Eksperimen Perkauman Mata Biru Jane Elliott

A rather short update untuk cukupkan kuota bulan Jun.

Tak pasti korang pernah dengar atau tak pasal eksperimen perkauman yang dijalankan oleh Jane Elliott ni. Personally, topik ni adalah sangat penting dan wajib diketahui untuk pelajar psikologi terutamanya dan tak ketinggalan juga untuk cikgu-cikgu sekolah untuk membuat aktiviti simulasi dalam sekolah dalam isu perkauman, atau pendidikan moral, whichever suits.



Okay rasanya kita tak perlu berkenalan dengan Jane Elliott ni sebab tak penting tapi kita kena tahu apa yang dia perlu buat. Jane Elliott ni sebenarnya ialah seorang cikgu dan masa dia mengajar, dia dah menggunakan cara yang sangat power dalam mendidik anak murid dia pasal racism.

Dalam kelas, dia bahagikan anak murid Caucasian dia kepada dua kumpulan mengikut ciri yang murid tu ada iaitu yang bermata biru dan yang bermata coklat. Kemudian, kumpulan yang bermata biru diberitahu yang mereka ni ada genetik hebat yang membuatkan dia lebih tinggi statusnya berbanding kumpulan bermata coklat. Jadi, apa keputusannya?

Bila diberitahu yang bermata biru ni kumpulan yang superior, maka mereka pun mulalah berlagak dan menghina kumpulan yang bermata coklat. Yang bermata coklat pula bila diberitahu mereka ni kumpulan yang lemah longlai genetiknya, maka mereka pun menunjukkan ciri-ciri orang yang tertindas - low self-esteem, rasa tertekan dan sebagainya. Pendek kata, emosi negatif.

Pada hari seterusnya, keadaan ni diterbalikkan di mana pelajar bermata coklat pulak diberitahu yang mereka lebih pandai dan superior berbanding mata biru. Perkara yang sama berlaku iaitu bermata coklat pula berlagak dan menindas si mata biru.

So, Jane Elliott pun menyimpulkan bahawa apabila diberi cue tentang racial power, manusia akan mengambil tugas sebagai penindas dan yang ditindas secara sendirinya. Mereka percaya yang gene mereka diberi kuasa oleh Tuhan untuk mereka berlagak dengan orang lain. At least, pada tahun 1968 tu lah. Ada eksperimen lain jugak yang berkait dengan isu bertukar watak macam ni, contohnya Standford Prison Experiment. Yang tu mungkin cerita lain kali lah kan

Jadi, moralnya disini, adalah amat penting bagi kita semua untuk melindungi self-esteem kanak-kanak yang tak tahu apa-apa ni daripada membentuk emosi negatif kesan daripada perkauman.

------------
Elliott, J. (1970). The eye of the storm. JaneElliott Educator.
------------
Kalau suka dengan artikel pasal eksperimen ni, share lah di twitter dan Facebook anda. Kalau tak pun, klik aje like di bawah ni. Thank you :D http://my.sharings.cc/arcx13/share/JacobsMLS

9 ulasan: Leave Your Comments

  1. Kesimpulannya..Physical traits x sepatutnya jd pengukur keupayaan diri...nice post.gonna subsribe to this blog :)

    BalasPadam
  2. ohh.. mula-mula baca, aku rasa terhina, tapi rasa bangga pulak. memang childish. lol.

    so, memang kanak-kanak secara psikologinya akan mudah terpengaruh dengan apa yg org cakap.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  4. kau pernah tengok cerita The Experiment? lakonan Adrien Brody and Forest Whitaker. Guess any cue to the superior power will do..

    BalasPadam
  5. @Che SakinahHaa inilah cerita pasal Standford Prison Experiment tu weh

    BalasPadam
  6. Dah lama tak baca entri psikologi ko..terubat rindu baca post ni..hehehe..

    BalasPadam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

TESTIMONI

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran