#Psikologi Tidur: Kesan Buruk Tak Cukup Tidur

Kali ni kita bercerita pasal tidur pulak memandangkan ramai kawan-kawan di twitter seperti tidak faham apa itu kepentingan tidur dalam kehidupan seharian.



FAKTA SAINS


Sekarang ni, kita tahu dalam kepala kita ada otak, dan otak kita pula terdiri daripada gabungan banyak sel khusus yang dipanggil neuron. Tahukah korang yang dalam otak kita, ada lebih daripada 100 billion sel otak  (Book, 1999)? Dengar macam sikit tapi cuba bayangkan sejuta, lepas tu sejuta punya sehuta. Dan darabkan dengan seratus. Banyak gila hoi! Of course kiraan ni saintis bukan kira satu-satu, tapi menggunakan kaedah anggaran saintifik yang boleh digunapakai.

Masa kita berjaga, otak kita sebenarnya dia buat banyak gila kerja walaupun masa kita buat benda yang tak berfaedah seperti tengah mengumpat orang ataupun tengah sembang benda lagho dekat twitter. Even benda yang simple pun menggunakan aktiviti otak dan bila otak kita melakukan tindak balas kimia, dia juga ada tinggalkan 'bahan buangan' antara sel-sel otak. Aktiviti ni berlaku waktu tidurlah. Kajian juga menunjukkan tidur bertujuan untuk menguatkan sel otak dan untuk menguatkan memori (Cirelli and Tononi, 2008). So, stay-up untuk study boleh dikatakan tidak membantu.

BERAPA BANYAK TIDUR KITA PERLUKAN?


Sebenarnya waktu kita perlu untuk tidur adalah berubah dengan umur. Jadi bila atuk awak nak berlagak dengan awak kata dia tidur 3 jam je cukup dan marah korang tidur lama-lama, bagi dia fakta sains ni.

1- Baby baru lahir  akan tidur selama 16-18 jam sehari. Mungkin ibu-ibu yang membaca ni akan menyangkal sebab diorang pernah ada perasaan anak melalak 24jam sehari tapi sebenarnya mereka tidur 16-18 jam sehari tetapi duration setiap sesi tidur adalah singkat. Sebab tu dia terjaga kat tengah malam. (Berk,2006)

2- Remaja, atau budak sekolah menengah tidur 9 jam. Jadi adik-adik, balik sekolah petang tu online sikit-sikit dah la

3- Dewasa, atau yang umurnya dah tak ada "teen" tu, tidur kira-kira 7 jam satu hari. Dan semakin menua, semakin kurang waktu tidur yang kita perlukan (National Sleep Foundation, 2011)

KESAN BURUK TAK CUKUP TIDUR


Okay biasanya kita tengok orang yang jenis tak cukup tidur ni akan sentiasa bad mood kan? Tepat sekali sebab tu lah salah satu efeknya. Selain tu, tak cukup tidur juga adalah menyebabkan:


  • Hilang tumpuan
  • Memori teruk, nak mengira matematik pun susah (National Institute of Neurological Disorders and Stroke, 2011)
  • tekanan jiwa (Mosko, Zetin, Glen, Garber, DeAntonio, Sassin, and Warren; 2006)


Selain tu, kajian yang baru-baru ni ada juga menunjukkan yang orang yang bermasalah dengan tidur menunjukkan manusia boleh mati awal. Hoi aku tak kawin lagi, sebab tu aku tidur awal sekarang. Kajian daripada Cappuccio, D'Elia, Strazzullo, and Miller (2010) buat pengiraan statistik dan diorang jumpa yang orang tak cukup tidur ada peluang lebih tinggi 12% untuk mati awal berbanding golongan yang tidur cukup.

Tapi korang kena ingat, yang  tidur banyak pun tak bagus sebenarnya dan bukanlah semua informasi pasal tidur dah diletakkan dalam entri kali ni. Post kali ni cuma nak menegaskan kepentingan tidur yang mencukupi tu je. Tidur berlebih pun tak bagus sebenarnya tapi itu bukanlah fokus tajuk hari ni. So, mungkin post seterusnya boleh cerita "cara untuk tidur" pulak?

Aku dah gunakan setengah jam masa yang berharga untuk membaca semua kajian psikologi yang dinyatakan di atas ni. Tolong tweet atau klik like untuk sebarkan dia boleh? Terima kasih.

Kbye.

20 ulasan: Leave Your Comments

  1. Aku selalu nak tanya, 7 jam tuh kira 7 jam waktu malam atau campur campur dengan tidur siang pun boleh ?

    BalasPadam
  2. @Adam bin Ahmad kajian menunjukkan tidur terus 7 jam di waktu malam lebih bagus daripada tidur berterabur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allah tidurkan ahlulkahfi lbih 300 th..sunankalijaga wali songo bbrapa thn d tepi sngai
      ..

      Padam
    2. Allah tidurkan ahlulkahfi lbih 300 th..sunankalijaga wali songo bbrapa thn d tepi sngai
      ..

      Padam
  3. aku ni kuat tidur, sejak dari zaman sekolah lagi..adakah aku normal?

    BalasPadam
  4. Bulan puasa ni macam mana nk jaga tido eh? Isyak 11pm, subuh 3.10am (uk version). Tdo asyik terabur, serabut den! Any idea? Cheers!

    BalasPadam
  5. @Mardhiah E Bangunlah kejap je. Yang kata lepas Subuh tak elok tidur tu maybe tak consider perbezaan timezone. Tak semua tempat waktu solat fixated dalam range sama kan?

    BalasPadam
  6. @norinaomar kuat tidur tapi sihat walafiat, pemikiran tak terganggu dan tak mengacau kehidupan, you're fine :)

    BalasPadam
  7. betul! tidur kena cukup jam..

    BalasPadam
  8. Owh patutlah sy selalu mcm hilang fokus kat tmpt kerja dan selalu terlupa bila letak barang..huhhuhuhu...

    tp nk tnye camner supaya kt senang nk tdo...? sy ada masaalah susah nk tdo...huhuhuhu

    BalasPadam
  9. aku terlebih tido.cemana?

    BalasPadam
  10. Rasa bersemangat nak betulkan waktu tidur yg dah terabur bila baca ni =')

    BalasPadam
  11. ohhk.. thanks. nice info!
    part bawah tu xleh blah.. tabik la.. setengah jam je hadam sumber2 tu untuk buat entri nie. thumbs up!

    BalasPadam
  12. patut la math aku lemah gila.. aku tertanya-tanya kenapa aku lemah math...rupanya sebab ni..bukan sebab malas.hahaha

    BalasPadam
  13. Takutnya bila tak cukup tidur...syyhhh akak selalu tak cukup tidur.

    BalasPadam
  14. @Hansyirah Takezur actually aku dah baca lama. Tulis dulu, then carik research articles untuk support :P

    BalasPadam
  15. tapi..dh ada kajian yg mengatakan tidur 3 jam pn dah ckup sebenanya.. #tk igt bce kt ne.. cos sbgai umat Islam kita kn dgalkkan tuk bgn mlm and beribadat. xkn la ALLAH nk suh hmba Dia wt pkara yg mrugikan hmba Dia, ye dok?

    BalasPadam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

TESTIMONI

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran