Soalan Psikologi 1 - Adakah Seorang Pembunuh Bersiri Diwarisi daripada Ibu Bapanya?


Dalam entri William Yau yang lepas, nampaknya ramai pembaca blog ni yang berminat tengok Criminal Minds dan berminat dengan Psikologi Jenayah. Saya tak hairan sebab subjek ni memang menarik dan masih banyak kajian yang perlu dilakukan terutamanya di Malaysia, maka saya jadikan benda ni siri sebab banyak lagi artikel akan datang. Dalam entri lepas, saya diajukan dengan 2 soalan yang sangat menarik daripada Shahada Fauzi. Pembaca lama ni.

So, inilah soalan beliau



SOALAN : BETUL KE PEMBUNUH BERSIRI NI SEBENARNYA DISEBABKAN OLEH GENETIK?
Soalan ni sebenarnya saya dah jawab dalam entry yang lepas tapi mungkin disebabkan post tu nak bagi pengenalan je, saya mungkin cerita terlampau pendek. Soalan kedua akan dijawab dalam entri seterusnya. Apa yang Cik Shahada nak tahu ialah adakah kalau mak atau bapak atau kedua-duanya ialah pembunuh bersiri, maka anaknya akan jadi pembunuh bersiri jugak?

Untuk menjawab soalan ni, kita kena berbalik kepada teori. Manusia tak jadi seseorang dengan secara ajaibnya; dalam nasyid Raihan ada ungkapan "Iman tak dapat diwarisi, dari seorang hamba yang bertaqwa" dan samalah dengan manusia biasa, kalau bapak doktor, maka anak tak semestinya doktor. Kalau bapak dia seorang yang keje nya membunuh orang, tak semestinya anak dia ialah pembunuh bersiri jugak.

Pernah ada kajian daripada Mineesota Center for Twin and Family Research yang mengatakan psychopathy ni 60% kemungkinan untuk diwarisi berdasarkan kajian ke atas kembar seiras. Tapi kajian baru daripada Dr Bogaard cakap kembar seiras pun banyak perbezaan dia at least pada tahap molekular.

Dalam konteks keluarga, apa yang boleh diwarisi ialah abnormaliti genetik. Dalam entri sebelum ni ada menyebut pasal kekurangan-kekurangan di bahagian subkortikal otak yang dikaitkan dengan pembunuh bersiri yang mengalami psychopathy, dan sociopathy. Dan daripada abnormaliti tu pulak ada bermacam-macam teori; contohnya: Behaviour Regulation Theory, Glutamate Dysregulation Theory, Serotonin heory, Neutralization Theory dan macam-macam lagi. Jadi, benda tu mungkin disumbangkan oleh faktor genetik. 

Selain genetik, ada juga faktor persekitaran. Maksud faktor persekitaran ni bukannya pokok, tanah, air keliling rumah, tapi sebenarnya adalah perkara seperti cara kanak-kanak dibesarkan, dibesarkan dalam komuniti jenis macam mana, dan sebagainya. Sebab tu dalam drama, ada keluarga yang tetiba aje FBI tangkap si bapa sebab dia ialah pembunuh bersiri walhal isteri dan anak dia makhluk normal. Ini menunjukkan anak tu hidup dalam komuniti dan cara pembesaran normal, dan si bapa ada masalah. Walaupun anak dia mungkin ada mewarisi genetik si bapak, tapi benda tu tak mempengaruhi pun.

Jom kita berkenalan dengan seorang ahli psikologi bernama Lonnie Athens, pengkaji dalam bahagian psikologi jenayah kata yang keadaan yang menyebabkan seseorang tu jadi pembunuh bersiri adalah dipanggil "violentization". Dalam BM kita panggil proses menjadikan seseorang tu kejam. Proses ni ada 4:

  • Brutalization - Mangsa kekejaman
  • Belligerency - Menjadi bermusuhan dengan orang
  • Violent Coaching - Berlatih menjadi kejam
  • Criminal Activity - Jadi seorang pembunuh. Yay?
Dr. Athens ni tadi kata, kalau seseorang tu daripada komuniti yang kejam tapi dia tak jadi orang kejam, ianya jelas yang ada 1 stage yang tertinggal dalam proses pembesaran orang tu. Contohnya, mungkin orang tu dari Detroit, tapi dia berjaya jadi peguam (yang baik) sebab dia tak melalui tahap 3 - berlatih jadi kejam.

Itu baru satu pandangan daripada seorang pakar Psikologi Jenayah. Dalam dunia ni banyak Pakar Psikologi tau dan setiap orang tu boleh kata macam-macam teori yang dia percaya. Tak semua berpegang pada teori yang sama dan argument diorang pun sebenarnya bagus-bagus, membuatkan tiada universal rule dalam mengenalpasti punca pembunuh bersiri.

Kalau betul kita nak buat eksperimen tentang pewarisan genetik dan cara pembesaran pembunuh bersiri, eksperimen haruslah direka seperti berikut:


Cara buat eksperimen ni ialah kita kena cari seorang pembunuh bersiri, bagi dia kawin dapat anak kembar tiga (at least), dan kembar tu mestilah monozigot sebab kembar jenis ni berkongsi ovum yang sama maka persamaan genetik lebih tinggi. Kemudian, 3 anak tu wajib dipisahkan dan 1 dilatih jadi pembunuh, 1 dibiarkan dengan keluarga normal, dan 1 lagi dilatih untuk jadi imam masjid negara.

Masalahnya, cara ni kejam dan tak praktikal - satu masalah yang menyebabkan sebab musabab aboslute terjadinya pembunuh bersiri masih tak mendapat persetujuan. Ada ke patut nak latih anak manusia jadi pembunuh, gila ke apa? Sebab tu, kajian dalam psikologi adalah sesuatu yang berterusan dan seperti bidang sains yang lain, setiap kajian dan teori boleh diperbaiki dan disangkal oleh kajian seterusnya.

Harap soalan faktor genetik pembunuhan bersiri tu dapat dijawab dan difahami. Banyak lagi tak cerita sebab topik dia sangat luas, Ada soalan lain, topik yang nak dibincangkan? Perlu info? Letakkan di bahagian komen. Terima kasih sebab membaca dan tekan butang "like" Facebook.

Kbye!

14 ulasan: Leave Your Comments

  1. typo Mineesota. Sepatutnya Minnesota :(

    BalasPadam
  2. subjek psiko, topik psiko selalu buat aku teruja, tp ak x bijak sngt nak amik cos ni dulu...hehe, thanks panda, share info2 gini

    BalasPadam
  3. ok..dah faham sikit..maknanya tak semestinya pembunuh bersiri tu diwarisi dari genetik famili dia yg pernah jadi pembunuh bersiri..kemungkinan tu ada tapi tak tinggi sangat peratus dia sebab bergantung pada persekitaran jugak..ok..faham2..tenkiu ash..

    #menunggu sambungan seterusnya..hehe..:P

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. erm pagi tadi baru tengok drama CSI(VEGAS) SEASON 11 EPISODE 15...dalam episode tadi..ada disebutkan yang pembunuh bersiri mostly adalah mangsa deraan ibu bapa sendiri semasa kecil..so sedikit sebanyak mangsa itu akan membawa genetik "pembunuh". Tapi bergantung kepada orang tu sendiri untuk memilih haluan hidupnya untuk menjadi baik atau sebaliknya.

    BalasPadam
  6. @Shahada Fauzikiranya kalau dia punya pembawakan bagus, dengan pendirian teguh, susah gak la nak jadi pembunuh. Betul!

    BalasPadam
  7. @Anonymouscmne nak cakap eh. Bukan bergantung 100% pada diri sendiri la.

    Contohnya kalau dari kecik kita dibesarkan dalam keluarga bermasalah, dan bapak pulak pembunuh, bagi trauma kat anak. Si anak takde kekuatan utk lawan kehendak bapak so benda tu bukan 100% dalam kawalan

    Apa yg penting ialah kanak2 dalam persekitaran berisiko mesti dipandang berat, dan diberi perhatian supaya dia mengalami tumbesaran sihat

    BalasPadam
  8. From Anon 8.57PM
    Ya memang betul sangat2 iaitu kanak2 dalam persekitaran berisiko mesti dipandang berat...kalau ambil ringan sahaja hal ini, macam-macam benda yang tak dijangka akan berlaku nanti..Menjadi satu persoalan ialah "adakah seorang pembunuh bersiri ni mempunyai daya tarikan "..kalau kita tengok sejarah2 kes pembunuhan bersiri, kebanyakan mangsanya adalah wanita

    BalasPadam
  9. @Anonymous butang reply ada kt bawah gravatar tu. Klik je senang refer hehe..

    macam yg dah diterangkan dalam entri sebelum ni, wanita dilihat sebagai lemah oleh pembunuh tu. Ye la dia ada distorted thinking on women dan in many cases dia nak tunjuk power dia. Siapa lagi mangsa yg senang ye dak?

    Statistik US menunjukkan lebih kurang 16% pembunuh bersiri adalah perempuan, dan 84% lelaki. Kenapa lelaki ramai? MUNGKIN sebab genetic inheritance tu. Lelaki lagi senang inherit genetic defect sebab lelaki XY, perempuan XX. Eh, paham ke? dah kompleks dah :/

    BalasPadam
  10. @Asfan Ash okay dah faham hehehe...btw topik yang sangat menarik. topik yang macam inilah dapat membuka mata masyarakat sekeliling..apa kata try tengok this website
    http://www.trutv.com/library/crime/serial_killers/notorious/index.html

    BalasPadam
  11. @Anonymous awesome! thanks for the info. Aku xtau pun banyak nama serial murderer dlm list tu hahaha

    BalasPadam
  12. Waaahh, mantap. Ko study psychology ke? Anyway dulu aku pernah ada teori macam ni, tapi bukan untuk besarkan psycho killer. Aku nak tengok apa jadi kalau adik beradik kembar dibesarkan dengan dua cara berbeza. Sorang cara tegas, sorang cara mmm elok? LOL untuk jadi askar elit. LOL XP
    pengaruh manga....

    BalasPadam
  13. chromosomes xyy pun boleh cenderung kearah penbunuhan yang ganas. like potong 15belas.

    pelajar genetics

    BalasPadam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

TESTIMONI

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran