5 Fakta Psikologi Tentang Bayi #Psych13

Hai semua. Insya-Allah setiap hari Ahad jam 9 malam setiap minggu (bergantung kepada keadaan) akan diwujudkan slot #psych13 di twitter. Bagi korang yang takde twitter, takpe klik aje pada \SINI; untuk tengok senarai tweet yang muncul kat situ. Semua berkaitan psikologi. Setiap kali lepas slot tu aku cuba letak di blog pula sebab tweet di hashtag tu lama-lama akan dipadam. Macam kali ni, tajuknya ialah fakta psikologi tentang babiess!

FAKTA 1: BABY BOLEH BERENANG


Yes you read that right. Babies are natural born swimmer tapi kebolehan ni akan hilang pada umur 4-6 bulan selepas dilahirkan. Babies yang ditelangkupkan (betul ke bahasa aku ni?) dalam air akan mengayuh dalam pergerakan berenang yang dipanggil oleh pengkaji sebagai "diving reflex". Pergerakan refleks ni sebenarnya adalah untuk menyelamatkan babies daripada lemas.
Amaran: memaksa baby berenang adalah bahaya sebab walaupun baby tu boleh mengayuh, tapi dia akan menelan banyak air dan meninggikan kandungan garam dalam darah baby. Ini boleh menyebabkan sawan dan brain swelling (otak bengkak?). Ahli psikologi menasihatkan latihan berenang seeloknya dibuat lepas 3 tahun. jadi tweet aku separa salah. Sorry :(

FAKTA 2: BAYI BARU LAHIR TIDURNYA 18 JAM SEHARI


Bayi yang baru lahir sebenarnya waktu tidur mereka adalah 16-18 jam sehari tetapi mak bapak selalunya tak cukup tidur sebab babies ni kejap-kejap terbangun melalak waktu tengah malam. 50% daripada waktu tidur ni ialah "rapid eye movement" sleep di mana mata babies tu akan bergerak-gerak. Pengkaji mencadangkan bahawa fungsi REM sleep yang lama pada babies adalah untuk:
  • Memberi oksigen kepada mata dan melindungi bebola mata
  • Untuk tumbesaran dan perkembagan sistem saraf utama
FAKTA 3: BAYI BOLEH MENGENAL BAU MAK SENDIRI


yang ni geli sikit. Babies mengenal bau mak dia melalui familiarity dengan bau amniotic fluid semasa dalam kandungan tu. Jadi bila dia ada dekat dengan mak, dia akan cam bau tu. Dalam satu kajian oleh Marlier, Schaal, & Soussignan (1998), babies lebih suka kepada bau air ketuban (euw) mak sendiri berbanding mak orang lain, atau putik kapas yang tak berbau apa-apa

Dalam satu kajian lain, ibu-ibu mengandung diberi makananan berunsurkan bunga lawang. Korang tau bau dan rasa bunga lawang ni kuat jugak kan? Baby dalam kandungan pula menerima makanan dalam amniotic fluid dan basically apa yang mak makan, baby pun makan. Bila baby tu dilahirkan, mereka lebih suka pada bau bunga lawang berbanding babies yang maknya tak telan makanan berunsurkan bunga lawang sepanjang mengandung.

Dalam kajian lain, adalah ditunjukkan bahawa bau pisang dan coklat memberikan ketenangan kepada baby. So, para ibu boleh cuba tenangkan anak dengan cara ni?

Lagi satu, babies lebih suka kepada bau badan ibu natural semasa menyusu. Maksudnya, bila baby diberi pilihan untuk payudara ibu normal dengan yang sebelah lagi dah dibasuh baunya, mereka akan pilih payudara yang belum dibasuh sebab ada bau natural (Varendi & Porter, 2001)

FAKTA 4: BAYI SUKAKAN ORANG HENSEM DAN CANTIK


Ingat manusia je suka lelaki kacak dan perempuan cantik? Baby pun pandai pilih kasih tau.Mengikut kajian, baby lagi suka dan lebih lama tengok pada muka yang kacak/cantik berbanding yang tidak. Jadi kalau baby nampak muka awak lepastu menangis, paham-paham lah. Haha. Rujuk Slater et al. (2004)

Selain tu, babies juga amat suka pada muka yang senyum. Make sure kalau nak main dengan baby, tolong senyum dan jangan buat mimik muka serupa hantu

FAKTA 5: BABY SEBELUM 5 BULAN IALAH UNIVERSAL LISTENER


Mengikut kajian, baby yang lahir ni sebenarnya ialah universal listener iaitu mereka dengar pada segala jenis bunyi dan bahasa di sekeliling mereka. Apabila umur dia 5 tahun, kajian menggunakan pengesan gelombang ERP menunjukkan yang babies lebih berikan perhatian pada suku kata yang banyak terdapat dalam bahasa ibunda atau bahasa yang digunakan mak bapak mereka. Sebagai contoh suku kata "ba da la" dan bukannya suku kata "bou lei diu". Apabila umur mereka 6 bulan, mereka akan tapis bunyi-bunyi ni dan hanya respon bunyi-bunyi yang tak digunakan dalam bahasa ibunda (Anderson, Morgan, & White, 2003). Pengajarannya disini, kalau nak jadikan anak tu dwibahasa, mulalah dari awal dan amalkan selalu

Okay cukuplah 5 fakta yang paling top dalam tajuk babies ni. Tweet lain ada juga tapi tak larat nak letak sini dah. Cukuplah 5 ni kan? Tengok sini pula (iklan)

Adios.

13 ulasan: Leave Your Comments

  1. gmbr comel, haha...content malas komen, haha..da baca kat twitter.

    BalasPadam
  2. @Tasha tetttt! aku ada tambah info baru dan explanation

    BalasPadam
  3. tahniah atas perkongsian yang sgt bermanfaat :)

    BalasPadam
  4. One more info :baby boys lagi tertarik dengan object, meanwhile baby girls lagi tertarik dengan muka orang. :)

    BalasPadam
  5. @nadiasorry tak jumpa kajian pasal ni kat mana-mana

    pls nyatakan source.

    BalasPadam
  6. Best. best. best. x sia2 aku baca 5 minit. .

    BalasPadam
  7. wah.. boleh simpan info nie bila dah ade babies nnt...
    entah bila lah kan..huhu.. :p
    btw, thanks sbb share info nie..

    jadiknya kalau kita nak anak2 pandai berenang kena train dia dari kecik2 lah kan.. ?

    BalasPadam
  8. X kan 5 je adik panda.. bagi la extra untuk akak yg lebih suka baca blog kmu dri baca reader digest ni ;)

    BalasPadam
  9. Bukan baby lihat samar samar ka masa awal bulan? How to differentiate handsome ke idok hahhahaha.

    BalasPadam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran