Bazaar Ramadan dan Psikologi

Salam 1 Ramadan untuk semua umat Islam di Malaysia dan kawasan yang sewaktu dengannya yang mula berpuasa hari ini. Untuk mereka yang berada di benua Australasia sana especially New Zealand, selamat berpuasa esok lah kan. Jadi pada hari ini kita akan menghadamkan satu ekstrak kajian psikologi berkenaan pembelian makanan dan juga bazar Ramadan dari sudut psikologi kognitif.


Baiklah. ada claim yang mengatakan bahawa jangan shopping bila kita lapar sebab nanti kita akan membazir. Ungkapan seperti ini ada orang tanya pada akun twitter @psikoologi dan inilah tujuan akaun tu diwujudkan - untuk menjadi kaunter pertanyaan pasal tweet-tweet yang mengaku psikologi padahal benda tu tipu. Anyway, berbalik kepada claim tersebut. Ianya ialah benar dan benar-benar belaka


Alkisahnya sangat simple mengikut kajian pada tahun 1969 daripada Nisbett, Richard, Kanouse dan David. Bila kita lapar, nafsu makan kita akan naik. Betul kan? Jadi nafsu yang tengah naik sebab lapar tu akan menyebabkan kita membeli makanan yang banyak dan berlaku lah tabiat membazir kalau kita tak tahu tentang perkara ini. Bagi orang yang perasan akan keadaan pada diri mereka, mereka ada lebih self-control dan of course lah tidak ataupun kurangnya membazir.

Psikologi kognitif tu tahun 1970 punya kajian. Kajian pada zaman era baru ni pulak menunjukkan apa yang berlaku dalam badan manusia dan otak apabila kita lapar dan juga membeli-belah bahan makanan. Psikologi kognitif hanya memberitahu kita tindak-tanduk manusia dan pemikiran, tetapi tidak memberikan pengetahuan tentang apa yang berlaku di peringkat biologi nya.

Pada tahun 2011, kajian dalam bidang Neurobiologi telah menjumpai mekanisme spesifik yang bertindak ke atas badan manusia apabila kita lapar. Menurut Society for the Study of Ingestive Behavior (2011), bila kita lapar kandungan hormon lapar iaitu ghrelin dalam badan kita akan meningkat. So, hanya hormon je lah kan yang meningkat. Apa masalahnya?

Masalahnya, ghrelin ni bila dia meningkat, kita akan berasa lapar dan dia akan meningkatkan tolerance otak kita terhadap berapa banyak duit yang kita akan spend untuk beli makanan. Dalam kata lain, semakin kebuloq seorang manusia tu, semakin tinggi lah dia berbelanja. Namun begitu, benda lain merepek selain makanan tidak akan dibeli oleh orang yang lapor. Benda ni sebenarnya mengikut logik je sebab dah lapar, mestilah beli makanan ye tak? Kalau ikut Maslow's Hierarchy pun memang makanan ialah benda paling asas sekali yang diperlukan oleh manusia maka tak hairanlah yang bila hormon tu meningkat, kita tak kisah dengan duit untuk beli makanan.

Jadi, apa kepentingannya ilmu ni di bulan puasa?
Bila kita puasa, kita akan berasa lapar.
Ini bermakna kandungan ghrelin dalam badan kita meningkat
Bila kita puasa, kita akan ke bazaar Ramadan
Bila ke bazaar Ramadan akan beli makanan dan TERmembazir. Ini semua sebab kita lapar dan mengikut nafsu berbelanja.

Jadi, bagai mana nak mengawal perbelanjaan di bazar Ramadan? Kita ikut behaviour modification pulak (Psikologi Behaviorisme). Bawaklah hanya RM5 ke bazar Ramadan kalau hanya nak browsing. Nescaya tidak akan membazir. Ataupun buat checklist dan bawalah duit secukupnya. Simple. Ingat, pengetahuan psikologi ni bukan sahaja di bazaar, malah juga di supermarket

Baiklah, selamat berpuasa dan menyambut 1 Ramadan semua. Jumpa lagi di post akan datang dan sementara itu, bolehlah klik link Affinbank ini

-----------------------------------------------------------------------------
SHARE ARTIKEL NI KEPADA RAKAN ANDA DI FACEBOOK ATAU TWITTER! Kalau taknak share pun, tekan like bawah ni je dah okay :D
-----------------------------------------------------------------------------

5 ulasan: Leave Your Comments

  1. nak cuba nanti bawak RM10 je, dan nak cuba juga bawak food container untuk mengurangkan penggunaan plastik

    BalasPadam
  2. @norinaomar
    very good. lupa nak pesan ni untuk environment :D

    BalasPadam
  3. aku selalu kuar beli barang dapur ke ape time ak dah kenyang. sebab aku tau, kalau lapo, segala benda aku nak amik...haha

    ini kena control kalau ke bazar ramadhan ni. huuuu

    BalasPadam
  4. tips nie memang diamalkan setiap kali nak pegi pasar malam. mula2 menjadi, pastu last2 pi pinjam duit member sbb tak cukup duit. kehkeh

    BalasPadam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

TESTIMONI

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran