesama wanita beragama lain, auratnya ialah tutup semua anggota kecuali bahagian muka dan tapak tangan.
Tu Tuhan kata, bukan aku yang kata. Kalau kata-kata manusia macam aku ni suka hati lah kau tak nak dengar pun. Aku bukan mak kau nak bagi leteran percuma. Paling tidak pun kau kena bayar untuk dengar leteran aku. Tapi ni Tuhan yang kata, Pencipta Alam, pencipta kau dan aku, dan mak kau.
Tapi kalau mak bertudung litup membelikan anak legging ketat (legging mana ada longgar woi) dan menemani anak ke parti hari jadi di mana bergesel lelaki perempuan tu ialah okay baginya, we see a problem there. Nak-nak bila si anak tu ialah idola ikutan ramai, maka orang ramai akan buatkan dia jadi sebagai contoh ikutan, the exception rule. Orang ikut sebab dia dari golongan minoriti, dan dia awesome dalam sesetengah bidang. Sama je macam yang memegang gitar, tudung atas kepala tu kekadang pelik tapi orang ikut. Dia guna rule yang sama untuk dicontohi
So adik-adik, kita tak perlu nak compare dengan orang yang tak bagus untuk jadi insan cemerlang. Stick dengan bendaa betul, dan amalkan benda baik :)
Update: ye memang la pakai tudung tu tak wajib tapi menutup kepala yang dilabuhkan sampai ke dada tu wajib dan disebut dalam kitab. Jangan buat lawak la kata pakai kelambu pun boleh. Apa-apa kain kalau letak atas kepala automatik orang panggil tudung hatta kau guna kelambu pun. Kau nak guna kotak tutup aurat pun boleh tapi kalau orang panggil kau gila jangan marah. Faham?



45 comments
kehkeh isu tudung ni dh banyak sgt . ini lah itu lah. skrg ni yg penting tanya hati, wajib tak bertudung? lepas tu kalau dah bertudung, jauhkanlah bnde yang dilarang. islam itu mudah. tapi sesetgh dr kita yg menyukrkannya. hamba juga masih khilaf. tapi tang gambar tu mohon jangan nak buat gelak sgt boleh? hibingi polis kang!
'di mana bergesel lelaki perempuan TI ialah '
apakah itu TI? kbai
eh psl zarina an joli xnak komen?
menutup aurat itu wajib.WAJIB. bertudung tidak semesti menutup aurat. tapi menutup aurat sudah semestinya bertudung.
isu ni sampai bila tak kesudah. tapi, semua orang tahu, yang tak menutup aurat tuh berdosa.
@EZAN IDMA tu la aku malas nak tulis sebenarnya tapi benda never ending cmni mmg xleh stop tulis agaknye
gambar tu mesti membuatkan kau IBGIN gelak aku tau
@Liyana Lunia TU la woi TU. ko silap bace ni bahahhaha
hahahahaha...
memang direct hit tuh...hihihi..
wlupn skdr berlapik, tp tau sape yg dimentionkn tuh..
hahaha
kerana nila setitik rosak susu sebelanga... :)
@MyHeart
benerr tu benerrr
@syAzAnA
:)
mungkin ada dikalangan orang yang bertudung itu sendiri yang tak faham konsep menutup aurat itu sendiri.
kalau bertudung, tapi still nampak tengkuk sbb tudung jarang still la tak dikira menutup aurat kan?
:D
@airazulaikha
HAHHAHAHA saja trick tu. kot2 ade org tak perasan. syhhhhh
sampai bebile pun isu ni takkan habes..sampai aku mati, ko mati, dorang yg sebok2 komplen tapi tak insaf2 tu mati, memang takkan berhenti..pendek kata sampai kiamat la kot..wallahualam..
tapi part yang ko kata watpe nak bandingkan diri dgn yg lagi worst tu aku setuju la sgt..nak jadi terbaek banding le diri dgn org yang terbaek..ni banding dgn yg lagi worst @ sama level..memang tak ke mana le..
ko nk cakap sapa 2nd last punya perenggan tu..?
hahaha..
eh..aku yg fikir lain ke..?
aku berminda sempit kah..?
dah yg baju merah tue kemain komen panjang gila.haha.
ah dua2 sama2 tak betul je aku rasa.jaga diri sendiri dahlah.keh keh
zaman bile lagi ni crita ni dah ribu2 tahun dh duk ulang bende same jek
Amboi. comel betei 'akak' bertudung tu. suka aku tengok kening beliau. kah3.
aku selalu gak baca mende2 cam ni. nak2 ayat 'eleh yang pakai tudung tak semestinya baik, yang free- hair tak semestinya jahat'. kalau ko nak fikir cam tu sampai bila2 pun ko tak kan pakai tudung.
emm. yang ko ni bila nak pakai tudung? hahaha. *ok. bergurau je.
arc - gua sebagai bakal guru bm kena peka..sbb tu gua perasan..hahahha
hm, selalu aku baca bende-bende macam ni... tapi kalau tak pakai tudung sah sah dorang dapat dosa...tapi aku tengah memikirkan orang pakai tudung perangai hodoh lawan orang tak bertudung perangai baik...mana nak pilih?
CARA tidak mengHALALkan hukum titik
http://mindalain.blogspot.com/2012/01/persoalan-tudung-bahagian-02.html
Mungkin ada keliruan disini...Cuma mahu tahu kitab yang mana saudara ikuti?
@MindaLain
anda ni bukan mindalain. mindasesat. baca quran bagi abis mek...baru tulis. aku nak cakap lelebih pun takleh sbb aku ni mmg bukan ustaz so xberani nak canang ayat Quran
tapi itu apa yang kita dah belajar la.a. Memang make no sense la kalau kau nak kata rambut tu bukan aurat
@Nazri Hanafiah pilihlah yang memakai tudung dan perangai baik
kerana sesungguhnya wanita itu dikahwini melalui 4 perkara
agamanya
keturunannya
hartanya
kecantikannya
agama 1st
TENGOK SINI WEH AKU DAH TULIS DULU
pappaapaaraaaa..
I'm lovin' it!
hah! hah!
apa2 pon jaga la aurat kita. memang la orang ada kata dont judge book by its cover. but then? btoi ke?
we do judge the book by its cover. tutup aurat tu wajib dan hukum tu dr Allah... peace...
@Hansyitake~
dont judge by its cover? nope. tu utk buku je. tp kalau buku pun cover yang menarik baru mendatangkan minat utk membukak buku tu
Normal la manusia judge ni. Setiap hari kita judge . dah mcm bernafas dah ttibe nak suruh stop mmg xleh sbb benda tu semulajadi haha
@missSenget
tau-tau sendiri dah la wey hahahha
@Tengku Panda Syah III
aku sesat kerana ikut al quran ok kau lagi hebat nampaknya...semoga kau ada rasa malu bila menulis bukan kepada aku tetapi kepada tuhan yang kau sembah!
@MindaLain mek, argument kalau cedok situ sikit, sini sikit tak payah la nak gebang.
haha bukan "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga" ke?
aku tau ni kes apa ni. ni kes Yiying dengan joulie joulie apa tah nama nya tah tu.. haha
@zulfikar hazri annjoulie vaLUCAH hahaha
sebenarnya pokok pangkalnya , takperlu baik yg btudung or tak dok mngutuk or merendah2 kn antara satu samalain . SEPATUTNYA saling menasihati .
tidak menutup aurat itu dosa . semua orang tahu .. so , xperlu saling mengata =)
Hebak panda,aku sokong gak.Btw,aku yg bertudung ni pun sikit demi skit jaga kata kata di alam maya dan alam tak maya.
Thanks You for kata kata berunsur peringatan itu.heee
isu legging tu...
:)
heheh smpai blela isu ni nak berkesudahan ye dok?
memang yg bertudung tu xsmestinya mulia tp yg xbertudung tu pasti berdosa.sbb aurat tu mmg keutamaan dlm islam. semua org tau kan
nak lempang pompuan dlm gamba tu bulih? ahaha
@Amna.Qadeeja
suke suki ko je nak lempang kak fenny. hahahhaa
aku yang part UPDATE tu...
Very interesting... I really like it... Thank you so much...
setiap manusia ade kelebihan dan kekurangan..
orang yang pakai tudung mempunyai mulut laser VS yang tak pakai tudung tapi budi pekertinye sangat mulia= 1-1
yang pakai tdg bermulut jahat atleast die menutup aurat ye dak?? yang tak bertudung tu kononnye baik sangat pakailah tudung baru kau boley challenge pompuan yg pakai tudung tp bermulut jahat tu..barulah 1-0
Ngapa peribahasa tuh "kerana LEMBU setitik..." bukan "kerana NILA setitik..." ek? Oh mgkn nak cerita pasal susu lembu kot. Tp eh susu kambing lg bagus utk kesihatan tau :)
Ngapa peribahasa tuh "kerana LEMBU setitik..." bukan "kerana NILA setitik..." ek? Oh mgkn nak cerita pasal susu lembu kot. Tp eh susu kambing lg bagus utk kesihatan tau :)
Ngapa peribahasa tuh "kerana LEMBU setitik..." bukan "kerana NILA setitik..." ek? Oh mgkn nak cerita pasal susu lembu kot. Tp eh susu kambing lg bagus utk kesihatan tau :)
Ngapa peribahasa tuh "kerana LEMBU setitik..." bukan "kerana NILA setitik..." ek? Oh mgkn nak cerita pasal susu lembu kot. Tp eh susu kambing lg bagus utk kesihatan tau :)
tak wajib pakai tudung labuh sampai kedada..nak pakai tudung singkat paras ahupun boleh...TETAPI kena pakai pakaian yang longgar..
Post a Comment
Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming