Teori Psikologi Keperluan Maslow

Dalam psikologi, ada satu teori yang dipanggil sebagai Teori Keperluan Maslow. Sebenarnya teori ni berada dalam cabang "behavorism" di mana teori ni menjelaskan tentang faktor-faktor yang mendorong seseorang tu untuk melakukan sesuatu. Benda ni sangat bagus especially kalau kau cikgu dan nak memudahkan pelajar kau hadam isi pengajaran harian. Gittew

Adohai, kantoi ambik daripada Wikipedia
Piramid Keperluan Maslow ni lebih kurang macam piramid makanan lah cumanya piramid makanan tu menunjukkan berapa banyak jenis nutrien tertentu yang kita perlu makan tapi Piramid Maslow ni pulak menunjukkan tahap-tahap keperluan pada manusia. Apa yang pakcik Maslow kita cuba nak sampaikan ialah sebenarnya jika keperluan bawah-bawah tidak dipenuhi, maka tak mungkin sekali yang atas-atas tu akan dapat dicapai. Dalam kata lain, sebagai contoh, jika kita takde makanan (keperluan physiological), maka kita tak mungkin akan merasakan kemanisan berkeluarga tu (keperluan love/belonging).

Faham? Okay jom go through semua lima tahap dari bawah ke atas:


Keperluan Fisiologi
Keperluan yang paling asas. Abah punya asas termasuklah air, makanan, dan cahaya matahari (kalau kau ialah jelmaan pokok). Basically, benda-benda yang boleh buat orang mati kalau dia takde

Keperluan Keselamatan
Keperluan jenis ni penting tapi tak se-asas macam fisiologi sebab takde benda ni pun boleh hidup. Contohnya seperti rumah, pekerjaan tetap, servis rawatan

Keperluan Sosial
Hanya selepas kita dah rasa selamat lah baru boleh ada nilai kasih sayang, cinta, dan rasa untuk berada dalam kumpulan. Dah ada rumah, lepas tu join "Persatuan Keselamatan Rumah" dan sewaktu dengannya

Keperluan Penghargaan
Bila tiga jenis keperluan dalam piramid tu dah dapat, kita semakin perlukan penghargaan. Ye lah, bila kita dah berada dalam kumpulan sosial tertentu, mesti kita nak penghargaan, pujiaan, dan recognition betul tak?

Keperluan Sempurna Kendiri
Ini taap paling tinggi dalam kehidupan manusia menurut bro Maslow kita ni. Orang yang ada keperluan kesempurnaan kendiri ni ialah jenis mereka yang sentiasa memantapkan potensi diri sendiri, dan sentiasa menuju ke arah kejayaan

So, kalau seseorang tu taknak termotivasi nak belajar (keperluan sempurna kendiri), mungkin sekali sebab di rumah dia tak cukup makan, atau di sekolah dia sering dibuli, dipulaukan dan sebagainya. Ini semua jadi tugas seorang gurulah untuk cari punca masalah tu

Cuba relate dengan gambar ni
Notakaki: Teori Maslow ni ada kritikan dia dari segi pengoperasian stimulus untuk kajian dan jugak cara ranking ni dibuat. Walau apa pun, teori ni masih berguna dan patut diaplikasikan dalam kehidupan kita. Thank you untuk @AisyaMokhta sebab tanya soalan ni

Kalau nak tanya soalan, pergi lah ke akaun twitter @psikoologi

3 ulasan: Leave Your Comments

  1. Perghh. Aku ingatkan ada pyramid makanan je. Blog kau ni dh tukar jadi blog psikologi ek?

    BalasPadam
  2. Tetiba aku teingt sorng cikgu mase aku form 6.. Bebudak pgil dia cikgu maslow..

    BalasPadam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

TESTIMONI

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran