Victoria University of Wellington New Zealand Graduation Day 2013 - Hari Graduasi Aku

Alhamdulillah, praise to Allah. After 3 years of tears, sweat, and blood-shedding, we finallyreached the end of our time undergraduate students in Vic uni. Life surely wasn't easy for us, but we had each other through thick and thin. I, Asfan Ash (not real name) is now officially a graduate in BSc Psychology and BA Educational Psychology, alongside my 3 friends on my left shown in photo

Photo is actually from Victoria University Facebook page , but I edited it.
Okay berbalik ke bahasa ibunda. Tadi tu intro untuk explain kat international readers. 3 tahun aku duduk sini dan 2 kali jadi amateur photographer untuk seniors setiap hujung tahun, akhirnya tahun ni aku dapat merasa jadi orang yang diraikan. Dan...kitorang ada perarakan!! Sedikit old-fashioned disitu tapi bila lalu di depan orang ramai dengan berjubah semua tu, rasa sangat-sangat diraikan dan terasa ada pencapaian yang disempurnakan.

Soalan Perempuan Lelaki Malas Nak Jawab

Sepatutnya entri ni lebih sesuai kepada "soalan perempuan yang aku malas nak jawab" memandangkan ini pandangan peribadi aku tentang soalan-soalan yang perempuan selalu tanya dan aku malas nak jawab. Tapi aku yakin bukan aku sorang je rasa macam ni, sebab pernah jugak tanya member-member, mereka pun menyampah dengan soalan-soalan ni. Aku tulis ni pun sebab haritu ex aku tanya pasal benda ni dan aku rasa perempuan lain pun perlu tahu.

"Awak, awak, kita nak tanya ni. Tapi setiap jawapan awak takkan buat saya happy tau"
Harus diingatkan bahawa soalan-soalan ni bukanlah semua perempuan buat atau tanya pada lelaki, tapi kebanyakan daripada korang je. Kebiasaannya soalan-soalan yang aku akan listkan dekat bawah ni girlfriend/tunang/isteri yang tanya pada si lelaki dan bukannya dari seorang emak ke anaknya. Itu awkward gila woi.

Baiklah, kita mulakan dengan soalan perempuan yang paling popular iaitu:

Cerita Hantu Perpustakaan Universiti [REPOST]

Cerita ni terjadi di perpustakaan Victoria University of Wellington, New Zealand, tempat aku kerja belajar. Jangan ingat negara omputeh takde hantu, diorang pun ada jugak cumanya tak sama la jenis hantu dia dengan jenis hantu kita la kan. Cerita ni diturunkan daripada bos aku, 2 orang. Tapi kesahihan cerita tidaklah aku tau pulak wey sebab aku tak pernah jumpa lagi menatang tu.


Library tempat aku kerja ni kalau tak silap ada 9 tingkat, kalau dikira dengan level 0 (underground floor) yang seram gelap caharam tu, kiranya ada 10 tingkat la ye tak? Okay, alkisahnya bermula bila ada DUA kejadian bunuh diri di perpustakaan tersebut. Aku tanya la sebab apa diorang bunuh diri? Orang kata maybe sebab stress belajar.

Kes pertama aku tak ambik port sangat lah sebab alkisahnye orang tu terjun daripada atas bumbung library tu dan terus landing dekat staff lounge dekat tingkat 3. Aku tak selalu pun jejak dekat lounge room tu..takde masa pulak nak bancuh kopi masa kerja. Bukan lama pun kerja part-time ni. Satu syif hanya 3 jam.

Istanbul Aku Tidur

Beberapa malam lepas housemate aku ajak tengok cerita Istanbul Aku Datang dan memandangkan dekat Newsfeed Facebook bersepah orang sembang pasal cerita ni, maka aku pun dengan baik hati mengdownload cerita "Istanbul Aku Datang" tu di PirateBay. Maka kami pun tengoklah cerita tu...

Lisa Surihani jadi awek Tomok. Hek eleh
Lepas 20 minit cerita start, aku mula hilang mood. Mungkin sebab sakit perut nak berak maka aku pun pause cerita tu dan pergi lah ke jamban buat apa yang patut. Bila play balik cerita tu, masih minat tu tak datang.

Sebab apa?

Because this movie is a chick-flick, and a bad one. Bagi anda yang tak tahu, chick-flick ni ialah jenis movie yang cerita pasal emosi, relationship, cintan-cintun dan ditujukan khusus untuk penonton yang bergelar perempuan tak kisahlah yang masih gadis ataupun yang berstatus wanita. Maybe sebab tu aku tak suka cerita ni? Atau mungkin juga sebab jalan cerita dia macam ni... (spoiler alert)

Psikologi Masyarakat Tamadun Moden Yang Mundur

A food for thought on a sunny Sunday in Wellington, New Zealand.

So, last week aku ada post pasal 1 movie yang patut ditonton oleh semua orang terutamanya golongan yang berumur 10-35 tahun dan movie tu bertajuk God Bless America (2011). Cerita ni walaupun tajuk dia ada mention America dan jugak cerita tu dia tujukan pada orang sana, tapi sebenarnya benda yang dia tunjukkan dalam tu adalah sangat boleh diapplikasikan dalam masyarakat di semua negara yang membangun, contohnya Malaysia.

"Die, Kardashian. Die!"
Antara perkara yang cerita ni highlight ialah masyarakat kita ni makin lama hidup makin tak tahu malu. In fact, bagi setiap benda yang memalukan tu seolah-olah membuatkan kita lagi bangga dan seronok pulak. Dalam kata lain, generasi yang tak tahu malu. Kita boleh tengok sendiri dalam internet berapa ramai yang jadi badut tak bergaji dan memalukan diri sendiri. Tapi mereka ni lupa yang mereka bukan hidup dalam dunia ni sorang-sorang. For every action that you do, you reflect some on your parents. Panas perut mengandungkan korang, tahu?

More

SEARCH

TESTIMONI

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran