Membezakan Senyuman Palsu dan Asli

Senyum, satu benda yang sangat mudah. Antara benda yang paling logik kalau kita bertentang mata dengan orang ialah dengan senyuman kerana dari mata tu lah, akan jatuh ke hati dan ikatan dapat dijalin. Yang bermusuh dapat diamankan, yang aman dapat dimesrakan. Tapi realitinya, senang ke dapat senyuman ni? Kadang-kadang kita pandang orang, respons yang biasa kita nampak ialah samada orang tu bermuka toya ataupun pandang tempat lain.

Gambar diterbitkan dengan izin pemiliknya

Fakta bukan psikologi: Senyuman kepada kenalan atau orang yang tidak dikenali tidak akan menipiskan dompet anda mahupun membunuh mana-mana jiwa yang tidak bersalah. 

Dongeng Kanak Kanak: Sumpahan Si Tuntung

Adik-adik, hari ni abang nak bagi satu cerita yang tak pernah lagi diceritakan di mana-mana buku keluaran Didik mahupun Oxford Fajar. Adapun kisah benar ni terlampau menakutkan dan ngeri sehinggakan kerajaan tidak memasukkannya ke dalam kurikulum bersepadu sekolah menengah, mahupun sekolah rendah. Ceritanya bermula dengan...


Kalau Bunuh 140 Juta Muslim dan Angelina Jolie

Pernahkah anda melihat gambar di bawah ni? Sebelum benda ni tersebar lebih meluas dan memberikan perspektif negatif terhadap orang yang kononnya "mengambil" berat dekat Angelina Jolie, meh baca apa yang aku nak sampaikan dulu. Pertama sekali, mari baca komik 'Islamik' tersebut yang diambil daripada sini.
So, 'Obama' dengan 'Bush' tengah berbincang tentang plan untuk membunuh ramai umat Islam dan Angelina Jolie, dan si pemerhati terkantoi tak kisah dengan kematian 140 juta orang tu, and instead, divert his attention to the death plan of Angelina Jolie.

Memancing Ikan Duyung di Auckland Bridge

Lama blog tak berupdate sebab aku malas menaip. Tapi disebabkan ada orang suruh cerita, maka aku ceritakanlah jugak walaupun page Facebook aku dah bersepah gambar untuk orang tengok. Cerita kali ni, pasal mencandat duyung di Auckland. Ramai orang tak tahu sebenarnya yang dekat Auckland new Zealand ni, ada tempat memancing sotong yang agak popular. Walaupun agak mahal, tapi duyung yang korang akan dapat sangat memuaskan hati.


Untuk sampai ke tempat yang strategik, korang kena bayar NZD150 (NZD120 untuk student NZ) sebab almaklumlah, bukan senang nak memancing duyung ni. Spesies yang terancam. Lepas bayar, semalam kami naik ke platform tempat mengumpan ikan duyung dekat tengah-tengah Auckland Bridge tu. Jauh la jugak tapi demi memancing duyung, kami gagahkan jua.

More

SEARCH

TESTIMONI

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran