Psikologi tentang Deja vu

Masa aku form 3 dulu, aku pernah turun tangga sambil melangkah 2-3 anak tangga sekaligus sebagaimana yang anak-anak muda lain yang kurang pertimbangan akal buat. Sebab apa pun aku tak tau tapi ada benda-benda bodoh yang remaja buat ni sebab nak menunjukkan dia punya power pada gadis-gadis yang diminati. Entah apa sebab aku rasa melompat tangga tu cool, aku pun tak tau. Almaklumlah budak sekolah, memang sempurna akal fikirannya.

Tanpa disangka-sangka, kaki aku terpeleot dan tergoleklah seorang papanda ke bawah tangga sambil digelakkan oleh budak-budak lain sambil menyanyikan lagu

"Anak kambing patah kaki, anak rusa menari-nari..rumah terbakar panggil bomba..bla3"

Di saat tu, kepala aku terasakan yang keadaan ni macam pernah terjadi sebelum tu. Adakah..ini cinta? Adakah ini deja-vu? Baidewei, masa tu aku dah tahu deja-vu tu apa sebabnya aku rajin baca Reader's Digest dan Kreko. Arena Komik bolehla kadang-kadang.

"Ya Allah, kat bahu aku ada perempuan!"
Deja vu ni kalau mengikut tafsiran fahaman popular, ialah satu keadaan di mana kita mengalami perasaan yang mengatakan kita pernah melalui pengalaman tu, sama ada pernah terjadi atau tak. Seorang pakcik bernama Ian Stevenson cakap, Deja vu ni jadiknya sebab proses reinkarnasi iaitu benda yang kita teringat tu, adalah pengalaman kita pada kehidupan yang lepas.



..which is dalam Islam adalah konfem haram tanpa perlu diharamkan oleh Ustaz Azhar Idrus. Kita orang Islam mana ada mati sebagai seorang Khairul Nizam dan kemudian dilahirkan semula sebagai seorang Nija Mastura Hamzah. Mana ada wey...

Sebenarnya, ada kajian yang menggunakan kaedah saintifik dalam menentukan apakah benda ni oleh pakar neurosains (bukan subjek faveret masa ijazah). Ada pandangan mengatakan yang benda deja-vu terjadi disebabkan otak kita ada masalah memori, ada masalah sistem,dan sebagainya. Tapi aku paling suka penerangan seorang makcik bernama Anne M. Cleary ni pada tahun 2008. Dia kabor yang benda ni ialah disebabkan kekeliruan pada sistem Recognition Memory kita iaitu memori yang digunakan semasa kita mengenalpasti sesuatu

natang ni aku buat sendiri guna Microsoft Word sebab aku celik IT
Recollection memory - memori ni jenis bila satu benda tu terjadi dan kita boleh ingat exactly bila dan di mana, dan siapa terlibat dan amcam-macam lah

Familliarity memory - kita yakin tahap noharom yang benda tu terjadi tapi kita tak pasti kenapa. Inilah kes Deja vu

Semasa kita mengingati sesuatu, otak kita sebenarnya dia macam gadis yang tak ada pendirian teguh dalam memilih kekasih hati. Kejap dia pergi dekat abang Recollection, dan kejap dia pegi dekat abang familliarity sebab diorang ni lebih kurang je. Kes Deja vu ni berlaku bila kita rasa benda tu penah berlaku tapi kita tak tahu bila.

----------
Berdasarkan kajian ni jugak, Anne M. Cleary kabor yang memori disimpan dalam otak bukan dalam keadaan yang lengkap tetapi adalah dalam bentuk point-point macam bila kita hafal fakta sejarah untuk SPM.  Kita simpan part penting dan part lain tu tak simpan. Bila ada keadaan hampir sama (tapi bukan exactly sama) terjadi, maka point-point memori ni akan diaktifkan dan memberikan impresi bahawa kita pernah mengalaminya sebelum tu.

Maksudnya, aku pernah terjatuh kat tempat lain. Memori 1 simpan
Aku pernah melompat kat tangga sebelum tu. memori 2 simpan
Bila tergolek kat tangga, memori 1 dan memori 2 diambil sikit-sikit dan memberikan impresi bahawa sebelum tu aku pernah tergolek kat tangga. Tapi tak sure bila (deja vu)

Maka disebabkan itulah terjadinya deja vu dalam ayat yang mudah. Kalau nak baca lab report Anne M. Cleary tu, bolehlah engkauworang klik link ini . Faham tak?

Disediakan oleh,
Yours truly Papanda Saurus
Bsc Psychology
BA Educational Psychology
Victoria University of Wellington, New Zealand

p/s: Saya nak beli game Xbox Borderlands 2 tapi takde duit. Tolong tengok iklan Cornetto ni kalau berminat. tengkiu

34 ulasan: Leave Your Comments

  1. aku boleh terima penjelasan ko ni,sebab ko pon belajar pasal psikologi so dari segi saintifiknya,boleh pakai la. aku tak tau apa2 sangat pasal psikologi lol aku cuma tau kalau aku rasa macam dejavu,mesti dari mimpi aku. kiranya nak cakap masa dalam mimpi aku time travel to the future la kononnya. hahaha. good post!

    BalasPadam
  2. cambest je belajar course cam ko ni...
    hahahaha.

    BalasPadam
  3. aku selalu rasa dejavu ni berlaku pabila aku tidur dan bila aku melalui hari-hari biasa ku aku dpt rasa benda ni pernah terjadi. tp dlm mimpi. ah pening!

    BalasPadam
  4. @Liyana Lunia. dalam mimpi pon same yingying sebab dalam mimpi tu kita ingat sikit2. rule sama gak :D

    BalasPadam
  5. macam mana kalau kita tak pernah pergi pun tmpt tu,,tp bila pergi, rasa macam pernah pergi.. ???

    BalasPadam
  6. selalu rasa dja vu ni kalau g jln mana2.
    "eh,mcm penah pegi tmpt ni. eh, mcm penah lalu jln ni.."

    BalasPadam
  7. @fahana tengok balik. deja vu ni bila kita PASTI benda tu penah berlaku tp xsure bila :)

    kalau rasa2 tu bukan deja vu lah. mainan perasaan kot. lol

    BalasPadam
  8. @Papanda Saurus

    meaning,bende ni berkait dgn memori yg tersimpan ye??

    BalasPadam
  9. aku sllau ingat yg deja vu ni disebabkan aku pernah mimpi benda tu. sbb aku kuat mimpi. so aku assume dan berperasangka baik bahawa ini pernah terjadi dlm mmpi.

    BalasPadam
  10. Kalau kita alami benda tu secara real, tp kita teringat yg kita pernah mimpi pasal benda tu sebelum benda tu terjadi, tu dikira deja vu gak ke? Kiranya apa yg kita mimpi betul2 terjadik.

    BalasPadam
  11. Kalau kita alami benda tu secara real, tp kita teringat yg kita pernah mimpi pasal benda tu sebelum benda tu terjadi, tu dikira deja vu gak ke? Kiranya apa yg kita mimpi betul2 terjadik.

    BalasPadam
  12. Kalau kita alami benda tu secara real, tp kita teringat yg kita pernah mimpi pasal benda tu sebelum benda tu terjadi, tu dikira deja vu gak ke? Kiranya apa yg kita mimpi betul2 terjadik.

    BalasPadam
  13. @nazihahisa tapi tu lah kita mana ingat semua mimpi.....

    BalasPadam
  14. owh..sekarang baru sy tahu sikit2 pasal deja vu nie..thanks En Panda sebab berkongsi ilmu nie...:)

    hurm..btw sy selalu jugak alami perkara yg sama mcm apa yg saya mimpi masa tidur..
    dan jugak gerak hati..contoh kalau mase tgah driving then hati sy rasa mcm ada kemalangan akan berlaku, jadik kena tukar dari lorong kanan ke lorong kiri, then bila sampai tempat kejadian mmg ade accident kat lorong kanan tue...so, yg mcm nie kira deja vu jugak ke ape ek..?

    BalasPadam
  15. @Sya_Merpati Putih 88x aih. tu gerak hati.. lain sangat dah tu

    dejavu ni benda yg kita rasa mcm pernah terjadi dan kita yakin benda tu penah jadi bermati-matian tp xsure details dia.

    kalau gerak ahti tu lain cte. gerak ahti sya cte tu benda yg belum berlaku. dejavu pasal bende dah berlaku

    BalasPadam
  16. tp klu dalam 1 masa yg sama ada 2 orang yg rasa kjadian tu pernah blaku, mcm mne plak? kire dua2 ada recognition memory ke?

    BalasPadam
  17. @EQITO recognition memory ni bukan ade ke xde. semua org ada. yg awak maksudkan tu ialah deja vu

    kalau 2 org dan tak boleh explain, yes deja vu
    kalau 2 org dan BOLEH explain, itu mengimbau kenangan lama

    samjay?

    BalasPadam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  19. Erm aku penah dejavu masa dalam jamban. macam pernah terjadi masa proses perkumuhan dan penyahtinjaan sebelum tu. pergerakan dan posisi atas mangkuk. ermm.. familiarity memory

    BalasPadam
  20. @Papanda Saurus :: hahaha..aku tergelak baca komen oh.so.nija! dan reaksi ko ini..hahahah..aduhai..

    BalasPadam
  21. ak paling benci org dok sebut 'dejavu' ngan 'karma'... "qada' n qadar" taknak sebut plak

    anyway bleh la co-op borderlands 2 camni hahahaha

    BalasPadam
  22. @Papanda Saurus i was referring to karma (sorry maybe aku salah lagi). anyway my point is org lebih suka benda2 camni instead of apa yg kita belajar masa subjek pendidikan islam masa kat sekolah dulu.

    mcm kawan aku, percaya kat 'hukum karma' and tak sedar yang semua benda Allah dah tentukan. bila ada mslh ngan laki, bila org cakap 'birds of a feather flock together' baru la nk realize padahal sebelum ni dh biasa dengar ayat 'perempuan yg baik utk lelaki yg baik' blah blah

    sorry ak bebel tgh tension exam

    BalasPadam
  23. lwkla ayat kau..

    BalasPadam
  24. nak tanya bole...saya ni jenis sering mengalami dejavu tapi bukan dalan keadaan mimpi..tapi duduk diam2 pas2 dapat vision sesuatu.selalunye kalo dpt vision ni sy halang sb takut terjadi apa2 pelik.pernah sekali sy buat x tahu pas2 bende tu betul2 terjadi..macam mana ni..sy kadang2 takut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, mungkin interesting case untuk 6th sense agaknya. Ini bukan pasal deja vu. In fact, takde kaitan pun, Apa yg terjadi kat awak ni dipanggil sebagai premonition/6th sense dan mungkin hanya gerak hati je tak lebih dari tu

      Selalu jadi ke?

      Padam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

TESTIMONI

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran