Masalah Hantaran Kahwin Tinggi Melayu

13 Januari 2013. Dah boleh tulis entri baru agaknya untuk tahun ni. Tahun 2013, negara Malaysia lama, tempat baru, kawan baru, jawatan lama, dan pengalaman baru. Ada kawan yang bercadang-cadang nak kahwin tapi bila diceritakan, masalah yang sama muncul iaitu duit. Bila ditanyakan bahagian duit mana, hampir semua yang merungut mengatakan duit hantaran. terlalu tinggi, naik harga dan macam-macam lagilah.

marriage exhibition, SEA Night market 2011 - photo by WmsoLense

Ada seorang kawan ni kata pak dengan mak mertuanya tetiba naikkan harga hantaran kahwin sebab anaknya tu berkelulusan tinggi, berkelulusan overseas pulak tu. Lulusan Russia ke New Zealand ntah saya tak tahu.


Saya ingatkan kelulusan tinggi ni untuk dapatkan kerja tinggi bergaji tinggi rupanya untuk dapatkan HANTARAN tinggi juga!

Kadang-kadang tu si perempuan juga tak setuju tapi sebagai anak kena lah follow je apa yang parents cakap nanti dituduh pula anak derhaka lah anak tak kenang budi dan sebagainya. Senario dia gini. Kalau perempuan tu cantik, berkelulusan tinggi, the unspoken rule is hantaran beliau haruslah tinggi. Kot tak tinggi kang jiran mengata. Almaklumlah orang kita ni boleh tahan juga iblis mulutnya. Tak kisahlah di internet mahupun di kawasan perumahan.

Tapi, kalau lelaki yang berkelulusan lebih tinggi daripada si wanita, adakah ada satu bentuk diskaun yang akan dinikmati pihak lelaki? Adakah kami dapat bayaran pada sesiapa? Jawapannya tidak. Makin tinggi kelulusan lelaki, lebih banyak wang hantaran yang diduga oleh ibu bapa pesen gini. Adil?

Pernah saya terbaca dalam akhbar online tahun lepas, kebanyakan orang muda di Malaysia dah menanggung hutang yang sangat banyak disebabkan faktor perkahwinan. kalau tak kahwin kang tak tahan, lalu terjadilah gejala macam-macam. Tak ke dah leceh? So bagi mereka yang betul-betul nak kahwin tu, terpaksalah pinjam sana-sini dan berhutang.

Makcik, kawan saya tu belajar ke overseas bawah duit tajaan. kalau dah dapat tajaan tu maksudnya dia bukan anak Dato', jauh sekali Perdana Menteri. Maka tak mampulah beliau bayar hantaran macam tu.
Pakcik, anak pakcik pun ke overseas bawah duit tajaan. Macam mana pulak nak kira hantaran tu sebagai gantirugi hanrar duit pergi belajar jauh-jauh?
Pakcik dan makcik sekeliling rumah, dok diam je please. Sibuk hal orang nanti mati digunting bibir dan lidahnya, tahu?

Orang yang keluarganya berhutang ni, nescaya susah nak bahagia. Untuk kebaikan anak pakcik dan makcik juga, janganlah tinggikan harga hantaran. Dalam jangka medium ke panjang, akan dilihat kesannya.

Majulah hantaran berpatutan untuk kesejahteraan ummah.

Bye.

14 ulasan: Leave Your Comments

  1. Errr..nak komen lebih2 pun tak reti..sebab hantaran aku request memang ciput..tak ikut kelulusan pun..memang makcik pakcik ada yg bising..tapi aku tetap dengan pendirian aku..mujur mak aku pun setuju je dengan permintaan aku..ntah la..kalau ikutkan hati, rasa macam taknak mintak pun ada..huhuhu..

    BalasPadam
  2. selalunya dorang letak hantaran tu macam nak jual anak je.. sebab kalau buleh nak la berlawan2 siapa lagi grand sesama jiran n sedara mara kan?

    BalasPadam
  3. Saya ingatkan kelulusan tinggi ni untuk dapatkan kerja tinggi bergaji tinggi rupanya untuk dapatkan gaji tinggi juga!

    Part ni aku tak paham. Bleh explain? Ke typo? Harharhar...

    BalasPadam
  4. @aslina majid

    Sama la, tak berapa nak faham jugak...

    BalasPadam
  5. @Kak Azz orang dah repair dr semalam lg la -_-

    BalasPadam
  6. kat kampung saya terbalik pula.. yg belajar tinggi kebanyakkan tak demand tinggi sebab dorang kebanyakkan kawen dgn sama level.. tp yg sekolah tak abis tu yg demand tinggi dgn aset muka lawa la.. yg x lawa pn x krg demand.

    BalasPadam
  7. ni la susah bila semua d komersialkan ikut trend barat, dah ada cara islam x nk ikut.

    Note: tp nk hire photographer mahal2 x ape la hihihhi....

    BalasPadam
  8. kannn...masalah bila anak terpaksa ikut ckp mak...bila tak kawen2 mak jugak yg bising.

    BalasPadam
  9. @Asfan Ash

    Oppss...!!!
    Sorry, tak perasan la pulak.. :p

    BalasPadam
  10. ini lah budaya kt malaysia skang..taraf hidup yang semakin tinggi..aku dulu kawin pun hantaran tinggi gak RM11000 untuk degree holder..local u..klau overseas mau hantaran 11 ribu ke atas hingga 13 ribu

    BalasPadam
  11. nice day :)
    hargailah hari kemaren,
    mimpikanlah hari esok,
    tetapi hiduplah untuk hari ini.
    bagi-bagi motivasinya yaah...

    http://wisataoutboundmalang.com/

    http://www.nolimitadventure.com/

    BalasPadam
  12. cuba anak2 sekelian yakinkan orang2 tua dan muda, supaya jgn cakap2 kalau hantaran atau jamuan kahwin kecil. insyallah, masyarakat kita akan berubah akhirnya.

    BalasPadam
  13. Beritahu mak dan bapa perempuan hantaran akan diberi setiap bulan sebagai belanja bulanan mereka.

    BalasPadam
  14. Celah kangkang dia ada biji emas ke yg buat hantaran mahal?

    BalasPadam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran