Medan Selera Kg Melayu Majidee Johor Baharu

Mungkin sesetengah orang belum tahu yang aku sekarang ni ada dekat Johor Baharu, more specifically dekat kawasan Larkin dalam usaha mendapatkan lesen mengajar daripada IPG Kampus Temenggong Ibrahim. Alang-alang hidup dekat tempat baru ni agak menjadi tradisi lah cari tempat makan dan tulis blog pasal kedai tu. untuk rujukan kawan-kawan yang masih belum balik dari New Zealand.


Restoran yang ni member yang carik dan dia jumpa daripada blogmakanbest. So thank you for that blog for listing this place. In case korang nak datang ke sini, nah peta.


View Larger Map

Actually nama tempat ni ialah Medan Selera Kg Melayu Majidee, tapi yang famous ialah Gerai Azo96 atas sebab yang tak diketahui. Mungkin sebab signboard dia yang paling besar kat situ (serius ni) atau mungkin juga tapak tu dia yang punya.

William Yau dan Psikologi Jenayah

Saya bukanlah seorang yang rajin membaca surat khabar tapi bila ada orang share sesuatu yang berkenaan prinsip moral dan kemanusiaan di Facebook, saya akan baca. Baru-baru ni Newsfeed dibanjiri dengan berita tentang penemuan kanak-kanak yang bernama William Yau Zhen Zhong. Kanak-kanak tersebut, yang dilaporkan hilang sejak 16 Jan, dikatakan telah ditemui di Sungai Klang semalam (25 Januari 2013). Petikan artikel daripada website Malaysian Digest pada 25 Jan mengatakan yang ibu bapanya mengesahkan bahawa mayat tersebut ialah anak mereka yang hilang tapi as of 26 Jan 13, pihak polis mengatakan yang ada peluang 50-50 itu ialah kanak-kanak tersebut. Keputusan DNA mayat akan dikeluarkan pada hari Isnin 28 Jan 13.


As someone who is interested in Psychology and Crimes, I keep on relating this case, whether the dead body was William or not, to my interest. Read more below:

Saya Haramkan Ilmu Awak!

Semasa saya scroll Facebook tempoh hari ternampak pula pada status seorang kenalan Facebook yang mungkin kerjanya pada waktu sekarng ialah sebagai guru. Mungkin sesuatu yang berkaitan dengan perguruan lah agaknya tapi intipati daripada status tersebut ialah niat beliau yang tak menghalalkan ilmu yang dia ajar kepada murid-murid beliau. Bila terbaca sahaja status tu, tiba-tiba saya terasa seperti berada dalam mesin masa, kembali ke zaman 2002-2006 yakni zaman persekolahan di Kuala Selangor dulu.


Pertengahan tahun 2005, ketika tu saya masih di tingkatan 4. Para pelajar dan guru sedang menghadiri perhimpunan mingguan sekolah yang sebenarnya boleh diringkaskan tapi sengaja dipanjangkan. Entah apa sebabnya, saya tak ingat, cikgu yang berada di atas pentas tiba-tiba mengeluarkan kata-kata hikmat:

"SAYA TAK HALALKAN ILMU SAYA KEPADA AWAK!"

...dengan harapan bahawa kami pada ketika itu sebagai anak murid akan berasa takut dan lebih hormat lagi kepada mereka. Benar, pelajar yang sedang bersembang terus menjadi senyap, yang berjalan akan terhenti, dan yang sedang membaca buku akan menutup bukunya. Pendek kata, rata-rata akan memberikan tumpuan kepada kuasa besar di atas pentas, terkejut, dan tak kurang juga yang terkilan. 

Soalan saya yang kekal sampai dulu ke sekarang untuk guru-guru jenis begini ialah:

Masalah Hantaran Kahwin Tinggi Melayu

13 Januari 2013. Dah boleh tulis entri baru agaknya untuk tahun ni. Tahun 2013, negara Malaysia lama, tempat baru, kawan baru, jawatan lama, dan pengalaman baru. Ada kawan yang bercadang-cadang nak kahwin tapi bila diceritakan, masalah yang sama muncul iaitu duit. Bila ditanyakan bahagian duit mana, hampir semua yang merungut mengatakan duit hantaran. terlalu tinggi, naik harga dan macam-macam lagilah.

marriage exhibition, SEA Night market 2011 - photo by WmsoLense

Ada seorang kawan ni kata pak dengan mak mertuanya tetiba naikkan harga hantaran kahwin sebab anaknya tu berkelulusan tinggi, berkelulusan overseas pulak tu. Lulusan Russia ke New Zealand ntah saya tak tahu.

More

SEARCH

TESTIMONI

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran