Pelan Kehidupan Perkahwinan

Selalunya waktu petang-petang di saat lelaki lain bermain bola mahupun ragbi sambil mengempiskan perut mereka untuk tatapan girlfriend ataupun gadis-gadis insitut, aku seorang diri di dalam bilik menternak sebiji bola kenyal di bahagian abdomen. Tak apa, aku tak kisah. Bukannya ada yang melihat...

Bila duduk di bilik, antara kewajipan yang mesti dijalankan kepada diri sendiri ialah bukak Facebook dan tengok perkembangan kawan-kawan, eh, kenalan lama yang pernah bersembang bersama. Baguslah, ramai yang dah mengerjakan sunnah berkahwin. Couple lama-lama pun buat apa ye dak kalau dah cukup persediaan dan hati sama-sama bertaut. Siap dapat pahala lagi sebagai penamat kepada era dosa-dosa lampau. lol

Aku selalu terbayangkan. kalau aku kahwin nanti dengan gadis pilihan, suami jenis apa yang aku nak jadi. Di sini ada dua pilihan iaitu sama ada kau nak jadi suami yang disayangi isteri ataupun suami yang disayangi rakan-rakan.


Suami Disayangi Isteri
Setiap hari aku balik kerja aku akan first sekali bagi salam dan peluk isteri aku. maybe once a week akan berikan dia sekuntum bunga yang boleh kami jeling-jeling masa tengok TV bersama, Kalau dia jenis yang tengok drama sambil nangis meleleh-leleh, biarlah aku jadi bahu tempat dia menangis. Setiap kali dia memasak, aku akan pergi menyibuk kat dapur sekali dan tolong la sebab dia tu teman hidup aku, bukan teman hidup pisau kuali kat dapur. Once in a while boleh lah keluar dinner sama-sama dan pergi dating pegang tangan dekat mana-mana saja sebab dah halal. Biar bebudak yang dating tak halal tu jeles.

Suami Disayangi Kawan-kawan
Kawan-kawan cakap "bini ni, kau jangan bagi muka sangat nanti dia naik kepala".

Pada pendapat aku, biarlah apa orang kata; apa yang penting ialah kau jadi suami yang disayangi isteri. Takkanlah tanggungjawab menjadi "yang disayangi" tu tanggungjawab isteri je sebab apa yang aku faham ialah perkahwinan ni ialah satu perkongsian hidup dan bukannya penghambaan terhadap kaum wanita. Selalu kita tengok kriteria yang orang kata wajib bagi seorang wanita sebelum dia layak dibuat isteri ialah dia mesti "pandai memasak"

I beg to differ.

Kemahiran memasak ni memanglah sangat harus tapi bukan sahaja kepada wanita tapi jugak kepada bakal-bakal suami ni. Maka, bila memasak bolehlah laki bini sama-sama dok dapur memasak untuk dinner

dan bolehlah bergurau senda kalau nak.

Memanglah, jadi orang bujang ni bila kawan-kawan dah bahagia kahwin, kita pun terasa nak kahwin. Orang kata bagus gila lah kalau kahwin awal ni. sangat bagus.

Tapi setiap kali bila aku rasa macam nak jatuh cinta dekat mana-mana awek berpotensi, aku tengok wallet, tengook akaun bank, dan aku katakan diri sendiri "Hmm...maybe not"

kbye. lecture aku dah habis

6 ulasan: Leave Your Comments

  1. From my p.o.v. , you'll be a great husband. InsyaAllah.
    Oh, nnt bila plan untuk kahwin menjadi, hantarlah undangan pada saya. Ahaks~~

    BalasPadam
  2. hehehe..bagusnye la hai cita cita nak jadi suami yang disayangi isteri tu..:P

    ala..masanya akan tiba jugak untuk ko tu nanti..bersabarlah..

    BalasPadam
  3. Wah.. Insyaallah akn tercapai nt tu :)

    BalasPadam
  4. insyaallah niat yg baik pasti akan dipermudahkan urusannya. :)

    BalasPadam
  5. aku taknk buat apa2 assumption..tapi tapi.. kot2 la dah tetap tarikh nnt jgn lupa jemput. eh?

    BalasPadam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

TESTIMONI

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran