Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Alat Solek Wanita, dan Lelaki

Alat solek ialah alat permainan bagi sesetengah wanita. Bagi lelaki, kami hanya ada 2 jenis alat permainan; kalau bukan sukan outdoor (biasanya bola sepak) harus bagi seorang lelaki tu jenis yang suka barang elektronik. Mungkin ada yang hobinya mengumpul setem ataupun mengumpul dendam tapi itu cerita lain lah woi aku malas nak cerita kali ni. Wanita atau gegadis yang dalam lingkungan 20+ ni aku tengok suka benar menjadikan alat solek sebagai barang hobi mereka. Dan bila alat solek dijadikan bahan mainan, akan ada 2 lagi benda yang turut menjadi bahan mainan individu terbabit - muka sendiri dan juga muka buku (atau laman sosial yang lain)

Akak Khadijah Mohd Nor, hanya orang gila yang akan memuat turun video solekannya sendiri. Proses muat turun juga dipanggil download , ialah proses di mana informasi daripada laman sesawang dipindahkan kepada pengguna, manakala proses memuat naik atau upload, ialah data daripada pengguna yang dihantar ke laman sesawang.
Berbalik ke hal mekap, dulu akak pernah share dekat Facebook/twitter pasal awek nama bungayumichi ni yang lidahnya cukup cacat bila buat video dalam youtube. Masa tu aku cukup pelik kenapa beliau boleh hidup dengan bercakap gaya macam tu [link]. Anyway, pagi tadi tiba-tiba teringat dekat nama tu masa buang sampah jadi akak Google lah nama dia dan terdapat idea untuk menulis kali ni. Kat bawah ni adalah beberapa point yang akak rasa akak perlu sampaikan kepada para wanita plastik sekalian sebab obviously, akak tak pakai mekap.

PLASTIK DAN PALSU

Abang-abang yang kat luar sana yang memilih untuk bersama dengan awek mekap dan bukan insan macam akak ni, akak nak tanya satu benda. Ni kat luar ye la korang nampak mekap. Cuba kalau dah kahwin, bangun tidur atas katil, korang rasa korang kenal tak siapa yang tidur kat sebelah tu? Entah-entah rasa nak lari

Akak-akak yang rajin mekap melampau tetebal ni takkan la nak mekap hari-hari walaupun dalam rumah ye tak? Ini ibarat korang beli Mercedes mata belalang, tapi bila dah dapat seminggu baru tau itu kereta Nissan Stanza. Akak bukan nak kata mengahwini seorang perempuan tu ibarat 'membeli' perempuan. Alah korang faham kan apa yang akak kiaskan tu. Semua pergi sekolah kan?

BERAT DAN TAK SELESA
Akak penah tengok awek-awek hardcore mekap, fuh bulu mata palsu, rambut palsu, gigi palsu, mata pun palsu. Bulu mata pulak bukan calang-calang punya bulu mata, ini panjang, lentik tahap bulu mata unta dah. Dia punya tebal, nampak macam berat je. Tak berat ke akak-akak sekalian?

Kawan akak yang kadang-kadang mekap ni ada cerita dekat akak yang foundation tu je kalau pakai kat muka memang lah tak selesa tapi demi nampak cantik, dia sanggup. Akak pelik juga dengan sesetengah orang ni yang kononnya "hidup bukan untuk puaskan hati orang lain" tapi sanggup bersusah untuk nampak cantik di mata orang awam.

TUTORIAL TUTUP AURAT?
Ni akak paling tak faham sejak dulu lagi. Tidak ada satu pun, akak ulang, tiada satu pun tutorial shawl ke mak nenek mekap ke yang mampu menutup aurat walaupun tujuan video tu nak bagi ilmu. "ilmu" ni pulak mengajar orang untuk tayang kecantikan masing-masing untuk tatapan ramai. Haiyo. Akak cakap ni bukanlah bermakna akak ni wanita yang paling baik atas muka bumi ni, cuma akak nak berpesan, berpesan tu kan bagus.

Bukak aurat dah satu hal, tayang dekat orang ramai satu hal lagi, dan pakai pulak yang palsu-palsu tu atas muka lagi satu hal. Korang nak ayat Quran dan dalil-dalil semua sila cari sendiri. Memandangkan blog yang akak tumpang ni nature bahasanya jahat sikit so akak tak letak di sini.

***
Pada pendapat akak lah la kan, lelaki lebih sukakan kecantikan natural tu. Tak mekap dah nampak sejuk je kat mata abang tu. Tak semestinya kena nampak macam Neelofa ke jadah apa ke untuk nampak cantik sebab kan "you're beautiful the way you are".

Kawan lelaki akak pernah luahkan kat akak satu hari ni, kitorang sembang pasal member perempuan yang lain. Awek tu dah memang cantik dah, tapi sejak dia start guna mekap, terus mukanya nampak macam jerangkung. Seriously.






36 comments

February 21, 2012 11:31 AM

setuju! aku suka perempuan yang natural beauty, paling tidak nak mekap pun pakai lipstick je atau lip gloss. biar jiwa ini terbentak bentak nak mengucupnya.. aaaahaaiii...

dah kenapa sembang mcm kat TL ni tah?

February 21, 2012 11:35 AM

Tak fahamla kak... knapa perlu make up depan camera web, sedangkan dah ada cermin?

Err.. memuat turun??

February 21, 2012 11:54 AM

maybe dorang dah biasa nak bermekap tuh wei. tahukan anda, anda boleh dapat keuntungan yang masyuk dengan bermekap jeh. kau hado? ahha. :P

February 21, 2012 12:20 PM

kenapa "akak" ? =,="

aku rasa alat solek orang laki ni mudah je..deodoran dgn minyak atar. dengan gel rambut.

bahahaha

February 21, 2012 1:09 PM

@Zinedine Zaiddin sebab kamu x baca habis ni Jidin. baca pepenuh ye

February 21, 2012 1:10 PM

@aLEEamanina senang record video pastu upload. lulz

February 21, 2012 1:11 PM

~ adeii..agak kompius memula bila bace "akak"..upernyer..si penulih membayangkan kononnyer n3 nih di tulih oleh "akak"..ekekekke..

February 21, 2012 1:11 PM

@zulfikar hazri tu la efeknya twitter...sini bukan tempat nak beramasss mesra mcm kt twitter ye ikar

February 21, 2012 1:12 PM

@orochimaruNM orochimaruNM you must be new here

February 21, 2012 1:13 PM

@orochimaruNM orochimaruNM Google nama akak. konfem jumpa. selamat berkenalan pengunjung BARU

February 21, 2012 2:22 PM

mencapub lettew sb dia sorang pandai mekap. mana tau kak fenny nak kawin nanti, kak fenny boleh la panggil dia jadi mak andam. haha.. :p

February 21, 2012 2:25 PM

akak fenny! rindu~~~ ;p

siyesli..aku pun tak paham nape byk spesis aku suke mekap2 ni..sebab aku tak reti dan tak pakai mekap..takat pakai bedak tabur baby je tempek kat muke..lipstik, lipgloss, maskara, blusher, eyeshadow, compact powder, dan ntah ape2 lagi menatang lagi tah, takde dalam simpanan aku..muke pun selenge je..adakah aku pompuan yang pelik? ah! lantak le..hahaha..yg penting muke natural beauty..eceh..

February 21, 2012 2:48 PM

Dulu kalau nak tgk org make up tebal-tebal ..cuma boleh jumpa pada Pengantin jer...now ni...:)

saya sendiri sebagai perempuan suka lihat yang TIDAK BERMAKEUP....atau make up sikit-sikit kasik tak pucat jer muka..lebih pada tu...mmmm...tak minat sgt kot..;)

maklumlah saya ni org kampung tapi dah dok kat bandor..

February 21, 2012 3:21 PM

HAHAHA.
agak kejam ayat bila nk buang samaph br ingt nama dia.haha.sumph kejam tp nk buat mcm mn dh time tu ko trngt.ngeh ngeh

lg satu kejam - muka cm jerangkung.erk....sian dia kak oi.ngeh ngeh.

ak sbg perempuan - nk bg nsht mekap simple dh,bedak nipis n pakai lah lip balm - x nk bg pucat.ok lah kan.

bab yg palu lg memalsukan cm bulu mata palsu tu ak agak setuju.nmpk cm berat semcm je.ades.hat ni bnyk org pakai tiem wedding2 kdg2 lain benar dr rupa asal.kesian gak ak tgk.huhu.

tima tacih lah kak fenny.u rock :)

February 21, 2012 3:56 PM

aku sbg sorg prmpuan pon tak suke mkup tebal2. sbb ianya palsu! jadi kami suka kan kenaturalan!

February 21, 2012 4:02 PM

hahaha... proses download dan upload...

perempuan nak kelihatan cantik sentiasa, mesti kene make up, tapi makin tebal dorang make up makin nampak macam hantu...takut ah!

February 21, 2012 4:51 PM

saya pun nak memuat turun video mekap saya.stay tune ;p

jerangkung tu hantu kan?? >,<"

February 21, 2012 5:40 PM

saya rasa mekap ni pun salah satu masalah psikologi. yela. kekadang mekap tak bertempat. kenduri rumah jiran sebelah pun boleh mekap kalah nak attend anugerah skrin. hikhik. yang penting beauty with brain kan akak Fenny. :))

February 21, 2012 6:41 PM

aku prefer neautral beauty.. pkai bdak and lipbalm pun samata2 x nak muka nmpak pucat. =D

February 21, 2012 7:30 PM

kak fennyyy!!saya rindu akak..ala,kak fenny xtunjuk ke wajah kak fenny makeup..mesti vogue the vass lgi dri org lain.heheh

eh,sy pon suke pkai bedak2 lip gloss celak semua bila kuar rumah..tpi bukan la tebal sgt mcm nak pergi dinner..kang kalo xpkai bedak langsung kang,semua terkejut pulak =.= itu la fitrahnya perempuan,nak nmpak cantik..

February 21, 2012 7:32 PM

eh nak tambah komen lgi kak.hehe..lawak la perenggan mula2 tu..muat turun video..kihkihkih..intro pon dah lawak..nakal la you nih

February 22, 2012 3:30 AM

bungamiyuchi! hahaha..masih terngiang lagi dgn video make up dia tu..ececececee~ aha..

February 22, 2012 11:12 PM

susah juga ya...cantik ramai yang tergola...tak cantik ramai pula yang kutuk

Anonymous
February 23, 2012 12:23 AM

aku pelik bila tengok orang perempuan lain komen mereka yang mekap tebal2 ni,

"wah, cantiknya mekap"

February 24, 2012 8:41 AM

@Hansyirah Takezur akak mane bole kawin. haram wakakkakakap

February 24, 2012 8:42 AM

@♥CIK SHA♥ rindu kamu juge <3

eleh muka selenge la sgt kamu ni. akak tgk cantik je. biar betul xde mekap? ke guna air smayang je? share la rahsie sikit

February 24, 2012 8:43 AM

@linda@ibusumaiyah@tuttyfruity oh, akak setuju kalau kata mekap xnak bg nampak pucat tu

February 24, 2012 8:43 AM

@Fatin Aliyya wedding?kisah ape...ni mekap harian pakai natang tu. ape bende ni woi hahahha

February 24, 2012 8:44 AM

@EZAN IDMA ni akak x sure kamu bebetul ke memain ni ezan tp akak iyekan je lee

February 24, 2012 8:45 AM

@Nazri Hanafiah ada 2 sebab lelaki kena takut

1-mmg buruk mekap tetebal
2- kos mekap. ah xkan nak buat bini org camni. MAHAL!

February 24, 2012 8:45 AM

@SweetyMui2 gamaknye leeee

February 24, 2012 8:45 AM

@NIZAM always bro, always. nah akak cium sikit

February 24, 2012 8:46 AM

@Hashira Yusoff seperti komen2 di atas, akak setuju

February 24, 2012 8:46 AM

@ema サニ video dia sesuai buat lorno. tgkla video latest dia. menarik

February 24, 2012 8:47 AM

@kak mah ni apa lari topik ni.ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ

February 24, 2012 8:48 AM

@♛ Nazirah a.k.a Naz ♛ betul tu tp bg akak semua org tu dah mmg cantik. xyah nak nampak cantik sgt. nk tunjuk kt sape nye punnnn

errr request tu xleh layan nanti abampanda marah :(

Post a Comment

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming