Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni


Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni

Secara ringkas,

1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru
2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang
3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke introvert?
4. Agreeableness - Susah nak cari perkataan sesuai. Lebih kurang perangai memberontak atau tak
5. Neuroticism - Domain ukuran sifat mazmumah buruk sangka pada orang

So, dengan asas ni bolehlah korang buat ujian sahsiah sendiri. Yay! Tapi jaga-jaga tak semua personality test tu betul. Seeloknya cari daripada website yang diiktiraf dan/atau ada link dengan badan-badan kajian psikologi yang tertentu. Soalan ujian personaliti yang bagus juga mengandungi banyak soalan dan bukan hanya 10. Logik lah kan, nak uji personaliti dalam 5 domain, takkanlah guna 10 soalan je.

Kalau nak satu website yang sangat bagus pasal personality test, tengok lepas gambar ni. Lepas siap pun dia ada bagi analisis semua dan siap buatkan infografik dengan percuma!

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul.
Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu
Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbitkan dalam database yang disebutkan ni untuk dibuka kepada review dan kritikan.

"Fakta" yang dikeluarkan oleh mereka yang tiada ilmu sama macam budak mengaku bapanya Superman

Psikologi ialah satu bidang yang mengkaji cara manusia berfikir melalui pendekatan sains. At least, itulah apa yang saya belajar selama beberapa tahun menuntut di universiti. Bila ada orang yang mengatakan bahawa sesuatu itu fakta psikologi, dia terlebih dahulu kena menyokong hujah dia dengan kajian dan statistik sebab begitulah cara sesuatu kajian tu dibentangkan. Tapi bila ada seseorang yang mengatakan psikologi tu macam ni dan macam tu, keluarkan pula kenyataan pelik seperti tajuk blog kali ni, saya hanya boleh menulis blog untuk menangkis tuduhan tersebut. Sebabnya tak ramai yang berminat sebarkan fakta sebenar dan lebih ramai yang sukakan idea mengarut tersebut. Orang yang mengeluarkan "fakta" psikologi ni sebenarnya tak tahu pun siapa tu Sigmund Freud dan Carl Jung.

[PSIKOLOGI] Kenapa Kita Benci Gambar Sendiri?

Korang login masuk Facebook dan tengok kotak notification yang nombor dia boleh tahan tinggi. gambar-gambar tu adalah gambar kena tag daripada jamuan kelas/ofis yang korang pergi malam tadi. Belek punya belek album tu dan terjumpa gambar sendiri yang hodoh dan korang pun berfikir "macam ni ke muka aku?" dan kita pun remove nama kita daripada tag gambar tersebut...


Seriously, kadang-kadang benda ni terjadi pada diri kita dan saya yakin semua orang yang ada akaun Facebook mesti pernah rasa kejadian ni. Orang yang kita nampak dalam gambar tu nampak macam bukan kita, kita tak suka rupa dia walaupun pada hakikatnya mamat dalam gambar tu ialah diri kita. Hakikatnya, gambar tu lebih menarik daripada apa yang kita sangka dan saya ada penjelasannya berdasarkan satu talk TED yang saya tengok based on photography.

(Psikologi) Pasangan Dengan Minat Berlainan Lebih Sesuai?

Media sosial dan pernyataan daripada mereka-mereka yang sesuka hati keluarkan "fakta" tanpa buat kajian dengan saluran yang betul selalu bagi maklumat yang salah pada kita. Disebabkan semua auta ni dipopularkan melalui media yang selalu digunapakai oleh bebudak yang sukakan benda nampak too-good-to-be-true maka senanglah dia tersebar. Salah satu salah faham dalam psikologi yang selalu orang 'quote' ialah pasangan yang berbeza nilai dan perwatakannya adalah lebih bahagia berbanding pasangan yang perangainya sama.


Sebenarnya tak pelik banyak mana pun kalau difikirkan kenapa pemikiran "nilai yang tak sama ni tertarik antara satu sama lain" sebab kalau ikut common sense, suami diam lebih bahagia kalau isteri dia jenis bercakap. After all, perempuan yang banyak cakap ni mesti la suka kalau suami dia ialah seorang pendengar yang baik, betul? Tapi common sense tak semestinya sentiasa betul dan inilah peranan psikologi - statistik dan nombor.

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran