Apakah Itu Bidang Psikologi?

Semasa saya baca kemaskini susunatur blog ni dan melihat pada entri-entri psikologi yang lama, saya terperasan sesuatu iaitu belum ada satu artikel yang menjelaskan apakah maksud bidang psikologi dan juga bidang-bidang pengkhususan psikologi yang terperinci. Sebelum ni ada sentuh psikologi abnormal, kognitif dan sebagainya tapi tak ada penerangan tentang apakah maksud.maksud bidang tersebut. Dalam artikel kali ni kita akan cuba terangkan semua bidang yang pernah saya pelajari masa di universiti dulu


MAKSUD PSIKOLOGI

Psikologi ni banyak benda, tapi dia bukanlah satu ilmu menilik nasib orang. Kalau ada orang jual nama psikologi untuk baca ilmu tapak tangan, angkat kaki dan terus jalan jangan pandang belakang. Jangan bagi dia keluar TV! lol

Psikologi ni sebenarnya berasal daripada perkataan psyche yang bermaksud jiwa manusia. Bila ditambah dengan -logy maka jadilah dia satu bidang yang mengkaji tentang jiwa manusia. Sebab tu lah bila bercakap tentang psikologi, kita asyik terbayang tentang gangguan mental dan sakit jiwa walhal itu bukanlah 100% intipati tentang bidang ni. Kalau nak cerita sejarah dia emmang agak panjang bermula dari tamadun Yunani lagi, zaman Plato dan Aristotle tu. Bila zaman berubah, psikologi dah mula mengambil pendekatan perubahan  badan manusia di peringkat molekular digabungkan dengan ilmu pemikiran.

Untuk simplify, cuba bayangkan psikologi ni seumpama anak, hasil daripada persenyawaan benih dan baka daripada falsafah dan biologi. Dia merupakan sains, dan juga seni (arts) sebab tu sesetengah universiti masih senaraikan psikologi ni di bawah bidang seni. Sedih. 


Kesimpulannya, psikologi mengikut sesetengah cendekiawan bidang ni, adalah satu bidang yang mengkaji pemikiran manusia, dengan menggunakan pencerahan biologi. Sebagai contoh, definisi ni paling relevan dalam menjawab "kenapa susah bangun bila kena tindih hantu? Jadi, disebabkan banyak soalan tentang manusia dalam pelbagai bidang dan perspektif yang perlu dijawab, maka psikologi pun terbahagi kepada bidang kecil yang menjawab sesuatu persoalan tu mengikut perspektif masing-masing

PSIKOLOGI KOGNITIF

Ini bidang yang paling saya suka sebab bidang ni berkisar mostly tentang pemikiran, tindakan, dan pertimbangan manusia. Dia selalu overlap dengan bidang psikologi sosial. Benda sama, cuma bila dalam bidang psikologi sosial, dia lebih kepada cara pemikiran kita dalam konteks masyarakat. Contoh soalan yang ditanya ialah "kenapa Angelina Jolie mati lebih penting berbanding 140 juta orang Islam?"

PSIKOLOGI NEUROSAINS

Bidang ni lah yang paling mencucuk jiwa kalau belajar psikologi sebab bila selangkah masuk dalam bidang psikologi yang ini, umpamanya kau cuba memahami otak tu 100% daripada segi biologi. Pure biologi. Okay, cuba bayangkan korang kena belah otak tikus, otak kambing bebiri dalam usaha memahami fisiologi dan mekanisme otak manusia. Final report kami ialah kesan dadah blablabla pada ventral tagmental area otak, dalam mengkaji perhubungan potency dadah blabla dengan ketagihan dadah. Satu soalan dalam bidang ni yang telah dijawab ialah "kenapa susah bangun bila kena tindih hantu"


PSIKOLOGI PERLAKUAN/BEHAVIOURISME

Seperti namanya, bidang ni fokus dia semua pasal perlakuan manusia/haiwan. Apa yang menyebabkan manusia berkelakuan begini? begitu? Apa kesan perlakuan tu? Adakah dia akan ulangi lagi perlakuan tersebut? Bidang kecil psikologi yang ni juga merupakan komponen wajib bagi guru-guru pelatih dalam silibus pengajian mereka sebab ilmu ni sangat berguna untuk mereka mengawal kelas. Kalau bagi hadiah untuk kelakuan baik? Itulah dia behaviourism. Benda-benda yang kita buat berulang-ulang? Itulah behaviourism. Untuk pencerahan, baca "Aplikasi Pelaziman Klasikal/ Classical Conditioning". Sangat berguna dan informatif.

PSIKOLOGI ABNORMAL

Ini bidang favourite saya! Bidang ni ilah yang paling selalu orang kaitkan dengan "psikologi". Bidang ni jugalah yang mengkaji psychopath, OCD, eating disorder, tekanan jiwa, dan petiklah apa-apa masalah yang berkait dengan masalah mental - semuanya dalam bidang ni. Saya sangat tertarik dengan benda ni sebab saya nak tahu kenapa orang Melayu suka percaya dengan hantu hahaha. Masa universiti dulu, subjek ni sepatutnya hanya boleh diambil masa tahun kedua tapi saya sanggup korbankan sem 2 tahun 1 saya untuk belajar benda ni. Klik ayat warna pink kalau nak berkenalan dengan eating disorder.

Nota kaki: Psikologi abnormal juga bila digabungkan dengan criminology boleh membentuk bidang baru iaitu psikologi forensik. Bayangkan cerita Silence of the Lamb. Itulah dia. Or better,cerita Criminal Minds.

PSIKOLOGI PERKEMBANGAN

Eh, nothing much. Belajar tentang perkembangan manusia. Bagaimana baby mengenal dunia? melihat dan memahami persekitaran? Bagaimana nak sesuaikan teori sifat dan pemikiran remaja dengan cara kita mendekati golongan ni? Umur berapakah anak anda dah patut boleh membezakan nilai wang? Baby boleh berenang ke?

I & O PSYCHOLOGY

atau Industrial and Organizational Psychology. Bidang ni mengaplikasikan pengetahuan psikologi dalam konteks pekerjaan. Cara meningkatkan mood pekerja datang, susunatur dalam pejabat dan sebagainya. Biasanya graduan lulusan IO akan kerja di bahagian Sumber Manusia sesebuah masyarakat. Peluang kerja cerah (berdasarkan tawaran di Jobstreet Malaysia yang saya nampak)

Okay saya rasa setakat tu sahaja. Mata pun dah mengantuk. Kalau ada soalan boleh utarakan di bahagian komen. Sekian

8 ulasan: Leave Your Comments

  1. Back to basic. Ini info yg sgt berguna kepada peminat psikologi.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...

    BalasPadam
  3. Kalau nak apply psikolog, nak apply course apa ? In diploma or degree ? Elok amik matriks ke tak ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tengok sini http://www.arcx13.com/2013/12/halatuju-psikologi-selepas-spm.html

      Padam
  4. berminat pulak rasanya nak masuk bidang psychology ni.

    BalasPadam
  5. Wahhh!terima kasih byk2..sungguh membantu saya..sy baru nk diinterview..jadi info ini sgt membantu

    BalasPadam
  6. Wahh..terima kasih byk2....saya memang mencari info sebegini sblum interview...mekasih 😊

    BalasPadam
  7. apakah matapelajarn yang sya harus ambil utuk ke bidang psikolog/ adakh bidang psikologi ini berkaitan dengan pakar motvasi?

    BalasPadam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran