Perempuan cantik, Lelaki kacak, dan Psikologi

(Entri ini mengandungi gambar-gambar yang konfem tak boleh ditonton dalam masjid)

Kalau tanya member-member tentang apa yang dikatakan cantik atau hensem, mesti diorang bagi contoh pasal girlfriend, boyfriend, atau laki bini diorang tanpa alasan yang kukuh. Selalunya diorang akan bagi alasan yang abstrak seperti "cantik ni kan subjektif". LOL? Saya sebagai seorang lelaki ingin memberitahu gadis-gadis di luar sana yang cantik itu sebenarnya objektif. Jadi, macam mana nak tahu yang menarik tu apa bagi lelaki dan perempuan? Mengikut kajian psikologi,

BADAN PEREMPUAN YANG CANTIK

Hai kami Kate Moss dan Jessica Alba berada di sini untuk membuatkan gadis Malaysia penggemar Mekdonel berasa rendah diri. Ratio kami 0.7.
Okay kita start dengan badan perempuan sebab pembaca blog ni ramai perempuan dan mesti diorang nak tau apa yang kita lelaki pandang pada seorang perempuan. Dan lelaki-lelaki yang confuse di luar sana tu pun mesti nak tahu kenapa sesetengah perempuan adalah lebih menarik berbanding yang lain. Kalau dalam bab  badan, ada 2 bahagian utama yang dinilai iaitu payudara (bahasa sopan), dan juga nisbah pinggang dengan pinggul (waist-to hip ratio).

Kajian menunjukkan, orang lelaki ni benda pertama yang dia tengok pada seorang perempuan ialah waist-to-hip ratio dia. Nisbah yang perfect ialah 0.7 iaitu ukur lilit pinggang ialah 70% daripada ukur liliit pinggul (bahasa kasarnya ialah bontot). Seorang pengkaji psikologi daripada New Zealand iaitu Barnaby Dixson dah buat kajian dengan menggunakan eye-tracking movement ke atas lelaki-lelaki yang tak gay dan keputusan menunjukkan yang benda first lelaki tengok pada perempuan ialah nisbah pinggang-pinggul. Dalam bahasa senangnya, perempuan yang ramping atau ada 'hourglass figure' adalah amat menarik. Dalam bahasa kasarnya, ikan paus tak menarik



Okay, how about payudara? Kajian eye-tracking movement juga menunjukkan walaupun benda pertama yang lelaki tengok ialah ratio tu, tapi benda yang lelaki tengok paling lama ialah pada dada korang wahai wanita berbaju ketat sekalian. How about the size? The answer is, besar sangat tak elok, flatscreen pun tak bagus. Kajian daripada Swomi dan Tovee (2013) menunjukkan yang lelaki yang lapar (jangan tanya apesal) dan lelaki dariapda latarbelakang sosioekonomi rendah lagi suka saiz besar.

Well, maybe lelaki sosioekonomi tinggi dan yang bijak pandai suka perempuan yang berperwatakan baik, berdikari, highly intelligent dan bukannya pada saiz payudara. Maybe.

MUKA LELAKI DAN PEREMPUAN YANG CANTIK

Muka perempuan dan lelaki yang cantik dan kacak adalah dikaitkan dengan muka yang babyface. Apa tu muka babyface?

Secara umumnya, babyface ni mata besar berbanding kepala, anak mata besar, hidung kecik, dagu kecik, senyuman besar. Macam baby lah, hence the babyface name.

Untuk perempuan, yang mendapat rating palin cun dalam kajian Cunningham (1986) ialah selain daripada muka babyface, narrow cheeks, dan kening yang tinggi. Now you know kenapa budak zaman sekarang terikut-ikut cukur kening dan pakai contact lens besar. Ini adalah sebab media dah terapkan dalam mentaliti diorang yang mata besar tu cantik, kening tinggi tu cantik; walaupun bebudak ni tak tahu sebab di sebalik kecantikan tu.

Mengikut kajian, muka Shania Twain antara yang paling mengikut the Golden Ratio. 36% (tinggi muka/jarak mata dari mulut), dan 46% (jarak antara mata/lebar muka)
Jangan lupa, salah satu ciri cantik tadi yang aku sebut ialah senyuman lebar, macam Shania Twain ni. Which is, kalau kita nak buat segmen pendidikan moral di sini, nilai yang diajar ialah amalan senyum

...especially masa tangkap gambar. Wajib senyum, bukan duckface.

Untuk lelaki pulak, selain beberapa ciri babyface seperti mata besar tu, ciri lain yang dipandang ialah tulang pipi yang menonjol sebab ciri ni hanya ada pada lelaki yang dah matang secara seksual dan menunjukkan kesediaan diorang untuk membiak (bahasa sopan). Selain tu, lelaki jugak hensem kalau mempunyai rahang yang besar. Dari segi psikologi dan antropologi, rahang besar ni menunjukkan kewibawaan dia sebagai seorang jantan. Rahang pada spesis monyet menunjukkan kekuasaan sebab diorang menggunakan rahang untuk berlawan. Itu pada monyet. Kalau pada manusia, rahang kita tak guna untuk berlawan, hanya untuk nampak hensem. lol

Contohnya:

Hai nama saya Christian Bale.Saya ada rahsia. Saya Batman, Sekarang bukan rahsia sebab saya dah bagitahu awak
Tengok muka Abam Bekmeng ni. Mata besar, tulang pipi menonjol (bukan jenis tulang pipi mat dadah), senyuman lebar, dan rahang besar.

Okay entri ni dah terlalu panajng. Mari buat kesimpulan:


  1. Formula perempuan cantik: 70% waist-to-hip ratio, baby face, kening tinggi, hidung kecil dan dagu kecil
  2. Formula lelaki kacak: Baby face, mata besar, tulang pipi menonjol, rahang besar
  3. Kpop tak hensem. Pondan


Bye

p/s: Dah dua jam aku menaip benda ni sambil merujuk buku supaya aku takde auta. Apa salahnya KLIK SINI UNTUK UJIAN MEMORI? and yeah, clik butang Facebook like di bawah. itu sangat membantu. Thanks :D

37 ulasan: Leave Your Comments

  1. banyak betol bahasa sopan..bhahahaha...

    ooo..begitu ye pandangan seorang lelaki terhadap seorang perempuan? :P

    BalasPadam
  2. Ak dpt rse dr dlu ratio tu penting pasal ada sekor makhluk bnama llki menegur aku...ak x puas hati dia conclude ak flat kat part pinggang pinggul.. even ak bkn tyng body..ak x pki ketat ketat. Ok. Ak down sbnrnya dgn hakikat ni..sikitlah tp.haha

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. lelaki lapar?... oh dear lord. --"

    BalasPadam
  6. @che sakinahkakakka baca la research paper yg aku link tu

    BalasPadam
  7. @Shahada Fauzikalau ikut kajian daripada org Barat la. org timur tengok ape tah hahhaha

    BalasPadam
  8. LOL lawak. tapi ade benarnye enn. XD

    BalasPadam
  9. lelaki yg ade pinggul flat pun kurang menarik perhatian. eh?!

    BalasPadam
  10. @EQITO haha xsempat taip sebab dah panjang sgt.

    tp betulla tu

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. So... I just don't look good enough.
    Wuwuwuwuwu...


    Ada aku kisah? My family loved me. That should be OK

    Oh. I love guys with small pair of eyes - agak sepet, dan bukan KPop - with devilish smile. Say... Ian Somerhalder?

    BalasPadam
  13. @Papanda Saurus tkpe, taip je pnjg2.. ilmu tu.. ekekekekeke...

    BalasPadam
  14. @aLEEamanina oh lupa nak cakap. all psychology experiments and studies guna statistik

    dalam statistik ada bell curve, di mana menunjukkan prestasi/performance/preference orang berbeza2 antara satu sama lain

    tapi yg pilih ciri di atas ni ialah majoriti :D

    BalasPadam
  15. ok. aku sokong yang no.3 tu :D sorry k-pop fans :P

    BalasPadam
  16. pasal rahang lelaki tu memang setuju. diorang tetiba nampak extra menarik bila ada defined jaw walaupun muka tak seberapa.

    --- segera kira ratio diri sendiri masa baca entry ni. hahaha

    BalasPadam
  17. nampaknya aku tak tegolong dalam ciri diatas. agak down. hahahahaha

    BalasPadam
  18. beauty IS subjective. there's no need to "LOL?" though. but physical beauty is objective, hence the term beauty standard. tapi ade je manusia yg tak fit in dlm beauty standard tp kita masih rasa dia tu lawa dan menarik. lagipun beauty standard berbeza ikut demografik. pondan-pondan Kpop tu la yang paling segak paling lawa dekat Korea sebab feminine/girly guys still fit in their beauty standard. jadinye kalau kita tengok gambar yg lebih besar mengenai subjek ni instead of fokus pada satu sudut kajian je, tak berapa tepat la kesimpulan kau mengenai kecantikan itu sesuatu yg objektif.

    BalasPadam
  19. @lolcatand....we reeled in a kpop fish at the 20th count!!

    welcome to my blog, where the content is serious but delivered in interesting ways, and the endings are always made in the most absurd ways.

    thank you for reading, come againnnn

    BalasPadam
  20. Terus je kuarkan tali tape. Dean's List. Hahaha. Yang lain, macam nak masuk dalam kain mak balik :( Lepas baca memang putus angin, but we have to face the reality. Lelaki masih guna formula kat atas tu. Dan perempuan pun.

    BalasPadam
  21. @Papanda Saurus is it just me or i smell sarcasm and condescending tone but it's okay. and i'm not kpop fish lol. aku bagi contoh Korean beauty standard tu secara objectively speaking sebab kau mention kpop tak hensem. but whatever no need to welcome me i've been reading your blog since your Hang TuArc and your madhatter craze phase.

    BalasPadam
  22. tapi kalau kitteeww pakai braces cemana nak senyum?kitteww malu laaa abam panda..

    p/s : dariapda tu apa abam panda?

    BalasPadam
  23. @Papanda Saurus

    Saya pilih... minoriti.
    :D This is a good read, by the way.

    BalasPadam
  24. mengikut kajian aku Ville Valo adlh lelaki paling hot dalam dunia hahahaha

    sebab:
    -suara dye bapak manly
    -kurus tinggi
    -kalau observe time dye muda sampai la dh umur 37 tahun ni, dye dh bertukar drpd 'flirtatious and sarcastic' kepada 'mature and wise'. perubahan mcm ni la yg buat lelaki sexxxyyyy :D
    -pernah kena tumbuk dgn ex-tunang and tak lawan balik
    -sopan gilerrr kalau brcakap (org ckp Finnish mmg sopan)
    -hopeless romantic (based on lagu yg dye buat)
    -believes that love is magic
    -and lastly, muka hensem

    BalasPadam
  25. Hahahaha... abis laa kantoi nanti awek awek tau aku tengok tang mana.. kah kah kah...

    aku sokong no 3. muahahahha

    BalasPadam
  26. baru perasan..betullah ramai pembaca perempuan kat blog ni. wakakaka!

    anyway,as usual, interesting post. aku pernah terbaca pasal ratio2 ni kat majalah. haha bab laki tengok perempuan tu, most of the time aku cuba tengok muka dulu. memang dugaan..

    satu lagi yang buat lelaki hensem, ialah kalau tak bulat sangat kot. ke camne?

    BalasPadam
  27. @lolcatoh hi there

    sorry i wasnt in my right mind when i typed those comments. However, I stand firm with my blog post.

    You are right. I have this tendency to practice dasar pandang ke Barat but thats me; I believe in numbers and the Western way to produce intellectual stuff depends heavily on that, plus, with the support of good reasoning.

    and yes, I have included my personal agenda in this blog post lol

    BalasPadam
  28. @Danial Jaafar pasal badan? the mesomorph, with inverted triangle body shape. Tapi not too muscular sebab perempuan takut n plainly tak suka yg terlampau tough

    and yep, kajian menunjukkan ladies stare at our ass. Saiz yang bagus ialah yang tak terlampau leper dan tak membonjol sangat. Yg berotot dan pejal paling bagus

    BalasPadam
  29. @Danial Jaafar pasal badan? the mesomorph, with inverted triangle body shape. Tapi not too muscular sebab perempuan takut n plainly tak suka yg terlampau tough

    and yep, kajian menunjukkan ladies stare at our ass. Saiz yang bagus ialah yang tak terlampau leper dan tak membonjol sangat. Yg berotot dan pejal paling bagus

    BalasPadam
  30. @Cik Nathrah benda ni 1st impression n attractability je lah. dont let yourself down sangat haha

    BalasPadam
  31. Kau nanti jadi kaunselor ke panda? aku baca post ko dari dulu sampai sekarang pasal psikologi je.

    *lari tajuk betul soalan aku -.-'

    BalasPadam
  32. wah lelaki mmg suka tengok part2 yang macam tue...=___="
    jadiknya utk jadik cantik haruslah punya bentuk badan cantik dan wajah yang cantik jugak kan..?

    BalasPadam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

TESTIMONI

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran