Pada suatu hari, sekumpulan manusia berasa sangat bosan dengan hidupnya lalu mereka ini pun memutuskan bahawa mereka perlu melakukan sesuatu yang bermakna dengan kehidupan mereka iaitu dengan membuat 1 akaun twitter. Dengan wujudnya akaun twitter maka semua orang akan lebih suka dengan mereka ini dan tentulah mereka akan menjadi popular. Fikir mereka ketika itu.

Maka seperti yang telah diperjelaskan oleh Gustav Le Bon, seorang ahli psikologi, dan sosiologi, berbangsa Perancis, orang yang menggunakan internet ni terasa seolah-olah dia seperti halimunan dan bukan dirinya sendiri (deindividuation). Sekumpulan orang yang membuat akaun twitter tadi pun mulalah berasa seronok kerana apa yang mereka post menjadi trend, ramai orang retweet, ramai orang suka, seronok!
Maka group twitter alpha ini dengan teori Le Bon tadi, mula post tweet-tweet yang kalau di alam nyata, mereka akan berasa malu untuk mengatakannya. Sebagai seorang pemerhati, tweet harian mereka ni di laman yang diberi nama alphajaya berbaur isu:
1- SEKS : Ini merupakan tweet wajibal harian. Setiap hari akan ada ahli pasukan tweet alpha yang akan bercerita tentang seks, atau perkataan yang sewaktu dengannya. Tapi yang paling kerap ialah membuat komen tentang alat genital dan juga "fakta: tentang alat genital yang seronok di share. I mean, bukanlah setiap hari kau pergi kedai mamak dan dengar orang bercerita pasal posisi seks, dan t*t*k (tak guna aku taruk asterisk ni sebenarnya) dan k*n*k
Pernah sekali kelihatan ahli pasukan alpha ditegur dan keluar ayat seperti ini "Saya buat akaun twitter bukan nak buat semua orang happy, saya tak perfect blablabla di mana kebebasan bersuara sekarang ni blablabla"
2- BETAPA KORUP DAN BANGANGNYA SISTEM PENTADBIRAN MALAYSIA/AGAMA DAN BAGAIMANA AHLI JEMAAH ALPHAJAYA LEBIH BAGUS
Ini kerap pada ahli bukan alpha, mungkin pada ahli tahap epsilon ( ϵ ) sahaja. Tapi kalau tiba waktu politik tengah hangat diperkatakan, golongan alpha ialah antara mereka yang tak henti-henti memberi komen tentang betapa gila teruknya sistem pentadbiran Malaysia, jika ada kes tentang agama, pasal fatwa mereka jugalah yang mengeluarkan 'hujah' bagus dan ramailah hamba-hamba bawahan (ahli tahap beta, delta dan epsilon) yang bersetuju. iya, iya, ini lah kebebasan bersuara di alam maya. Apa usaha yang orang buat semua kita oppose dan kita boleh kata apa yang kita mahu
Seorang rakan di twitter memberikan pandangan beliau terhadap sistem twitter di Malaysia:

Berbalik ke alkisah alphajaya dan pembesar alpahanya tadi, pada suatu hari mereka ternampak benda-benda yang menggugat kewibawaan mereka seperti event yang dikelolakan telah dikutuk. Dikutuk dan dikritik, dikutuk lah yang membuatkan mereka panas punggung
Lalu team alpha berhasrat untuk meniup semboyan peperangan keyboardwarrior melancarkan serangan terhadap bukan ahli yang dikatakan tadi, yang mengutuk benda apa entah yang dipanggil twtup. Menurut pembesar alpha, bukan senang mahu memngadakan acara meetup sebegitu rupa
Kerana mentadbir negara dan menegakkan hal agama adalah 'lebih senang' daripada membuat twtup
Kerana mereka menegakkan syiar kebebasan bersuara
Kerana manisnya epal.


17 comments
mari join thetajaya. kebebasan sebenar. lol. menggantikan alpha, beta yang kepanasan punggung. cakap tak serupa bikin maa...nice arcx
Aku pernah rasa nak buat twitter. Tapi kawan aku cakap, tak payah buat la. Dan sekarang aku dah paham kenapa.
Hai saya anon yang pertama
kenapa takde lamda? tersisihnye aku rase sbg student dlm klas lamda ms zmn skolah dulu. hehe. aku takde twitter. sbb aku rase fb pun dh tak privacy, twitter apatah lagi.
kerana manisnye epal? mood KOMSAS ke ape? :))
eh..tak faham la =.= kt pon buat twitter..tpi sekadar sembang dgn kawan-kawan ,lepas tu retweet quote2 yg best-best..tu je..maybe sbb kt tak follow yg lain ,tu yg xbape faham tu =.= xbersosial katekan.hehe
kerana manisnya epal..macam pernah tahu je bunyi ayat tu..tapi dah lupa..lalala
@! Sam Posmen ! aku penat fikir kau eja apa rupanya teta lol. tq2
@pinyu pjah komsas ting bape tah. 3 rasenye. tp xde kaitan ngan isi lol
nie antologi baru komsas ke weh?? serius ayat macam baca cerpen fiksyen. haha.
kena la sangat dengan kerana manisnya epal tu. =,="
" Ahli politik bangang sebab pergi Thaipusam dan Ponggal..bongok punya PM" - kata sorang twitfemes
"Bongok punya korang semangat2 nak pergi Twtup" - kata seorang kaki pencucuk.
" kurang ajar punya budak, ko apahal nak kutuk2 Twtup, xnak pergi gimampus kau la" -- jawab pentwitter alpha itu semula lambang kebebasan bersuara yg tiada terperi lagaknya.
All hail the twitter gods!
tuhan kasta tinggi ada di sana tuuu
TROLOL
-@ixxara_says
Akak tak berapa pandai nak twitter ni.
twtup adalah tempat untuk menaikkan ego pembesar2 twitter.. pergi sana je bajet semua mata menumpukan perhatian pd mereka.. dan mula la berpoyo2 seolah2 kenal semua... wkwkwkwckckckckck
nak tengok twitter bole pergi jauh mana. kahkah.
err, kekadang bebudak twitterjaya ni tak ngam ngn aku. not semua lahh. entah, aku rasa okay jeh kot.
kenapa hantar link pakai anonymous?hm xpe2 hidden tak kisah..thanks ye sudi kena komen :)..hidden follow sini..
Post a Comment
Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming