William Yau dan Psikologi Jenayah

Saya bukanlah seorang yang rajin membaca surat khabar tapi bila ada orang share sesuatu yang berkenaan prinsip moral dan kemanusiaan di Facebook, saya akan baca. Baru-baru ni Newsfeed dibanjiri dengan berita tentang penemuan kanak-kanak yang bernama William Yau Zhen Zhong. Kanak-kanak tersebut, yang dilaporkan hilang sejak 16 Jan, dikatakan telah ditemui di Sungai Klang semalam (25 Januari 2013). Petikan artikel daripada website Malaysian Digest pada 25 Jan mengatakan yang ibu bapanya mengesahkan bahawa mayat tersebut ialah anak mereka yang hilang tapi as of 26 Jan 13, pihak polis mengatakan yang ada peluang 50-50 itu ialah kanak-kanak tersebut. Keputusan DNA mayat akan dikeluarkan pada hari Isnin 28 Jan 13.


As someone who is interested in Psychology and Crimes, I keep on relating this case, whether the dead body was William or not, to my interest. Read more below:

Pembunuh yang ada keinginan membunuh adalah dipanggil pembunuh bersiri, itu semua tahu. Pembunuh bersiri ni yang selalu digambarkan dalam movie ialah orang (ejaan dikekalkan dalam Bahasa Inggeris untuk mengelakkan bunyi jadi pelik) psychopath, sociopath, mental deficit dan sebagainya. Tapi sebenarnya tak semua psychopath tu pembunuh bersiri.

BAHAGIAN SUBKORTIKAL OTAK





Antara persamaan pada bahagian otak yang pembunuh bersiri ada tanpa mengira jenis abnormaliti mereka (psychopath, sociopath etc) ialah...

*Kekurangan tisu di bahagian sistem limbic, iaitu pada bahagian cingulate gyrus, amygdala, dan hippocampus. Bahagian-bahagian ni berkait rapat dengan emosi. Maka mungkin sebab tu pembunuh bersiri adalah kejam dan tak bersifat perikemanusiaan

*Kekurangan pada bahagian orbitofrontal cortex. Mengikut kajian psikologi dengan menggunakan MRI oleh Tom F Farrow pada tahun 2001, bahagian ni dikaitkan dengan empati (memahami perasaan orang lain) dan juga kemaafan.

BUKAN SALAH GENETIK SAHAJA

Ada teori yang menyalahkan faktor genetik (kerosakan pada otak) seperti yang diterangkan tadi sebagai faktor ulung untuk pembunuh bersiri dan psychopathy. Tapi sebenarnya keadaan macam ni mengikut kajian, juga disebabkan oleh faktor persekitaran. Majoriti pembunuh bersiri yang disiasat di US menunjukkan pembunuh tu mengalami trauma yang dahsyat semasa kecil. Contohnya la kan,

John Wayne Gacy, pembunuh kepada 33 orang budak lelaki, merupakan mangsa deraan bapak dia

Albert De Salvo, pembunuh kepada 11 orang wanita dengan cara mencekik, didera dengan batang paip semasa kecil.

Jeffrey Dahmer, bertanggungjawab ke atas 17 pembunuhan, merupakan magsa pencabulan jiran.

So, kekurangan pada otak + trauma = Pembunuh bersiri
Faktor genetik + faktor persekitaran = Ketidakstabilan manusia

Bukanlah saya nak kata pembunuh kepada mayat yang dijumpai tu (whoever that might be) adalah pembunuh bersiri tapi ianya mungkin dan entri ini dibuat sebagai pengenalan kepada psikologi jenayah yang orang ramai patut tahu tentang pembunuh bersiri.

Sekian.
This takes a lot of time to write. Please do not copy this material. If you want more in this topic, I will do if the share count exceeds 100. :)

16 ulasan: Leave Your Comments

  1. menarik jugak info ni. upgrade lagi info dia. buleh la nak feeling2 macam BAU jap.. dalam citer criminal minds. hoho~

    BalasPadam
  2. Selalunya memang macam tu la... Tekanan perasaan sebab kena dera sejak kecil yang buatkan seseorang tu ingin membalas dendam..

    Kena belajar terapkan nilai kasih-sayang sedari awal kelahiran.. Kasih-sayang sesama manusia, sesama haiwan, alam sekitar, harta benda dan sebagainya...

    Apapun, takziah untuk keluarga mangsa...

    BalasPadam
  3. mashallah such a lovely blog - please follow mine x

    www.jadorevintageparis.blogspot.co.uk

    BalasPadam
  4. nice post! rasa macam tengok criminal minds pon ada.semua perkara ada sebab berlaku.

    BalasPadam
  5. nice post! bestnya amik course ni. even tak faham sangat masa tengok gambar brain tu. lol

    i thought pembunuh bersiri tu disebabkan masalah persekitaran at a first place. rupa2nya sbb trauma & masalah otak.

    but it intrigued me as well,
    kenapa john wayne & albert de salvo tu (contoh pembunuh bersiri tu), diorang cam pilih mangsa target eh? ada kaitan ngan psychology ke?

    BalasPadam
  6. @Haryz Khairuddin Criminal Minds mmg based on Criminal Psychology. Maybe nxt time aku cte pasal jenis2 pembunuh bersiri lak :P

    BalasPadam
  7. @~ Cik Azz ~ no no ini bukan balas dendam. Balas dendam dengan emotional damage from traumatic experience are 2 distint thngs

    BalasPadam
  8. @Danial Ikhwan Jaafar aku igt aku sorg je layan Criminal Minds :P

    BalasPadam
  9. @Hansyirah Takezur GOOD QUESTION!

    kalau kita tengok mangsa yang ada pattern ni, obviously the killer is of an organized type. Meaning dia ada plan dan cara tersendiri utk membunuh. dan sebab kenapa dia bunuh. The Law of Cause and Effects

    Contohnya mangsa kanak-kanak menunjukkan traumatic experience semasa dia kanak2. Selain tu dia jugak seorang yang control freak, whatever yg buat dia rasa powerful lah. In a way, a bully.

    Mangsa perempuan selalu dikaitkan dengan sexual incompetency. Ada masalah dengan organ seks si pembunuh, dan juga maybe ada masalah dengan sexual orientation dia. Kes pembunuhan jenis ni dipanggil Holmes typology - keinginan utk menguasai mangsa tentang bagaimana dan bila dia mati.

    BalasPadam
  10. kagum betul aku baca hujahan kau ni.

    ok kau kata: 'Kekurangan tisu di bahagian sistem limbic, iaitu pada bahagian cingulate gyrus, amygdala, dan hippocampus. Bahagian-bahagian ni berkait rapat dengan emosi. Maka mungkin sebab tu pembunuh bersiri adalah kejam dan tak bersifat perikemanusiaan.'

    mungkin soalan aku ni macam bodoh sikit, tapi aku tetap nk tanya.. kalau terlebih tisu tu pula macam mana? adakah dia akan mempunyai sifat empati dan simpati yan tinggi?

    BalasPadam
  11. @Anonymousterlebih tisu atau even cells, kita panggil tu KANSER OTAK

    .....

    BalasPadam
  12. @Anonymous og tq btw utk pujian tu. soalan tu xbodoh pun. i understand that u only want to know :)

    BalasPadam
  13. interesting article! tulis lagi wei..terasa macam tengok Criminal Minds gitu bila baca entri ko ni..Criminal Minds adalah rancangan feveret aku..hehe..

    aku ada 2 soklan nak tanya kat ko ni..err..kalau soklan macam bodo2 sori la wei..tapi nak tahu jugak jawapan..kui3..

    soalan 1:
    betul ke pembunuh bersiri ni sebenarnya disebabkan oleh genetik..maksud aku, dalam salasilah keluarga dia, pernah ada jugak yg jadik pembunuh bersiri macam die..gitu la lebih kurang kot..betul ke wei?

    soalan 2 :
    betul ke org yang suka dera binatang macam kucing/anjing, menunjukkan dia ada ciri-ciri criminal dalam diri dan tak mustahil dia boleh jadi pembunuh bersiri?

    BalasPadam
  14. @Shahada Fauzi sama ah weh tp no 1 list aku ialah The Walking Dead. lol\

    Soalan 1 ngan 2 ko sgt2 bagus! nanti entri Hari sabtu aku cte eh skang busy sket hehe. Xleh jawab sini sebab panjanggg

    BalasPadam
  15. i'm not a doctor and soalan ni maybe tak cerdik sikit :p

    contohnya kalau ada damages dekat bahagian frontal lobe dia tu so maybe akan mengubah dari segi sexual habit dia and etc..

    so adakah damages ni/ kemalangan yang ada libatkan otak boleh turn orang tu jadi pembunuh bersiri. ?

    untuk turn orang tu jadi gila and bunuh orang tu maybe tak pelik.. tapi jadi pembunuh bersiri tu ???

    mohon abam panda terangkan :D

    BalasPadam
  16. @Amira Anorah hmmm dia cmni sbnanye. Ciri sepunya yg ditunjuk oleh serial murderers tu xsemestinya menunjukkan yg kekurangan bahagian tu yg menyebabkan diorg jd serial murderer

    mungkin jugak diorg jd serial murderer dulu, then baru bentuk otak tu terkesan.

    Itulah dia masih banyak research yg diperlukan dalam bidang ni sebab bentuk otak xsemestinya buat org tu jadi pembunuh bersiri

    Ade je org yg otaknya mcm pembunuh bersiri lain tp dia okay. (Refer post Soalan Psikologi 1)

    BalasPadam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

TESTIMONI

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran